Bila lepas-lepas hujan macam ni kan? Kalau kat kampung biasanya akan ada bunyi katak. Ong-ong, ong-ong... Kata orang, kalau suara kiter tak sedap seperti katak mempanggil hujan. Tapi dalam kes ni, katak berbunyi selepas hujan dikira macam mana eh? Takkan la lepas hujan katak nak panggil hujan lagi? Tak ok kot kalau nak hujan banyak-banyak kali?
Talking about katak, I ada nak share satu kisah diantara I dan Katak. Wacey! Macam kisah cinta jer bunyi kan? Kisah Aku & Dia. Tapi dalam kes I ni, Kisah Aku dan Katak. Wah! Bercinta dengan katak ker? Pon Boleh!
I kan, masa sekolah rendah dulu pernah bunuh katak secara tak sengaja. So, I tak dikira bersalah la. Pasal tak sengaja. Kan? Tidak dikira pembunuh pasal tak sengaja kan kan kan?
Tak berniat pon nak bunuh katak tu, tapi saper suruh dia carik pasal dengan I. I memang bensi giler dengan katak. Semua jenis katak I bensi. Katak puru, katak pisang, katak terbang, katak botbot, kereta katak.. Semuaaaaaaaaaaa I bensi.
Bukan bensi pasal apa. No offend. Katak pun ciptaan Allah kan? Tafi taktau la. Katak suka la nak kasik I marah. Suka carik pasal. Semenjak dari zaman I kecik, sampai la zaman dah berbulu's ni ada jer nak carik pasal dengan I.
Klik sini untuk baca kisah I dan Abang Katak beberapa tahun lepas. Katak punya pasal, I mandi betul-betul tepi pintu, sampai habes basah dekat luar. Haha. Sipi-sipi jer aku nak mandi dalam sinki tau? Sinki roboh belakang kira, janji jauh dengan katak.
Berbalik pada kisah I dan katak masa kecit-kecit dulu. Ada this one day, masa dekat sekolah tetiba I rasa kasut I ketat semacam. Dalam hati I terfikir, takkan la cepat sangat kaki I membesar? Kasut baru jer ni kot?
Tapi budak kecik kan? Malas nak fikir sangat. Walaupun kasut ketat sebelah jer (sebelah lagi ok pulak-pelik), fedulikan!! I pon pakai la kasut tu macam biasa. Beratur masuk bilik darjah, rehat di kentin, main cuit tiang, main polis sentri, main pondok-pondok, main kejar-kejar.
Dah asyik main jer, bila masa nak belajar? Haha.
Sampai la waktu nak balik. Ada lagi beratur luar kelas. Tapaham la sistem sekolah dulu-dulu. Nak masuk kelas beratur, nak balik pon kena beratur. Kaki I sebelah ni dah rasa sengal sangat-sangat dah. Pasal ketat. Seharian pakai kasut ketat sampai kaki jadik sengal. Bayangkan la.
So, I pon tanggal la kasut I. Tanggal kasut takder der nak sopan-sopan. Sambil berdiri, I cabut kasut and secara tak sengaja, I terhayun kasut tu, maka tercampak la katak dewasa yang dah berlumuran darah dekat belakang kawan I.
Apa lagi, menjerit la kawan I tu. Satu kelas menggelupur tengok katak. Cedera parah nampaknya dia. Berdarah-darah badan dia. Haha. Sian katak tu, terseksa hidup dia tersepit dalam kasut I. Masa tu, beliau dah nyawa-nyawa ikan dah pun. Tak gerak dah. Tapi I saspek dia tak mati lagi kot.
Datang kawan I, ambek kertas, kutip katak tu, campak dari tingkat 2. Maka tamatlah riwayat katak tu. Sekian terima kasih *sila tepuk tangan semua.
So, moral of the story. Lepas kejadian tersebut, kalau nak pakai kasut, I mesti cek dulu ada katak ker tak. Tapi most of the time, memang ada jer katak dalam kasut I, dari sekolah rendah sampai la kesekolah menengah. Aku pun tapaham apa yang suka sangat duduk dalam kasut I. Harum sangat kah?
Untuk katak yang menjadik korban tersepit didalam kasut I tu, I nak mintak mahap. Siliyes I tak sengaja pun nak bunuh dia. Eeeeiii bodoh giler ok????? Seharian katak duduk dalam kasut aku! Brrrrr....!!!! Meremang bulu roma I masa taip ni.
Maka, semenjak tu I declare war dengan katak. Lantak la dia nak bertukar menjadik putera ke, I tak feduli. Asal nama dia kata, menggerutu, lembik macam pisang benyek semua aku benci.
Dah. Bye!
-EnD-
Bensi kau!
4 comments:
akak rasa nak melompat2 bila baca entry ni..geli...kakmasyp
memang geli kak mas. tapi masa kejadian ni (darjah 1) tak la segeli sekarang. budak2 punya perasaan lain kot?
hoi kembang tekak aku!!!!! siap bedarah-darah bagai.. darah katak kaler apa? hitam yeh?
darah dia kaler maroon. uweeek!! muntah sushi aku!
Post a Comment