Wednesday, November 9, 2011

M I M P I Buah.Wah, Buah Apakah Itew?

Harini I nak cerita pasal mimpi. Asyik cerita pasal makan pon bosan jugak kan? Tapi yang tatahannya, mimpi pon nak jugak-jugak masuk pasal makanan jugak sipi-sipi tu. Haih. Tak dapat makan yang melampau-lampau, I mimpi pasal buah pulak.

Ok aper buah? Sesuai je dengan tuan tukang mimpi. Tau-tau jer aku diet. Terus mimpi pasal buah. Bukan tak biasa mimpi Burger Bob esok menggelupur nak Burger Bob jugak-jugak time lunch, padahal stall bukak malam. Haha. Tak oleh tunggu-tunggu dah. Drama. Real life drama, mimpi pon nak drama.

Talking about my dream, last nite I mimpi petik buah! Buah pon taknak kalah. Tak main la petik rambutan, jambu batu, ceri kampung or lain-lain buah yang I biasa panjat petik masa zaman kanak-kanan riang dekat kampung dulu... Haha. Ni buah western punyer. Blueberry. Haha. Mana datang ntah pasal buah ni yang buat I sampai termimpi-mimpi. Bongok sungguh.

Punya la lebat buah dia. Seronok I petik. Petik and masuk mulut. Lebat selebat-lebat alam sampai terjuntai-juntai. Seronok sangat rasa. Pokok dia rendang sangat... Sampai redup jadik kawasan tu. Seronok hoi! I sikit lagi nak giler meroyan dalam mimpi I tu. Pokok dia pulak besar and rendang. Sama besar macam pokok sabun yang orang tanam tepi jalan tu, macam tu la. Bapak la punya besar!

Padahal I google, tengok renek rendang jer pokok tu. Takder la besar macam dalam mimpi I tu Apakah maknanya? Jeng jeng jeng!

Blueberry dalam pot. Best giler! Nak tanam dekat rumah la. Agak-agak hidup tak? Mungkin tak kot. Kalau nak hidup pon, kena letak dalam peti ais. Haha. Senang la macam ni, rasa nak buat pavlova, kutip je buah ni dekat balcony. Kalau masak pavlova hanget belakang kira. Janji umah ada blueberry. Ko ada?

Wah, demoknya blueberry ni. Tampar nak? (Ni nak perli I ker apa ni?)

Blueberry ni pakai bedak ker? Pesal putih-putih macam ni?

Haaaa, yang ni bukan blueberry. I letak gambar ni pasal ada orang kan kan kan, meses I bagitau dia suka tengok gambar ni.. Dia kata kan kan kan, muka I nampak suci pasal dalam surau. Tapi sebenarnya I nak bagitau, ini dalam bilik gym. Masa I baru lepas habes practice joget lagu hindustan. This room used to be surau. But since surau dah ada yang lg besar, they move oredi. So now, suci lagi ker muka I? Hehe.

Back to mimpi I, oleh sebab tahap curious I sangat tinggi, so I google la pasal mimpi I tu. Tafsir mimpi petik buah blueberry. Hewhewhew. So, the result is like this.

Berikut ini adalah tafsir mimpi/arti mimpi/makna mimpi mengenai "Buah-Buahan".

Bermimpi melihat buah-buahan. Artinya, akan mendapatkan keuntungan dalam usaha.

Bermimpi memiliki aneka buah-buahan. Artinya, akan mendapatkan keuntungan yang banyak.

Bermimpi memetik buah-buahan. Artinya, akan mendapat banyak rejeki.

Wah, nampaknya maksud baik ni. Petik buah lebat bergayut-gayut yang buah dia demok-demok dekat pokok besar yang rendang. Wahhhhh!! Lumayan Pak rejekinya ni! Memandai I tafsir sendiri. Padahal takder pon dia kata makin banyak buah makin banyak rezeki nak dapat. Haha.

-EnD-

6 comments:

Mr.Fuz (Watak Protagonis) said...

suci lagi opah sue!

Chooyaya! said...

Wah, ni memang betol carik pasal ni. Firrrrreeeeeeeeeeeeee!!!!

wana said...

Wahhhh rejeki ye? Msuk satu kaki tumpang. Ok bye.

Chooyaya! said...

Amin... sok luasa ko kaya lekas belanja aku makan sushi hari2.

wana said...

Hari2? Hahahahaha. Berulat kpale ko mkn hari2 oi. Hahahahaa.

Jeff mujahid said...

klu mimpi tanam buah dlm syurga apa maksud ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...