Monday, April 2, 2012

Nak pergi mana tu?

Tak lama dah ni. Tak lama dah. *sambil kira hari dengan jari.

Tapi barang banyak yang tak beli lagi... Urrgghhh tensen jer... Sazli semua menda dia dah setel. Dia biasa la kan? Over sepanjang masa. Eksaited mengalahkan budak sekolah tadika nak pergi rombongan. Tengok macam I, cool jer. Hiks. Cool la sangat. Padahal sekarang ni, tiap-tiap malam nak tido asyik gelisah. Tasabar sangat nak tunggu next week.

Sazli kelakar tau? Dia kan, I rasa dah 3 4 kali kot bercerita dengan dia, 'Nanti I nak beli kasut, baju, boot, jacket etc, nak beli dekat bla bla bla, nak beli topi....' Memang dah banyak kali I cerita dengan dia, sekali semalam, lepas I bergaya dengan topi-topi yang baru beli tu, dia suruh cerita lagi sekali apa yang I nak shopping lagi. Haha. Omel giler tau? Tapi tengok jam pukul 1.00am, nak suruh aku bercerita lagi memang tak berapa omel jugak la kan?

Oh ni, I nak mengadu. Lately ni, I ada dapat komen dari anon. I saspek dia orang yang sama. Komen pertama dia kata I ni perasan cantik, padahal muka average jer... Hurm. Ok, perasan cantik muka average I ok je, tup-tup pagi ni dia komen lagi cakap muka I lawa macam babi. I senyum jer. Hurm... Kenapa la eh dia ni? Apa yang jahat sangat nak samakan muka I dengan babi. Takper la awak... Terima kasih atas pujian tu... Semoga awak diberkati Allah selalu T_____T

First time dalam masa dah 3 tahun lebih I blog, I dapat komen macam ni. Tetiba ada hatred. Sedih jugak. Sedih pasal blog makan-makan, blog berangan macam ni nak ada hatred jugak. Rasanya takder kot I guna bahasa-bahasa kasar sepanjang I menceburi arena blog ni. Ewah. Macam suci jer rasa diri. Padahal. But. Pegi mems la! Kalo muka aku macam babi, ko lapar ke? Ada aku mintak nasik ko?

So, back to the topic. Nanti next week I akan away from Malaysia tau? Dalam 2 minggu lebih jugak. I pergi tempat yang sekarang ni tengah spring, tapi gedik nak pakai topi omel-omel macam awek dalam drama korea. Padahal entah sejuk entah tak pon kat sana nanti. Dulik!

Topi ni sebijik macam perempuan dalam bekas pensel I masa darjah satu dulu. Dulu teringin giler masa kecik-kecik nak pakai topi macam ni, end up bila umur dah 30 tahun baru dapat pakai. Ok ok. 31 tahun. Haha.

Semalam topi ni dah takder. menyesal tak beli awal :(

So far, topi jer yang I dah beli. Tetiba rasa macam bebal, taktau nak prepare apa untuk vacation harini. I ni jenis simple jer. Tak macam Intan. Dia kalau nak pergi mana-mana, semua tempat dia google. Mana nak makan, tempat menarik mana yang patut singgah and macam-macam info lain lagi dia akan carik.

I saspek I packing sehari sebelum berlepas. Haha. Mati kena ceramah dengan Sazli.

-EnD-

19 comments:

Mimy Hamid said...

eh anon ko mcm spesis langau singgah blog aku dulu jekk..suka berbabi kan orang..coi...dh ko jangan layan...mental tu

ijan said...

alah dia jeles lah tuh..abaikan je. Tak usik duit ke pun. Takpe Su, biarkan lah dia, yg penting kita ni kena bersihkan hati dan nescaya orang suka pd kita..

Selamat berholiday...bestnye bercuti2..dan post cite & pics byk2 ek. Take care

bettyboops said...

sila dress up macam angelina jolie n brad pitt.. kata tourist khennnn..

errr.. i tengah kira duit cukup ke tak cukup ke tak nak beli benda idaman hati.. hehehhee..

Anonymous said...

kak su p mne?

Liyana said...

Eyh eyh sukati laki belah mak tiri dia jerk nak BABI kan org...apa?muka dia tuh lawa sgt ke?kalo stock Miss Universe takpe gak...sabar jelah kaksu,org pendengki camnih tak kemana pun~

p/s : kaksu..ingat tau ayat nih "Haters don’t really hate you. They hate themselves when they see you as a reflection of what they wish to be." so berbanggalah sbb kaksu ada "peminat" yang berangan nak jadik cam kaksu tapi siannnn tak dapekkkk! ;)

Anonymous said...

X puas hati ni sapa yg mengkhinzirkan adikku ini. Meh kiter tgk lawa benar ke dia. Sesedap rasa je, nk averagekn org la, tuiiiihhh......
And agreed with liyanaarox kater tu......
N take caring of urself k. Selamat bervacation....... Kyus/qasihara muah muah

didi said...

g aussie yer kak su

Anonymous said...

Fashion victim!

bless said...

saya saspek anon tu tak cukup kasih sayang atau kurang dapat susu ibu masa dia kecik2 dulu...huhu

selamat bercuti su

Chooyaya! said...

kepada yg berada disebelah kiter diucapkan terima kasih. kepada anon yang nampaknya kali ni dengan busuk hati kata i fashion victim pulak, ko jaga eh? lepas ni i check ip u, and jeng jeng jeng! i dah boleh trace u sapa. have a nice day!

Chooyaya! said...

mimie : mmg la aku taknak layan, tp tersentuh jugak naluri kewanitaan aku. sedih la wei.

Chooyaya! said...

jan : tq dear! sure, tangkap gambar tu mmg perkara wajib. tak payah cakap pon mmg akan tangkap gambar secara membahbee buta. har har har.

Chooyaya! said...

bettyboobs : i baru nak shopping baju lite2 kat kl ni. tp saz kata, shopping kt milan jer (bajet kaya sangat la kan?) haha. babe, cepat duit. kata nak LV. cepatttt!!! Milan is calling u... rrrauuuuu

Chooyaya! said...

anon : kaksu nak pergi europe. france, itali dengan spain. tp duit nak shopping mcm tak cukup. nak contribute apapa tak?

Chooyaya! said...

yana : kaksu mmg boldkan quote yana, siap masukkan dalam fb. anyway, tq dear. selalu jer sokong kaksu kalau apapa. nak peluk lekas!

Chooyaya! said...

kak yus : :( sedih la mcm ni... seb baik kakyus ada tau? terus rasa disayangi. hiks

Chooyaya! said...

didi : kaksu tak pergi aussie. baru plan nak pg nanti, kalo cukup duhet. nak tgk tmpt abg saz belajar kat sana. tmpt dia dating ngan awek mat saleh dia. :D

Chooyaya! said...

bless : tenkiu awak! anon tu mmg tau, suka nak carik pasal. jahat. lalat!

Anonymous said...

kak sue....nk contribute air liur je la...slmt pg n balik....duit xde nk tlg sumbangkan,hehhehe....

bestnye pg europe.............bl la nk byk duit ni p sna...

tp kan...ksue ni cantek ape..kdg2 muka mcm erra je tgk....
so beg coach 1 ok?....

-eizan....