Tuesday, November 1, 2011

A Malaysian Kim Kardashian Wedding!

Hi Manja! **Penyayang kan I sekarang? Love la, manja la. Ko mampu? Hikhik.

Hari Sabtu lepas, nak dijadikan cerita, I kena pergi office. Sebab nak siapkan kerja. Board Meeting is just around the corner. I dah sedih sifi-sifi. Yer la. malam tu ada wedding Aliah & Khatiq dekat Dewan Merak Kayangan. I pun teringin jugak nak set rambut tinggi-tinggi macam dalam cerita Flintstones mengalahkan perantin. Tapi mekalau wedding at 8.00pm, sampai umah jam 6.30pm, acaneh nak sanggul tinggi-tinggi khen?

So, dengan redha, I pergi jugak la wedding tu tanpa rambut tinggi. Sedih taw? Cey! Ngada jer nak sedih-sedih sangat. Bukan ko yang kawen pon. Lempang kang!

Klik sini untuk cerita kawen Aliah & Khatiq jugak. Tu dari blog Liyana si pipi gebus. Dia cerita detail sikit. I cerita ala kadar jer. Maklumlah, pemalas nak fikir. Taip apa yang ada dalam kepala jer. Haha.

Selamat Pengantin Baru untuk Khatiq & Aliah. Aliah ni, among friends, kiter semua panggil dia Kim Kardashian. Pasal dia memang suka giler dengan Kim tu. Kenapa entah.

All about Kim, ko tanya jer. Semua dia tau. Dah tak pepasal I pun boleh duduk 4 jam dengan Saz depan tv pasal nak tengok Kim's Wedding Fairytale ke menda entah. Terpengaruh dengan Aliah ni la. Sesia kematu vuntot taw? Tetiba pagi ni I dengar radio dia dah file divorce dengan Kris. Ceh. Macam orang dolu-dolu jer I kan dengar berita dari radio. Old fashion kan? Mati la kalau Jepun tau rumah ada radio. Potong keparaaa!!!

Eh. Sebelum tu, jom layan 2 keping gambar yang I cilok dari FB Aput ni ha. Jakun jer I. Semua I nak masukkan dalam blog ni. Maklumlah, most of the photo dalam blog ni, kalau bukan dari camera Wana or Joe, memang I masukkan gambar dari handphone I ni jer. Belek punya belek gambar dalam entry ni, banyak gambar I jer. Haha. Ni nak cerita pasal wedding Aliah ker apa ni? Mati la giler glemer. Dulik!

Amboih pipi tu. Boleh tahan jugak gemok eh? Siap side-burn macam belakang jaws. Ko ada? Dagu dah nak lurus ke leher terus. Apakah maknanya?

Maknanya gemok la. Apa dah jadik dengan pengambilan 500 cal sehari tu? Dagu 2 jugak kot? Petuhui!

Dari kiri, Rish, Hani, Rina & Jeniperlopes. Ko tengok orang kurus kalau amek gambar macam mana? Berdiri tegak jer tadek masalah. Tetap jelita. Orang gemok kena cekak pinggang, kaki naik sikit sebelah serta kena mengiring. Tak kesian ker? T_T

Tengok muka Nayang I, terbakar sikit kan? Gara-gara bukak booth time Bot Naga dekat Putrajaya last time. Untuk Wana, kalau setakat baca blog aku nak check spelling error, nak membahan serta bergelak ketawa baik tapayah. Lekas-lekas ambik iktibar jugak. Pegi beli Bio Oil dengan Inner Shine aku kata! Hep! **Cekak pinggang dekat ketiak.

Masa dekat wedding Aliah, I terserempak dengan Yana. Eh tak. Tifu je terserempak tu, bajet artis ke nak terserempak bagai? Padahal dah janji via bbm, facebook nak jumpa dekat sana. Haha. Kata Yana, I peramah serta becok. Pandai je taw dia. Padahal I jenis pemalu nak mampos, gelak tutup mulut siap. **Muntah ijo.

Bersama two bride-to-be. Hana dan Nina. 2 2 kurus melidi. Tak sampai hati nak ambik gambar berdiri. Takot kecik ati.

Dari kiri, Ema (Dolly Parton Malaysia) **Mati la kalau Ema baca blog ni. Harap-harap tak la. Yash serta her cute little boy yang embam-emban. Farrel (betula kan Yash eja macam ni? Lekas nak pavlova. Yang original flavor tau? Bukan yang rasa air katira). Sebelah tu Sapek dengan Epin. Sapek tu bakal suami Hana, yang Epin tu, bakal suami I. Eh tak. Yang tu bekas suami Wana. Eh tak jugak. Ok Wana. Tak lawak.

Yes, finally! A group photo! Kelihatan akhirnya didalam gambar, suami I. Haha. Sian dia, dah la gambar sekeping jer, pastu gambar ramai-ramai pulak tu. Lagi best, gambar kecik dan jauh. Mati la bini lupa laki. Hahahahaha. Naseb U la Kayang, dapat bini kaki berangan.

Btw, emcee masa wedding malam tu ialah Aizu & Rina. Sian Rina, tak makan dari pagi Sabtu tu, sampai la pagi Ahad. Tapi molek jer dia suka-suka berbbm dan bergelak ketawa. Cuba kalau I yang tak makan selama tu, kucing pon aku pijak. Kejam tak kejam la kan?

Untuk Aliah & Khatiq, selamat menempuh alam rumahtangga. Semoga berbahagia ke akhir hayat, hidup dengan rukun dan damai. Pesan Maksu satu jer, dalam rumahtangga kena ada tolak ansur dan banyak-banyakkan bersabar. Dugaan awal perkahwinan nak tunggu serasi tu, maha dasyat. Semua orang akan tempuh. Kalau tak tahan, tak kuat, mau goyang. Wah. Mood ustazah pilihan dah sampai.

Tengok jam : Dah pukul 12.30am, patut la. Waktu mengawan. Haha.

-EnD-

6 comments:

wana said...

Aku banned blog ko br ko tau. Blh isytihar perang klo gini. Hohhhhh (O-O) <-- itu adalah lubang hidung dh kembang kempis ni.

Chooyaya! said...

hahahha. jgn la nayang.. u kan presiden kelab peminat i... caneh kalau u sendirik nak banned i?

ainaa said...

Haha... Best gilerr bace blog akk nih... Lame betul x update n follow... Kak sue tengs k!!!

ainaa said...

Haha... Best giler bace blog akk nih... Ase lame da x follow update akk... Kak sue tengs!!!

ainaa said...

Haha... Best gilerr bace blog akk nih... Lame betul x update n follow... Kak sue tengs k!!!

Chooyaya! said...

tengs jer? hantar la duit ker, makanan ker...