Sunday, September 25, 2011

Si Gorjeses & Si Gemukses

Last week kan kan kan? I pergi open house dekat rumah Huda. Huda tauke kek yang gorjes tu la. Saper yang tak kenal memang nak carik pasal la kan? *Tetiba garang. Ishk Ishk.

Semangat I datang awal.. Katanya KakQ/Kak Yus and 2 3 orang yang pernah beli kek dengan Huda nak datang jugak... Skali tunggu punya tunggu punya tunggu... Seorang pon tak nampak batang itong. Jahat taw? Keciwa sangat I.

Seb baik ada pempuan cantik ni datang. Dah bermeses-mesesan awal-awal, berjanji sehidup semati nak lawan sapa makan paling banyak. Dah janji, jangan makan apapa supaya perut ada banyak ruang untuk diisi dengan makanan-makanan sedap dirumah Huda.

Dan pemenangnya tak lain tak bukan tanpa ragu-ragu mestilah I! Yayyyyyy!!! Perut Nadia terlalu kecik jika hendak dibandingkan dengan I. Hampir dia tidak layak bertanding je pun. Kurus kedingggg sangat. Mana la yang si Nadia ni selalu membebel kata dia dah gemok etc. Ishk ishk.

Ada macam-macam makanan. Diantaranya ialah nasik beriani, soto dan pelbagai jenis manisan. Pergh sumpah semua sedap-sedap. Ni kalau duduk 3 4 jam, memang naik la 2 3 kilo. Tak tifu!

Bila duduk sebelah Nadia, tetiba rasa hidung penyet sangat (tengok la mancungnya hidung dia. Meooowww) serta kecik/sepetnya mata I, (mata Nadia besar macam anak patung) So. Diucapkan padan muka haritu pasal kena picit pipi. Saper suruh omel sangat. Haha. Sikit pon I tak menyesal.

Teori tidak menampakkan badan gemok, kalau amek gambar ramai-ramai, pastikan berdiri. Yes, berjaya! Tu yang sebelah Nadia tu, Huda. Gorjes sangat kan? Anak 2, tapi badan menten jek. Kecik sangat hati bila diapit dengan 2 wanita ni. Tsssk Tsssk (T_T)

Gambar ni semua I kidnap dari FB si Nadia. Dia memang teror bab edit-edit gambar. Jeles. I satu menda pon tak pandai. Tak guna betul. Pui!

Ditakdirkan I hanya akan berjumpa Nadia setahun sekali. Iaitu setiap kali ada open house. Tu apa tandanya tu? Hehe.

Terima kasih pada semua yang sudi datang rumah Huda minggu lepas. Mintak maaf kalau ada apapa kekurangan yer? Eh. Ni dah kenapa aku yang sebok-sebok nak berterima kasih bagai ni. Macam la open house kiter... Hehe.

Takpe. Kata Huda, dia lantik I jadik manager/jurucakap dia. Ok aper? Oktober pon dah tak lama ni. Mana tau Huda tetiba buat surprise hantar pavlova time besday I nanti? Ha...... Eh. Ni hint ke apa ni?

Okbye.

-EnD-

No comments: