Tekak biadap ni ha tetiba pulak nak makan durian.. Susah betul la nak carik durian yang menepati citrasa I dekat KL ni. Kadang-kadang sebijik jatuh harga sampai RM40.00 tapi tak selazat yang I pernah makan time Bapak belikan masa dahulu kala zaman Parameswara dulu dulu dulu.
Jenis apa I tak sure, tapi isi dia kuning oren. Durian kunyit eh? Kaler kuning oren ang-ang taknak kalah. Tapi sepangsa tu tidak la dia seulas je. Ada 2 3 ulas jugak. I suka yang isi manis (ada orang suka yang jenis pahit kaler putih) and ada bijik. Sebab kalau I makan yang tadek bijik, I macam nak muntah pasal saiko durian tadek bijik boleh mengakibatkan gemok.
Kalau tidak dimuntahkan bertambah gemok. Boleh gitu? Macam orang kurang akal kan?
Sesiapa dekat sini yang tau mana nak dapat durian oren di area Lembah Kelang peliss bagitau I. Lepas tu kenapa eh kalau kiter beli durian kena beli dengan kulit-kulit? Bukan kulit tu ke yang membuatkan durian tu berat? Beli isi jer tak boleh? Eh. Sapa kata tak boleh? Beli la dekat pasaraya. Kan ker jual isi jerk tadek kulit.
Sian. Sendiri tanya, sendiri jawab.
-EnD-
8 comments:
memang menyakitkan jiwa entry durian ko ni sue di kala aku mengandung...sadapppp yeuwwwwwwww
mintak mahap mimy. yg tak mengandung ni pon rasa sakit jiwa jugak. sian kan?
Ko pegi ss2 kt area murni tu. Melambak durian. Aku saspek durian kaler oren ang ang ko tu musang king kot. Tp tah la aku dulu x blaja bab2 durian ni n bknlah peminat durian sgt pn. Hehehe.
ini durian musang king...mmg kaler oren kekuningan..i baru sebat semlm...mmg agak mahal sedikit berbanding durian2 yang biasa...selamat melaksanakan OPS DURIAN!!!!!!! :)
nayang : kat situ eh? dah tu sapa nak bawak aku? mcm ko jer yg kena bawak. tak kisah la jenis apa nayang, janji ko bawak aku. pasal ko kan syg aku?
melin : u sebat semalam? cis. bedebah kau! tidak langsung mahu mepelawa ai.
dear ,
moon slalu gie makan kat pandan jaya ada macam2 jenis duyan kat sitew ...
moon, pandan jaya eh? nak pegi sana la. ini durian oren ang ang punya jenis ada jugak la harapnya.
Post a Comment