Wednesday, October 12, 2011

Happy Birthday Bubu Momot - Part I

Assalamualaikum semua... **Wah, mood Ustazah Pilihan tetiba kan?


Terima kasih kepada Allah, Mak dan Arwah Ayah yang membuatkan I wujud pada hari ni... Kalau tak kerana mereka berdua, maka I pon takder la harini. Tssk Tsssk T___T.


Dan tak merasa la nikmat suka duka hidup dalam dunia dan merasa makanan yang sedap-sedap seperti sushi, sakae san dan jugak pavlova. Nak jugak tu selit pasal makan. Aku pun tapaham. Haih.


Doa dan harapan anakanda semoga anakanda dimurah rezeki supaya dapat hidup dengan selesa, sihat tubuh badan. Sihat tu dalam erti kata lain biarlah BMI balance. Tidak la terlebih 2 point macam sekarang. Ada lagi 2kg more to lose and baru la mencapai berat badan unggul dan jugak di panjangkan umur serta terpaling penting biarlah anakanda cepat dikurniakan cahayamata.


Mak, serta Mertua semestinya nak sangat cucu kan kan?


Mak (Gf) la yang I paling saspen. Pagi tadi masa dia call wish birthday ugut siap, 'Dik, kalo ko susah sangat nak bagi cucu, biarla Mak kawen lain. Sunyi jugak ni'. Ewah Mak. Gurau kasar nampak?? Mak gurau je kan? Ke Mak sunyi betul ni? Mak. Tolong jangan carik pasal. Kata nak jumpa arwah ayah dekat syurga, kan?

Sebenarnya Mak, anakanda jeles jugak tengok Apai, Yash, Nor & Wife bersengkang mata menjaga baby. Tingin sangat nak rasa macam tu kan? Sekarang ni lena benar tidur Sazli. Tu yang kadang-kadang dia siap ada meeting dalam mimpi, kadang-kadang jugak dia dia main bola sepak, habes ditendangnya anakanda mak. Sedih benar rasa hati ni.


Yang paling best akhir-akhir ni dia ada sebut-sebut Neelofa dengan Eira Shazira. Ai.. Ni mimpi apa pulak yang sampai nak sebut-sebut nama artis ni. Ni memang betul carik pasal nih!


Eh. Tetiba macam tulis surat untuk Mak pulak. Haha.


Malam tadi, lepas makan Salmon Teriyaki Steak yang I buat untuk rumet, dia main PS3. Bahagia sangat nampak. So, pukul 10.30 I carik pasal..


'Kayang, tak sabar I nak tunggu pukul 12.00am, mesti U ada bagi I kek kan? Surprise macam tahun lepas, kan?' Lepas tu I bangun, buat-buat carik kek dalam peti ais, dalam almari semua. Haha.


Saz terus jiwa kacau... Dia dah bagitau awal, 'Bubu, tahun ni takder kek tau? Esok malam baru kiter potong kek.' 'Tapi kayang... Takkan takder... Kayang gurau je kan? Kayang mesti ada sorok kat mana-mana ni kan?'


Terus la Saz tak boleh duduk.. Haha. I sajer gurau dengan dia. Sebab masa birthday dia last time, dia buat I macam tu jugak. Ko giler, besday boy bangun bukak semua almari carik kek dia. Tak ke sebak I ni? Akibatnya semalaman aku tak tidur tau?


Now his turn. Rasakan! Nak bagi dia rasa bersalah pulak macam mana. Hahaha.


End up, masa I sidai kain, dia kata nak turun bawah, nak carik rokok (dia kata la). Pastu masa dia masuk umah balik, I tanya.. 'Jumpa ke kek Kayang?' Pastu dia kata takder.. Terus I jalan tunduk sambil seret-seret kaki. Boleh tak besday girl mintak kek? Memang muka tembok habes. Dulik!


Tup-tup, pukul 12.00am, dia ajak I duduk balkoni. Pastu dah bergomol-gomolan serba sedikit, dia suruh I stay situ. Jangan pegi mana-mana. Pastu I dengar la bising almari laci dalam rumah bukak katup. Sayup-sayup Saz tanya, 'Bubu, ada nampak lilin x?' Haha. Boleh?


Dengan takder lilin, Saz bawak keluar kek omel beli dekat kedai Pakistan bawah umah I. Hahahaha. Omel nak mampus! Tak kisah la takder kek lawo-lawo serta acara tiup-tiup lilin, the thought that count kan bak kata Omputih. (Jaga hati padahal).

Tq Kayang for the cake! Ni kalau U tak kasik I cake ni, mesti menyesal tak sudah kan? Hahahaha. Ko ada kek macam ni masa besday? Takder kan? So lekas jeles! Hahahaha.


Pastu bersambung la aksi gelak ketawa dengan Saz sampai la ke pagi.


Sambil-sambil tu jugak, I reply message, bbm and komen dekat FB yang saper-saper wish birthday dekat I. Melayan si Apai yang pergi ubah gambar and nama dia jadik I dalam BBM. Dah habes semua orang kompius, mana satu I. Sampai la ke pagi.

Saz kan, masa dia merajuk buat muka, peluk bantal golek dengan muka muncung sebab takder kek untuk I, I dah gelak-gelak dalam hati. tapi I buat muka kesian and kental supaya biar dia rasa bersalah. Kelakar nak mampus masa tu.


Yang I pelik, sepatutnya I yang merajuk, ni tak. Dia yang merajuk. Boleh tak?

-EnD-

12 comments:

Elly said...

Happy birthday laling!!!

Anonymous said...

happy brhday kak sue....

doa byk2 ye...moga2 Tuhan cepat kurniakan cahaya mata...
best sgt ade ank ni...wlpun pent...tido xbpe nk cukup....

Anonymous said...

Maksu, nama wife Nor, Ida..Maksu xingat nama Ida ke? Maksu xsayang Ida? tapi Maksu penah dtg rumah Nor n Ida makan aritu..*saje carik pasal*..HAHAHAHHAA

rina mazlan said...

Heppy bday kawan.. yg ke berapa tu?

-- said...

comel sangat lah laki bini ini.. beserta kek pakistan itu pon comel jua!!

hepi kebeday chooyaya!!

Lenny said...

happy birthday su!!!

semoga panjang umur murah rezeki and dapat anak yg omel2..:D

Anonymous said...

dik, selamat hari jadi.korang berdua ni memang kelakar dan mentel. hikhikhik..kakmasyp

incik said...

selamat hari lahir kak su!may Allah bless!=)

Personal Wellness Coach. said...

KAK SUE OMEY OMEY. HAPPY BIRTHDAY. SWEET 13 ! *terbalikkan*. MAY ALLAH BLESS YOU. YOU ARE MY PENCERIA HIDUP.
TERGOLAK GOLAK DEN BACO BLOG NI HA. WAJIB BACA TETIAP HARI. NANTI ADA REJEKI, KITA JUMPA K. EH RAYA HAJI RAYA MANA?

Chooyaya! said...

Elly : TQ Elly, eh, pesal profile ko tak boleh bukak eh?

Anon (ni saper erh?) : Memang doa selalu.. memang nak sangat sangat dah. tapi tak dapat2 lagi, maybe takder rezeki kot?

Rina : yang ke 30. dah tuo mokcik!

Pidah : mementang beli kek dari kedai pakistan, terus happy kebeday kan? terus bunyik 'kel'. vel vel

Lenny : Amin... kot ikut aku ngan apak dia, mmg warna suram la kan?

Kakmas Yp : Memang mentel kak mas. yang terpaling mentel saz. dia mengada sgt. su cool jer. hehe

Incik : Tq dik!

Anne : Memandai kata kaksu 31 kan? Kaksu 30 la. **peluk tubuh

Cik Nadia Bayu said...

kaksu! kite da wish beday ke belum ehh?? lupe plakkkk. nak wish sekarang boley tak? *kedip-kedip mata*

selamat hari tua, wahai kaksu ku yang makin jelita dan selim melim. jeles i tau! uhuh. btw, kta doakan kaksu dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki n sentiasa dirahmatiNYA. dan cepat2 dapat baby. doa untuk diri sendiri gak! AMIN. tak sabarrr nak belai2 baby da nihhhhh *nangis*

Chooyaya! said...

nadia : ha ah. mmg luper pon. kat fb tadek, whatsapp tadek, semuaaaaaaaaaaaa pon takder. tecit ati kaksu tau? hukhuk. apa la nak jeles kat cempedak bungkus ni? haih.
p/s: doa la sama2 eh? kaksu selalu berangan2 mengandung je sekarang ni. teruk btol.