Wednesday, March 14, 2012

Hatred & Kenny Rogers (Apa kena mengena)

Bila makan kat Kenny Rogers, I akan order menda yang sama jugak. Quarter Chicken musti with black pepper sauce, mac and cheese, coleslaw dengan whippe potato. Tapi semalam budak tu dah salah bagi, dia bagi wedges. Pastu I bagitau dia silap bagi, lantas dapat Whippe Potato dalam mangkok lain. Wah! Ini sudah bagus. *Sambil buat double thumbs up.

Sebagai ganjaran, I telah meningkatkan tahap kalori yang diambil sekaligus mendorong untuk menjadik lebih gemok. Memang bagus sangat la tu. Konon nak kurangkan kalori, maka makan ayam panggang la kononnya. Skali hamek ko, sideline dia kalo tak menggemokkan tahap cipanzi tak sah. Clap clap.

Tengok, sekarang I dah tensen. Sebab gemok. Bila gemok je tensen, bila tensen jer sah-sah masa tu gemok. Bila masa nak kurus pon taktau la. Cakap macam bagus, pung pang pung pang kalori ambik 600 jer sehari, ni semua semua makanan menggemokkan dalam blog ni apa??? Pui!

Gomok Gemok Demok Domok Dot Com. Sudah. Hentikan. Jangan nak explen apapa lagi dekat I. I dah bosan. Bosan!


Okeng, cukup cerita bab makan. Bak kata seorang anon pasal I, 'muka average jer, tak la cantik mana'. Well. Tu tak payah bagitau. I dah sedia maklum. Tapi atleast orang muka average ni ada identiti. Yang awak tu, berselindung atas nama anon lagi la memalukan. Tampilkan la diri. Ada beran? Sekali muka anon ni macam Angelina Jolie. Padan Muka aku. Nah. Ambik pisau. Tikam dada. Haha. Terus kalah tanpa bertanding.


Macam ada satu quote yang I pernah baca, 'U know your blog is popular when U got hatred'. Haha. Tengok? I nak perasan lagi sekali jugak. Well, kasi can la. Haha. Btw, ni la golongan orang yang membenci kiter tapi hari-hari menggelupur nak bukak blog kiter pasal nak tau apa yang kiter update yet sakit hati pulak dengan kiter. Ker tak eh? Ah. Lantak ah. Janji aku hari-hari makan sedap. Kisah apa aku?


Ala. Apa ada hal? I tak kisah pon. Siti Nurhaliza tu lagi la ramai sakit hati, jeles dengan dia. Dia cool jer kan? Ini setakat seorang hatred/anon. Tak per. Mak ok jer *tiup kuku.


Baiklah, sebagai perempuan biasa muka average, I sudahi entry ini dengan tak lain tak bukan, apa lagi kalau bukan muka sendiri. Kata perasan cantik kan? Citer pung pang pon tak guna kalau tak bubuh gambar vain barang sekeping. Baru la sedap nak mengata. Blog aku, suka hati aku la nak tulis apa. Aku nak perasan ker, aku nak merapu ke, ko sebok apa? Tak suka, tak payah baca. Okbai!


Yatt, thanks for inviting me on Nia 2nd birthday. Terima kasih atas kegemokan yang dihadiahkan oleh nko kerana nasik tomato kari hijau, laksa dan kek yang semuanya amatlah lazat rasanya untuk makluman nko sendiri. Red Velvet buatan nko pon sedap sangat! Siap tapau bawak balik 3 ketul bubuh dalam mangkok polistrin, pastu bubuh dalam peti ais pastu bila makan pejam-pejam mata sebab red velvet yang keluar dari peti ais sedap rasanya.




Bak kata Yatt, 'Wei, ko boleh makan red velvet aku banyak-banyak. Tak gemok. Pasal aku guna minyak conola dalam kurungan minyak jagung. Ok. Baiklah. Tips tu. Taknak gemuk, kalau buat kek guna minyak jagung. Paham?


-eNd-

4 comments:

Anonymous said...

cmne cik su knl yatt ni...n pooja pun?

Chooyaya! said...

tu semua maza zaman muda2 dulu. yer la kan? masa muda2 dulu, kaksu yang muka average ni ada jugak masuk majalah, tak sangka pulak muka average boleh masuk majalah pulak. haha. so kenal la dorang dari situ. kenal yatt dari poja. sekian - kaksu yang muka average T__T

bless said...

kalau cumel gumuk pon takpeeee...hu hu

Chooyaya! said...

yer la..... *sambil jalan seret kaki.