Wednesday, November 30, 2011

Family Day Office - Part III

Baiklah. Setelah sekian lama terperap didalam draf, harini tetiba macam ada satu kuasa merah kelip-kelip dari dada yang macam Ultraman nak hilang power yang membuatkan I begitu bersemangat waja untuk share gambar-gambar yang I randomly pick dari Album Family Day yang dimata I nampak cantik untuk I kupas satu persatu untuk dikongsi bersama anda semua, di mana saja anda berada. Wah. Tetiba feeling baca berita macam Ras Adiba Radzi pulak. Tu cita-cita tu nak jadik pembaca berita.



Family Day ni dari 19-20 November lepas dekat Grand Lexis PD. Kiter semua pergi 2 hari 1 malam jer.. Sekejap jer. Tp full of activity. Memang tak sempat nak bernafas la. Sekejap dah kena main bola, sekejap dah joget, sekejap dah makan, sekejap dah mati. Ok. Tak kelakar.



Bola sepak pantai pakai kain pelikat. Ni team lelaki ni. Dorang main bola meletop-letop sepak. Pempuan main bola bunyik kepek-kepek jer. Kadang-kadang juga tiada bunyik. Bola gelek jerk. Turut kelihatan didalam gambar, Sazli pakai baju hitam kain pelikat pink. Wah. Pink tu. Tak menahan.

Team Saz Barca, team lawan Man U. Keputusan? Rahsia. (Kalau dah keputusan rahsia U all sure boleh teka menang or kalah kan?) Didalam gambar ada yang main bersungguh dan ada jugak yang macam window soping jalan-jalan carik pasal.


Rakus Saz, sampai terkoyak kain pelikat dia. Fuh! Kelakar tau main pakai kain pelikat ni, kadang-kadang bola tersangkut celah kangkang. Tapi bagus jugak, macam perangkap bola dari terkena dekat angry bird. Kalau kena situ, mau senak woo.




Hoi hoi. Apa ni? Kelucahan tahap 4!



Orang suruh main bola, dia nak berenang. Ni pesal degil sangat tak menerima arahan ni? U are fired!





Gambar pempuan main bola tadek saper pulak yang nak ambik kan? Tak aci sungguh! Kena tunggu dapat gambar dari Official Photographer la baru I boleh share. Tu pon kalau ada permintaan la. Kalau takder I buat diam-diam jer. Lepas main bola, I bergegas balik bilik pasal nak bersiap mekap untuk persembahan malam karang. Sempat la mandi kolam sekejap.




Tu pon naseb ada drama air mata pasal I lemas dalam kolam yang Sazli dengki tu, kalau tak memang tak naik-naik la kot? Haha. Tarian tahun ni I kiter buat Bollywood. Macam biasa la, time latihan memang tip top. Sekali time betul-betul hancur nyah! Nak nak pulak yang dok tengah tu, asyik silap jer. Fantek la. Frust sangat! Video? Nanti nanti. Harap kesabaran.

Yang tengah tu yang 2 kali buat silap. Orang gelek dia pusing, orang pusing dia lompat. Bodo punya olang! Stress kot barangkali. Sian dia. Marilah semua memaafkan dia.. Haha.



I kata pada Cikgu Menari, 'Kak Nira, apa dosa kami akak suruh pakai baju kelip-kelip macam ni?' Haha. Sumpah kelakar. Tetiba pakai skarf orang gaji Spain yang tak menahan tu. Dah la seluar kembang-kembang kat bawah. Sedih sangat. Haha. Sedih tapi gelak. Caneh?



Saz dengan yours truely punya bos. Kelihatan kacak disitu. Jom U! **Jom nak pegi mana tu??




Oh, lepas menari, makan sekejap and tunggu pertandingan karaoke. Saz masuk. Dia nyanyi lagu Usang by Rahim Maarof. Sedap lemak merdu siot suara dia.. Tetiba I jatuh cinta dengar suara Saz. I respek dekat dia sebab boleh nyanyi depan orang ramai-ramai. Try I tengok. Naik pentas dah ketar. Pegang mic pon dah ketar, pastu terus parkinson and keluar suara itik. Haha.




Ada video dia nyanyi tu. Tapi I kena la mintak izin dia dulu, dia kasik ker tak nak share kat sini. Kot dia kasik, boleh la share. I kalau suara best macam Saz, hari-hari nyanyi dalam keter upload masuk Youtube. Tu la kot Allah tu kasik I suara kepit. Takot riak barangkali. Haha.




Lepas karaoke, kiter start untuk persembahan kumpulan pulak. Kumpulan I buat tema hantu. I jadik hantu giler glamour menari sorang-sorang lagu Kuch-Kuch Hota Hai dengan menari lagu Thriller atas pentas. Nak mampos ko menari sorang-sorang atas stage? NASEB BAIK pakai topeng hantu kalau tak, Jangan harap la I nak perfome. Hahahaha.


Ni kumpulan Ros buat Magic Show. Main bakar-bakar kertas atas pentas. Dasyat dasyat! Sampai sekarang dorang taknak bagitau apa trick tu. Eleh. Satu Malaysia sangat kan kumpulan ni? Yang duduk tengah buat thumb down tu Abang Azza, dia team I tapi sebok-sebok nak dengki begambar dengan team orang lain.



Ni team Intan. Tetiba semua orang pon jadik TV. HAHAHAHAHAHAHA.



Team Mas ada kawen-kawen. Joget lambak semua ada. Kuda kepang jer yang takder. Over taw?



Mati la kawen laki tua.




Dah, mana kumpulan I punya gambar entah. Ni mesti kes dengki sebab team kitorang menang ni. Hahahaha. Habes jer dinner, I terus berlari ke bilik sebab sebab sebab. Ha, jangan nak fikir bukan-bukan. Sebab I dah megren teruk. Ikat rambut tegang-tegang macam dalam pantang, dengan bulu mata pelsu dah boleh sangkut hanger, dengan baju lap lip mana nak tahan. Belengas ketiak wooo. Naseb ketiak wangi bau epal. Lepas mandi, terus tido. Eh tak. Eh. Yer la. Tido. Eh? Hahaha.




Esok paginya pulak kiter ada sukaneka. Yay! I suka suka suka! Walaupun sukaneka, tapi I tetap berdebar-debar giler pasal takot kalah. Haha. Boleh tak macam tu? Semua pon nak ketaq juboq. I rasa I ada darah gemuruh la. Macam mana nak jadik pembaca berita ni? Haih.


Amek gambar kawan-kawan menari bersama partner (jika ada) dan jugak yang muda remaja jer. Yang kanak-kanak, pakcik makcik hanya memerhatikan dari jauh dengan rasa cemburu di dalam dada. Pandai jer kan I buat cerita??



Lepas balik dari Family Day, kata Wan dia sakit belakang. Lepas tengok gambar ni, terus dia tuduh I punca sebab letak siku dekat belakang dia. Ala. Sikit jer kot? Tu pon nak komplen. Manja sangat. Tampar baru tahu.



Gambar melompat memang wajib! Tapi yang tepi sekali tu nampak sangat tak memberi kerjasama. Yang over? Macam biasa la.



Kiter semua lepak menyaksikan remaja wanita bawah 18 tahun bersukaneka. Mana yang cantik-cantik, semua orang sokong kuat-kuat. Dasar tau? Sila perhatikan yang pakai cekak putih tu tengah buat apa? Ya betul! Tengah buat tetep guna pasir. Kurang kerja.




Tu Abang Nuar la punca team Barca dapat number 3, pasal dia tak serius. Lompat gelak, lompat gelak. Bila nak sepak bola?





Game dalam guni team I dapat number last. Haha. Pastu time imbang buku atas kepala and berjalan bawak bola dapat number first. Mana tak menang, main tifu kot? I 80% pegang buku atas kepala. Haha.



Gee jujur jer...



Mas pon main tifu. Intan? Intan takder time ni. Dia balik bilik tidur. Pasal ngantuk. Boleh? *Urut dada.



Lepas tu tarik tali pulak. Saz duduk paling depan bajet paling kuat. But whatever pon, I bangga dengan dia :) Walaupun hanya duduk depan time tarik tali, I nak bangga jugak, tak kira. Menang kalah belakang citer. (Sah-sah kalah kan kalau cakap macam ni)



Dekat baju tu tulis I Love F*ISB (Company I) Tapi ada readers kata, baju Ramlah Ram. Kau Kuncik Cintakku Didalam Hatikmu. Pon boleh!



Team I, Barcelona bersama hadiah kemenangan. Tema lelaki number 3, team wanita? Mestilah number 1. Ko giler nak kasik team wanita kalah? Ada I guling-guling dekat pasir ni nanti. Jenis tak boleh menerima kekalahan. I la orangnya. Haha.



Gambar ramai-ramai lepas habes sukaneka.




I had soooo much fun! Saz pon sama. Seronok sangat dia taw? And I suka sangat to see Saz happy. Pasal I sayang dia. Eh. Over pulak kan? Kata bos, next year kiter nak buat Superhero/Watak dalam Filem atau TV punya theme. I nak jadik yang cantik-cantik jer macam Snow White, Cinderella or Sleeping Beauty. Mesti nak ambik watak yang lawa-lawa jer. Dasar!




-EnD-

3 comments:

Anonymous said...

su, akak macam gila kat ofis ni.gelak sorang2...ramlah ram tu....kakmasyp

Chooyaya! said...

hahahah. kak mas la yang ckp mcm ramlah ram kan? jahat taw kakmasyp ni. hahahahah

Anonymous said...

salam kaksu..kita peminat kaksu..nk tnya mcm mana ye nk join keje felda nih..bnyk kali gak anta resume tp xde respon pon..tgk mcm best je ha..kalo keje kat rncgan2 felda lgi best..hoho lari topik :) pliss kasi respon