Soklan minggu lepas yang I tanya berapa orang punya makan, jawapannya ada dalam entry ni. Mempersembahkan seorang perempuan demok dan rakan subahatnya yang hanya gemok-gemok ayam menyerang Ikea kerana craving ya amat dengan Meatball. Kesian sungguh 2 orang ini.
Begini kisahnya.
Pagi lagi I dah bbm Syira, 'Ko jangan makan Syira, nanti kenyang. Ingat target kiter nak makan 20 bijik meatball kejap lagi. Lepas zohor. Bertahan yer?' Amboi. Pesanan macam melibatkan perkara-perkara serius jer. Haha. Pasal makan jer kot? Skali pukul 12.30 Syira bbm, 'Su, ko makan la biskut. Lapik perut. Nanti takot ko mati pulak'.
'Baiklah Syira, aku makan biskut dengan air sejuk jer'. Padahal roti bakar dabel dengan milo 1 mug besar. Haha. Pastu I rasa bersalah giler dengan Syira sebab tipu dia, pastu dalam kereta I buat pengakuan yang I sebenarnya minum milo. Skali rupanya Syira pon tipu jugak. Sebab dia pon minum milo. Tak guna Syira. Air kosong konon. Pui!
Dah la parking dekat Curve sangat la azab nak mamfus. I asyik cakap dekat Syira, 'Cepat la Syira, aku sikit lagi nak mati ni'. Lepas tawaf 80 pusingan, baru la dapat parking. Sabar jer la. Masuk jer dekat IKEA, mak ai. Tak 1 km pulak beratur. Serius I dah menggigil lapar. Terus dari nak makan meatball jer bertukar menjadik nak makan semua yang ada dekat sini. Jalan pon dah pakai lutut sebab tak larat sangat.
Masa ambik makanan letak atas tray tu, giler bapak malu. Apa buruk lantak 2 perempuan ni, macam tak makan 2 tahun. Tapi AKU PEDULI APA. Haha. Kitorang gamble jer. Beratur ambik makanan, baru la carik meja. Nasib la ada tempat duduk. Apa ramai sangat orang craving nak makan meatball harini? Sebok nak tiru orang.
Letak jer makanan atas meja, terus ngap. Tak menyempat apa dah. Orang sebelah menjeling dengan ekor mata, tapi kami buat-buat cool.
Tu, yang baju kuning dekat belakang sana tu. Dah la foreigner. Pastu duduk Ikea nak borak-borak jer. I nak duduk meja sebelah tu dia tak bagi pasal ada kawan dia, lepas kawan dia datang, semenet lepas tu dorang bangun. Kiwak kan? Pastu ada perempuan yang macam bajet giler, jalan guna lubang idung sebab belagak konon couple dengan orang asing. Da??? Kalau dah hebat sangat, nak lepak minum pergi la lepak Starbucks ker. Ni lepak dekat IKEA. TAK MAKAN PULAK TU! Pastu gelak-gelak dekat I. Setan giler. Menyesal tak campak meatball dekat muka dia. Eh. Kalau campak meatball, aku nak makan apa. Baiklah. Campak sos jer. Sebab sos boleh ambik lagi nanti. Ok.
Syira pon sama terpengaruh terus dia pon rasa nak makan banyak-banyak jugak. Dimaklumkan, prawn coctail ker menda entah kitorang letak balik sebab dah penuh tray. Memalukan.
Memula ambik yang 5 pcs. Letak balik. Ambik yang 2 pcs. Tak baik tamak.
Tiada kompromi. Sorang satu. Result : Satu makan, satu bungkus dalam tissue, letak dalam handbag.
Tiada kompromi. Sorang satu. Result : Satu makan, satu bungkus dalam tissue, letak dalam handbag.
Poached Salmon ni antara yang tak sedap pernah dimakan. Tasteless. Macam nak kasik orang sakit jer. Yang sedap pon brocoli jer. Tu pun cicah dengan sos. Baru ada rasa.
Lepas dapat makan tu, I rasa lega sangat. Mengidam kemain macam orang mengandung jer kan? Akibat dari semua makanan-makanan yang dimakan tu, sehari I kenyang. Esoknya, Isnin tengah hari baru la makan. Bayangkan sekarang macam mana makanan yang banyak-banyak macam tu boleh masuk perut I. Penderaan terhadap usus. Sian dia.
Dah. Ni sah-sah ada yang maki-maki I pasal craving meatball jugak kan? Lekas ngaku!
-EnD-
2 comments:
hahaha.. kak,foreigner yg baju kuning tuh tunjuk peace la time snap gambar.muahaha.
hihihi...makan je lah Su. selagi boleh, tapi berpada2 (ehh, ckap kat orang pandai, tapi tgk diri sendiri ---- i lah tuh).
Time lapar memang gitu..melantak tak sedar MIL lalu pun..hehe.
p/s : seyes I tak tahu u makan berdua...hahaha. entry sebelum ni, I teka 4 orang makan...kikiki. Sori beb
Post a Comment