Bosan disajikan dengan makanan yang lazat dan menyelerakan sahaja disetiap entry blog ini? Jangan risau...!!!! Pinggg!!!!! *terus keluar bunga api dengan asap effect magik macam dalam iklan Smartshop dulu. Cool giler sangat I rasa. Lompat bintang terus.
I suka DD Seven. Agen penghapus kotoran yang hebat mampu menanggalkan karat, lumpur dan darah. Oh. Masa tu I tak akil baligh lagi. So I fikir, ni DD Seven ni memang bagus pakai dekat hospital sebab nanti orang eksiden, bedah mesti banyak darah. Bodoh. Tak fikir pulak pasal perempuan periyet. Haha. Naif sangat I masa tu. I rasa I comel la. Okbye.
Berbalik kepada promo macam bagus dekat perenggan pertama.... Hari ini kami akan menyajikan anda dengan gambar-gambar bajet hebat dari saya! Tilam tilam tilam!!! Beli satu percuma satu, buang lama tukar baru.. Tilam tilam! *tetiba iklan tilam. Haha.
Masa full rehearsal dekat Hotel Grand Season.. Semua perempuan ada kecuali Mas dengan Ira. Mana pergi entah. Mengorat bangla banquet yang macam muka Shah Rukh Khan tu agaknya.
Amboi. Gaya sangat profesional. Kan?
Dah. Tu jer nak cerita. Tak best pon. Tapi sengaja ego taknak mengaku blog ni asyik cerita pasal makan jer maka terus guna taktik bubuh gambar rehearsal menari sebagai penyamaran. Orang putih kata camouflage. Macam album Amy Search dulu kan, Amy - Camouflage. Dia nak jadik sesumpah. Ibaratnyalah... Apa kau merepek ni syaitonnn?????
-EnD-
No comments:
Post a Comment