Wednesday, April 4, 2012

Bunga Telaga Punya Kisah

Semalam ada boss belanja makan nasik briyani dekat office. I kurang gemar nasik briyani. Dari dulu sampai sekarang. Taktau la kenapa. Tekak asyik nak makan sushi jer. Belagak sungguh la tekak ni. Muka dah la average jer, taste kalo nak makan bukan main kan? Amboi.


Tapi kalau nasik kandar boleh pulak terima kadang-kadang. Tapi ni nak bagitau, nasik kandar dekat Original Kayu Nasik Kandar Petronas Ampang memang selalu la over price. Tak agak-agak punya mahal. Google la sendiri pengalaman orang yang dah terkena dengan Kayu ni. Malas I nak cerita, buat sakit hati jer. Sakit hati kemain kan? Padahal yang tukang bayar tu Sazli. Tukang makan yang sakit hati. Sangat la magik.


Ok, back top the topic. Korang tau tak apa bahan yang ada dalam nasi briyani? Semalam I main dengan Intan, teka-teka bahan macam dalam MasterChef tu. Kurang kerja la katakan. Takper. Layankan ajer.


So, namakan bahan dalam nasi briyani. Kiter mulakan dengan Suraya.


Suraya : Beras **obviously la kan. Haha.

Intan : Garam? **Ok betul. Yang jawab betul tu I. I yang peserta, I yang judge. Memang I best.

Suraya : Kulit Kayu Manis

Intan : Bunga Telaga


Ha???? Bunga Telaga? Yang mana satu bunga telaga? **Intan kuis-kuis nasik, pastu keluarkan satu menda yang dia kata bunga telaga.




Buah pelaga. Bukan Bunga Telaga.

Bahahaha. Muka tak kompiden pulak kan? Bersembur nasik Sara time tu. Gee ngan Diba gelak kuat-kuat macam opis mereka yang punya. Kemain kan?


So Intan, ucapkan selamat tinggal kepada kawan-kawan awak. Perjuangan awak terhenti sampai disini sahaja. Teruskan dengan kata-kata terakhir anda.


Intan : Perkara macam ni tak adil. Kenapa eh salah sebut macam ni pun terus kena keluar? Padahal yang mintak keluar tu pesaing Intan jugak tu. Tak guna! Ini tidak adil, tidak adil bagiku. **Menyanyi lagu Yuna.


**Percaya pada diri, dengan harapan dan keyakinan..... Tetiba lagu AF. Haha.


-End-

No comments: