Friday, January 20, 2012

Bilik Mesyuarat Bau Ketiak / Tungkik

Phewwww!!! *Lap peluh dekat dahi. Finally BOD paper siap jugak. Kalau dalam bahasa Melayu, kertas mesyuarat untuk Mesyuarat Lembaga Pengarah. Kalau dalam bahasa Indonesia, kertas minute, Rapat Umum Lembaga Komisaris. Wah, semejak menyediakan minit mesyuarat anak Syarikat Indonesia udah bisa ngomong Indo sikit-sikit. Clap-clap.

Bapak/Ibu : Encik/Cik
Rapat : Mesyuarat
Notaris : Setiausaha Syarikat
Komisaris : Ahli Lembaga

Tu kalau bahasa-bahasa yang kita biasa nampak dalam Minit-Minit Mesyuarat dalam bahasa Indonesia. Nanti kalau Ahli Lembaga Pengarah di Indonesia nak test tanya apa makna Komisaris, ko jangan pulak memandai kata Ahli Komisaris tu Ahli Komunis. Kang ada yang makan kaki. Orang makan nasik, nko makan kaki. Tak ok jugak tu.

Kalau bahasa Jawa/Indonesia yang lain I tau jugak. Macam Iwak : Ikan, Mangan : Makan, Singkong : Pucuk Ubi : Mentong : Mengulang Makan. Ya. Begitulah nampaknya. Yang terpaling tahu kelihatan seperti semua termasuk dalam kategori makanan jer. Nampak sangat dah I tak dapat dipisahkan dengan makanan.

Sungguh benar la hasil google yang Yashie buat (pasal kurang kerja) Suraya S dekat Google, memang top 2 keluar Suraya Sulatin dan Suraya Seafood. Nampak tak keserasian nama itu sendiri dengan makanan?

Pastu Yash dah salahkan I sebab bagi dia gelak sorang-sorang bila layan I dalam BBM. Dia kata dia gelak sorang-sorang dekat lobby pastu semua student tempat dia kerja pandang dia macam la dia ni orang giler. Dah la dia selekeh hari ni (walaupun dia hari2 pon selekeh sebenarnya) And lagi sekali I buat hidup dia huru-hara pasal panggil PA Dato' (boss dia) as a 'Maksu' <- I lettew.

So language and lecturer pandang dia dengan panahan aneh macam 'Budak ni dah giler agaknya, harap jer kurus. Baik la gemok macam Suraya tu tapi siuman orangnya'. Haha. Yang tu aku memandai cakap sendiri.

Sama naik dengan Apai (suami Yashie) kata dia, blog I ni blog diet tak jadik la, blog makan la. Dengki jer dengan I ni. So, I nekad lepas ni no more entry makan-makan from me. I taknak la dikategorikan blog ni dalam blog makan. I nak dimasukkan dalam kategori blog yang berilmiah. Baru la boleh jalan kepak sikit. Wah. Cita-cita dah la taknak kalah, pastu nak riak lagi pulak itu.

Unless kalau korang semua insist nak I citer pasal makan lagi... Kan? Maybe I boleh pertimbangkan. Wah! Bongkak betul bunyiknya. Haha.

Bulan ni banyak dapat limau dengan hamper pasal CNY is just around the corner. So, sebagai perempuan vain, apa salahnya mengambil gambar makan cekelat Ferrero Rocher sambil buat mulut sepsi konon dapat menggoda Remy Ishak **Tetiba Remy Ishak. Intan tonggek lebih. Tak menahan.


And time-time ni jugak la, I percaya kebanyakan Syarikat tengah bizi dengan Audit kan? Intan tu, jenis suka jer nak perhatikan pergerakan/tingkah laku orang. Dia memang adore jer tengok auditor's lalu depan kitorang and bawak laptop sebelah tangan, dengan langkah laju nampak macam cool kentang giler.

SO! Itu perempuan giler, sudah ajak I berlakon sebagai auditor's jugak. Maka, terimalah video ni sebagai pengubat rindu. Hewhewhew.


Sedikit info mengenai video tersebut.
  • Audio kurang memuaskan sebab guna camera henpon jer. Apa entah yang I membebel awal tu pon I dah tak ingat. I saspek I cakap, '2 orang secretary giler yang kurang kerja berlakon sebagai audtor's time boss takder' ke menda entah.
  • Ada yang tetiba I kata 'aduh' tu, pasal I terjatuh langgar kerusi. Vavi. Sakit kot kaki I.
  • And ada yang tetiba ada part, 'Sambung' tu pasal Intan gelak and dia suruh ambik take lain. Haha.
  • Blik berhantu yang bau ketiak pasal **Rolling eyes, bilik meeting yang auditor's guna tu bau ketiak like seriously da?????? Bak kata Syikin, 'Bau Tungkik'. Haha.
Sekian. Enjoy the video dan harap jangan menyampah. Kalau menyampah pon, I tabah jer. Haha.

-eNd-

No comments: