Wednesday, September 14, 2011

Mask On Mask On!

Haritu kan, I gigih sangat mengemas rumah. Balik dari kerja, terus sapu sampah, basuh baju, susun kain, lap dapur, cuci toilet semua siap la. Macam dah takde hari esok. Bila rumah dah wangi, dah sebotol febreeze habes, dah seharum lavender terus senyum sorang diri sambil duduk goyang kaki dekat sofa macam puas sangat hati ni... Hmmmp!

Kang kejap lagi kang pergi balcony, cium-cium kain yang baru basuh. Pastu pegang, belai-belai kain tu macam konon membelai kekasih hati ke apa entah. Pastu masuk bilik, pegang cadar. Duduk. Senyum. Bangun balik, tarik balik cadar sampai tegang.

Takpuas hati, masuk pulak dapur, tengok sekeliling.. Pejam mata rapat-rapat, angkat dagu 45 darjah sambil tersenyum gatal. Ishk. Kesian memikirkan diri sendiri. Dah macam orang giler jer. Sesapa yang ada simptom macam I tolong pelis share boleh tak? Ke aku sorang je yang giler macam ni mekalau lepas kemas umah? Rasanya Yatie pon sama. Haha.

Tak boleh lupa insiden beli pewangi toilet dengan Yatie sampai dekat RM50/sorang. Kerja giler. Masa tu dah la gaji macam malu-malu ayam, ada hati nak beli perfume toilet sampai macam tu. Haha.

Kata Sazli, 'Suraya ni memang bekawan baik dengan penyapu'. Ha ah. I admit it. Penyapu tu memang menda yang wajib dipegang setiap hari. Pendek kata, kalau tak pegang penyapu rasa macam hidup tak sempurna la gituew. Chewah! Menyampah pulak nak dengar. Macam dia sorang yang suka kemas rumah. Pui!

Eh, sebenarnya entry ni nak citer pasal Saz belikan I baju untuk main Paintball this coming 2nd Oct. Tetiba tercerita pasal kemas umah. Pasal, insiden baju Paintball ni berlaku selepas I siap kemas umah semua. Eksaited bukan main dia... Dari luar rumah I dah dengar dia panggil, 'Bubuuuuuu Bubuuuu, Papa belikan Bubu baju raya....!!'

Jam-jam tu jugak dia suruh I tukar. Dah pukul 11.45 malam dah ni. Disuruhnya I tukar baju. Okla. Layankan ajer. Orang tengah eksaited tu. Kang dia muncung guling-guling dekat lantai merajuk, ko nak pujuk? Dah la tembam macam tu, nak dukung mau patah pinggang. Heh!

Tersenyum lebar je Saz bila tengok I pakai baju tu. Taknak kalah punya pasal, dia pon nak pakai jugak. Hambek ko laki bini buat kerja giler pakai baju Paintball memalam buta lepas tu amek gambar, post terus dalam FB. Nak bakar bebudak WakDan jugak.

Tapi cambiaso la I mesti kena kutuk punya. Dorang cakap, setakat baju one suit, tapi kalau main Paintball asyik nyorok belakang pokok, hampir tiada fungsi, penakot pahet etc pon tak guna jugak. Eleh. Dengki la tu. Ni I dah ada baju ni, otomatik masa time game nanti jadik rembo. Jaga-jaga Cik Salmah!


Ai Ai Kapten! Who live in the pineapple under the sea! *eh silap.


Ha... Masuk masuk! *Walaupun kekuda dengan kepal penumbuk nampak macam salah jer kan? Takper. Yang penting kompiden.

Ishk, lambat pulak rasa nak tunggu 2nd Oct. Kata Saz, dia nak belikan mask dengan kasut sekali. Ekteli mask jer yang dia nak belikan. Kasut tu I sesajer buat cerita. Haha. Ewah, semua dia nak sponsor. Manyak chantek muka kao? Eh. Tapi ok apa? Pasal Saz tu kadang-kadang jugak menjadik sugar daddy. Hikhik.

Tapi yang menjadik permasalahan sekarang ni ialah, biasanya sebelum game, I eksaited bukan main. Tergetis-getis. Bila lepas habes satu game, terus tanak main. Terasa macam perang betul-betul pulak. Acaneh? Baju semua dah ada ni. Hadoi...

-EnD-

2 comments:

rina mazlan said...

hahaha...comel la.. Cam askar wa-tak-niah pun ada gak...

Anonymous said...

su..akak tengok awok berdua ni cam gila gila remaja btul.cam nak join je.pakkal dah tua...haish...kakmasyp