Monday, November 28, 2011

Koktel Kastad & Gambar Separa Bogel Sasha dan Kaseh

Siaran secara langsung dari Jengka. Pheeewit....!! Indah sungguh hari cuti bila tapayah mandi pagi-pagi. Woo hooo!!! Ni spesis kambeng ker apa ni? I mengambil penekanan, bila hari cuti, selagi tak pening kepala tapayah mandi. Tapi ketiak I wongi tau walaupun tak mandi? Bau epal. Jangan percaya jeles pelis.

Well, cam biaso kalau kat kampung ni memang menjadik hari makan sedunia. Sejak dari semalam Kaklong dah buat sup daging dengan sambal kicap, daging masak lemak cili padi, cekodok jagung. Pagi tadi breakfast mihun goreng, lempeng tiga segi cicah sambal tumis. Pastu I buat koktel kastad ni ha and sekarang Kaklong tengah prepare pulut kuning dengan rendang daging panas.

Kaklong masak semua yang susah-susah. I masak yang simple-simple. Tapi yang simple tu la yang I nak kompang-kompang. Tak kira.


Koktel Kastard. Perghhh.. Sedap woooo! Sebelum makan, masukkan dalam peti ais. Kalau tak tahan atau rakus, pecahkan air batu and masukkan dalam ni.

Nak resepi ker? Hew hew. Nak ker taknak, tetap I nak kasik. Tak kira!

Bahan-Bahan - cecece...

  • Susu cair - satu tin
  • Susu pekat manis - satu cawan
  • Air kosong - satu cawan
  • Tepung Kastad - 3 sudu bancuh dengan secawan air
  • Koktel buah - satu tin
  • cube nenas - satu tin
  • Esen vanilla - setitis dua
  • Sumi - satu plastik

Cara-cara membuatnya - cecece lagi...

  • Memula panaskan air yang secawan tu, pastu bila dah mendidih masukkan susu cair
  • Lepas tu masukkan susu pekat secawan dan jugak setitis 2 esen vanilla
  • Pastu masukkan tepung kastad yang dah dibancuh dengan secawan air tu
  • Dah sebati semua, baru masukkan buah-buahan koktel tadi.
  • Suka hati la nak masukkan buah apa, jangan masukkan durian dah. Aku tampar kang.
  • Pastu bila dah sejuk, baru la masukkan sumi jelly tadi. Jangan time panas, nanti cair pulak
  • Hidang bila semua dah kesekujan. Sedap wooooo!!!


Ingat Zarina An-Julie je ada gambar separa bogel? Sasha & Kasih pon ada taw?

Sekian laporan makcik kentin terus menerus dari Jengka. Kiter berjumpa lagi dilain masa, most probably kalau panjang umur, tiga minggu dari sekarang. Tadi baru lepas urut dengan mak bidan. Sebab nak naikkan peranakan. Nak kasik senang mengandung. Dia pesan, dalam masa sebulan ni jangan makan nenas, jangan makan pulut, jangan makan tapai. Tapi ni ha baru je makan koktel kastad yang ada nenas lepas tu bau pulut kuning dekat dapur tu sangat menggoda sanubari. Acaneh?

-EnD-

4 comments:

nashays said...

ko mmg laa klu citer pasal makan dah x khusyuk aku nak keje..rs nak balik buat koktel skg...rs2 ade lagi setin koktel kat umah..

Chooyaya! said...

eh, buat la... memang sedap. sazli puji2 kata sedap smpi nak tears jer aku tgk. hahahaha

wana said...

Klo aku jd sasha ngn kaseh aku dh saman dh maksu diorg ni. Hehehe.

Chooyaya! said...

tggu dorang besar sikit, mmg aku kena saman la ni ... haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...