Sunday, October 30, 2011

Petua Jika Rentung Tahap Satu. Bahasa Sopan, Sun Burn. Haha.

Aritu I ada membebel-bebel pasal Mira dekat entry ni kan? Pasal Mira away from rumah and kena pergi kursus enam bulan tu. Kursus wajib pergi, kalau tak pergi kata Mira nanti tak boleh naik pangkat. Lebih kurang la macam tu. Aku pun tak paham sebenarnya tapi malas la nak amek tau sangat pasal orang-orang kerja kerajaan ni. Haha. Boleh tak macam tu?

Tu la. Nak sangat kan kerja PTD. Rasakan! Orang suruh jadik pembaca berita taknak. Eh. Itu cita-cita aku! Hahaha. Sian I, cita-cita nak jadik pembaca berita nampaknya kurang berjaya sebab ketar bila bercakap depan camera/public. Jadik, I paksa Mira je. Suara dia sedap woooo. Kalau jadik emcee la.. Kalau nyanyi hancur. Sedap lagi suara Wana.

So, dipendekkan cerita, after two weeks, baru la I dapat jumpa Mira. Masuk jer kereta, tengok muka Mira, terus I gelak. Sebenarnya tak sampai hati wooo nak gelak. Tapi bila tak gelak, senak tetep dada I. Haha. Sian giler ok? Muka dah rentung habes dah. Kata Mira, muka dia terbakar tahap satu. Tapi serius memang terbakar habes la. Bukan sun burn dah, bukan ikan salai dah, tapi dah rentung oi. Macam sapu arang dekat muka, ha... macam tu la! Teruk kan? Saksikan gambar ni.

Jeng jeng jeng!!!!

Sian Mira. Dah macam Dayang Senandung dah. Terbakar habes muka dia. Ni dah macam pakai make up untuk jadik pelakon extra sebagai gadis original people. Kata Mira, boleh jer upload gambar ni masuk FB sebab rambut hot. Muka rentung takper, janji rambut hot. Taknak kalah jugak tu. Tak paham aku.

Kata Mira, muka dia jadik macam ni sebab terbakar masa berkenu. Dekat pulau apa entah. Tak ingat. Lebih kurang macam untuk survival test la. Giler la. I dengar Mira cerita, I pulak yang nak nanges. Dengan panas terik tengah-tengah laut, boleh berdayung sampai pulau. Pergi pagi, balik petang. Pergh!

Akibatnya, terbakar habes muka Mira. Tapi bila dia tutup mata, putih jer pulak kelopak mata dia. Haha. Giler lawak. Bayangkan muka hitam, kelopak mata putih. Ko sampai hati tak nak gelak ni? Kata Mira lagi, dia pakai baju berlapis-lapis. Bila panas, sinsing lengan. So beginilah hasil kepada 4 lapis kebakaran tu.


Dah macam kuih lapis dah tangan Mira. Makin tutup makin terbakar. Mungkin berkuap kot? Tu dia pakai glove tu, yang tu la yang paling hanget. Kawan-Kawan Mira semua panggil dia Dayang Senandung. Sebagai Mira yang taknak kalah, dia kata 'Apa ending Dayang Senandung? Akhirnya dia jadik cantik kan? Kawen dengan anak raja kan?' Haha. Yer la Mira. Semoga berjaya kawen dengan anak raja. Amin....

Malam yang I jumpa Mira tu, dia baru balik dari Gurdian. Mira beli Bio Oil dengan Inner Shine Pati Prune. Facilitator dia bagitau kalau apply bio oil dekat muka and minum pati prune tu, nanti kesan terbakar tu cepat hilang. I macam percaya-percaya ayam jer pasal gitu punya rentung, kot kena dekat I, setahun kot baru hilang.

Sebab I kalau terbakar, memang payah giler nak elok. Pakai bedak pon bekilat jer... Sebatu dah nampak dari jauh pasal silau. Ada dulu zaman-zaman remaja I berangan ala-ala cerita baywatch duduk berjemur dekat pantai bajet nak tan kan kulit. Pakai shorts. Sekali hambek ko! Peha berbelang exactly setahun. Giler ah!

So, dalam kes Mira ni, I agak-agak saspen jugak nak tau result dia. Seriously I kurang yakin sangat. Yer la, muka Mira memang teruk sangat-sangat la. Kalau senyum, nampak gigi jer. haha. Pastu siap menggelupas kulit. Horror giler. Eh. Over pulak aku nak describe pasal muka Mira yang horror. Haha. So, selepas seminggu, ini hasil dia. Jeng jeng jeng!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Eh, cukup la. Annoying kot nak scroll lama-lama.

Dah ok kan? Tak seteruk 2 minggu lepas. I pon terkejut jugak tengok. Wah. Dah tak Dayang Senandung. Tapi Dayang Nurfaizah. Boleh? Haha.

Kata Mira, dia minum 2 kotak pati prune tu so far. Ambik hari-hari. Bila habes 2 kotak, dia stop la. Lepas tu memang dia sapu bio oil dekat muka. Memang la oily sikit, tapi hasil dia memberangsangkan sangat. So, pada sesiapa yang ada plan ka merentungkan muka, lepas ni tak payah risau sangat. Pasal dah tau ada cara yang cepat untuk memulihkan sun burn.

Pendek kata, ini petua untuk golongan marhaen la. Berapa hengget sangat jer kan? Kalau kaya, pergi je suntik or buat facial tiap-tiap hari, tenyeh muka dekat salon, buat bleaching or so on. Terus putih, kalah Maikel Jeksen.

So, jangan lupa ambik ni. Inner Shine Pati Prun untuk cepat recover dari sun burn.


Dan jugak apply bio oil.

I pon ingat, nak amalkan la minum pati prun. Kot lepas tu muka jadik glitter ker kan? Mata ala-ala ada diamond bersinar. Wah gitu! I rasa, ada banyak lagi kebaikan bio oil. Kalau nak tau, google sendirik. Jangan malas-malas.

Kata nak cantik kan?

-EnD-

P/s: Kata Mira, seksa sangat kursus dia so far. Memang mental and fizikal kena kuat. Kalau tak, boleh collapse. Dia kata, kalau ada anak orang kaya yang hensem nak dengan dia sekarang ,dia nak ajak kawen terus. Taknak teruskan kursus ni. Wah. Kalau kasik option nak yang kaya and hensem sekaligus kan? Dasar! Pastu I paling tak tahan bila Mira cerita punya la bizi dengan aktiviti sampai dia tak sempat nak breakfast, lunch. Seharian tak makan. Lepas tu dia nanges sebab lapar nasik. Boleh? Nanges sebab apa? Sebab nak nasik. *Rolling eyes. Haha.

7 comments:

Fuz said...

berapa juta ni inner shine ni?

Chooyaya! said...

sekotak ada 6 botol, sekotak tu dalam 26 juta kot? entah. cer tanya mira.

wana said...

Sib baik ko ckp suara aku sedap. Hahahahaha.
Aku pn nk ltk bio oil la. Kulit ku pn trbakar ni tp xla rentung dyg senandung. Ala2 ten ten ten tennnn je. Ok bye.

Chooyaya! said...

memang suara ko sedap kot?**wah, kipas tak hengat! hahahah. nayang,lekas beli bio oil. u dah tak hensem dah. i tak suka la daud yang tan. I suka yang gebu2. baru stim.

wana said...

Muka je x gebu. Bdn aku still gebu. X caye meh check. Hahahahhahaha.

Chooyaya! said...

aku tau la. kan kiter penah mandi bogel sama? hesh!

wana said...

*blushing*

Iklan sat: Mira abis training mesti kurus tu nnt. Mode stress skrg sbb nnt aku je jemok bam bam.

Ok slmt mlm. I miss u xOxO.