Friday, March 16, 2012

Topik Hari Ini : Bulu

Amboi. Kalau topik berbunyik lucah jer, laju jer klik kan? Haha. Terus cerah jer bijik mata masing-masing.


I tengah pening kepala ni, terkejut. Baru kejap tadi, I nap dekat meja. I suruh Intan panggil I kalau bos dah masuk. Tengah nyenyak tido, Intan jerit. I otomatik terbangun. Terus mata mengadap pc tangan dekat keyboard. Tak sedar ada air liur dekat tepi bibir. Patot lembap-lembap jer rasa. Naseb baik sempat lap. Haha.Hari ni I nak membincangkan topik yang agak serius dan jugak, yang I memang ada issue tentang perkara-perkara berikut. Mari saksikan sekarang. Jeng jeng jeng!


#Tak potong bulu hidung (Ni memang turn off giler). Take note guys. Pelissss la. Pempuan memang takkan tegur bulu idung U terkeluar on your first date. But tolong la pastikan perkara ini takkan berlaku. Trim la bulu hidung tu. Bukan ambik masa lama pon. Bak kata I sendiri (boleh jer kan?), 'Tak guna muka hensem kalau tak tuck-in bulu hidung' - Ni bahasa lembut la. Seriously, I memang ada issue dengan orang yang suka biar bulu hidung bersepah ni. Meluat.


#Kuku Panjang. Dah la panjang, kotor pulak tu. Tolong la jaga kebersihan sikit. Kuku tu kalau nak potong, tak perlukan masa yang lama kot. Kuku tangan, kuku kaki. Itu yang I tengok selepas bulu hidung. I taknak komen perempuan yang berkuku panjang. Lantak. As long as kuku tu bersih. Ni dah la panjang, kuning, berkerak. Loya kot tekak.


#Gigi. Gigi kuning, siap macam berselepat dengan taik gigi. Memang gosok gigi seminggu sekali ker apa? Rasa macam nak tolong tonyohkan. Lagi-lagi yang hisap rokok. Senang gigi nampak kotor. Dah tau macam tu, do something la. Pergi dentist buat scaling at least one a year. Dengan ada plaque and berkerak siap, takder selera kot nak tengok. Pastu lepas makan, tak berkumur and lada terlekat dekat celah gigi. Adoi. Muntah ijo.


Shave. Haih. Shave la. Tolong la. Shave misai, shave janggut. Kasik kemas sikit. Jangan kata nak simpan misai, nak simpan janggut sebab jiwa seni menebal dalam jiwa. Pui!


#Rambut. Lelaki rambut panjang. Tak suka. Tapi yang tak suka tu la yang mendapat. So, padan muka aku. Bye.


#Bau badan. Kalau dah tau badan jenis berbau, tolong la pakai dodoran. Melambak dekat Gurdian, Watson. Turn off ok?


#Last but not least. Pandai la pilih baju yang sesuai untuk menghadiri majlis-majlis tertentu. Baju kenduri dekat rumah, baju kenduri dekat hotel, nak shopping dengan mall-mall besar atau nak pergi majlis-majlis keraian. Takkan la pergi wedding pon nak pakai baju gambar tengkorak kot iyer pon berjiwa rock kan? Nak awek/bini yang cun-cun jer. Dia sendiri selekeh ya amat.


Ha... Itu diantara la... Kang kalau nak suruh tulis, ada banyak lagi yang I boleh listkan dekat sini. Tapi dah macam good-good jer kan? Macam la I ni lawa sangat. Padahal average jer kot. Haha. Ala, kalo aku average tak boleh komen apa-apa la eh? Apa hal pulak???


So guys. Seriously. Kalau nak tackle perempuan, nak rumah tangga aman damai, aspek kebersihan dan IMEJ diri kena ambik perhatian jugak yer? Jangan nak main sesuka hati jer. Tapi jangan pulak sebelum kawen smart habes. Dah kawen jadik lain. Itu penipu namanya. Tak baik. Perempuan memang diam, tapi dalam hati dia menanges sapa yang tau kan? T____T



Carik Pasal

-EnD-

4 comments:

Anna Dayana said...

intan nak tanya kak su, apa yang kak su buat tadi masa kita lepak dalam keta lepas makan sushi kat JJ? OMG.. u tarik bulu hidung u dan i nampak helain yang u tarik.. i betol betol tak sangka u boleh buat macam tu.. Gila amazing.. Eeeuuwww...

Chooyaya! said...

kaksu buat mcm tu sebab takder orang yg nampak. intan jer yang ada. and naper intan nak curi pandang? and sebab kaksu nampak mcm nak terkeluar, kaksu cabut la. hesh! yg ni, komen ni, ko memandai approve KENAPA?

Ina Khairina said...

hahahadoiiii k.su ni mmg omel sgt la!

Chooyaya! said...

mana ada omel. kaksu average jer. :|

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...