Selamat hari Isnin semua! (Walaupun dah petang nak cakap jugak selamat hari Isnin)
Hari ni I nak cerita pasal apa yang terpaling I tak suka dalam dunia ni selain dari lipat dan susun kain baju. Perkara tersebut ialah jeng jeng jeng! Packing!! Saspen tak? Ke tak saspen pon sebenarnya? Ok fine. Kalau yang paling suka ialah makan. Haha. Tu semua orang tau kot?
Macam yang I bagitau sebelum ni, I akan away dari KL selama 3 minggu. Bermula dari hari Rabu ni, 11 April sampai la ke 25 April. Lama sangat tu. Terus I pening lalat macam mana nak packing, berapa banyak nak bawak baju and all. Serius I stress sampai megren.
Biasa la kan perempuan, kalau nak travel, kalau boleh dari sependa sampai la segala jenis pakaian nak yang baru. Padahal tu I yang nak, tapi I menyalahkan gender I pulak. Haha. Topi je beli sampai 5, pastu siap beli cekak rambut kaler biru ang-ang bereben sebesar gajah. Motip : Taktau. Sebenarnya tau. Motip ialah, kiter ni pelancong, konon boleh la pakai yang macam-macam. Taktau pulak nanti ada yang menyampah tengok kata I fashion victim T___T **Tapi aku peduli apa?
Misi nak mencarik barang-barang ni bermula dari minggu lepas lagi. Nak beli topi la, leather jacket la, kasut sneakers la, boot la (amboi) dan segala mala baju nak baru jugak. Haih. Susah la macam ni kalau nak semua baru. Nasib baik suami baik hati membagi sedikit saguhati untuk membeli baju-bajan baru. Dah kalau dia beli jeans baru dengan baju Ed Hardy takkan aku nak tadah air liur keluar dari mulut tis tis tis pulak kan?
So far, satu menda pun I tak packing lagi. Sazli dah siap susun baju dia sederet. Baju tidur, baju jalan, baju sejuk, jacket, kain pelikat molek jer tersusun. Terus jer I stressed. Pasal I satu pun tak siap. Si Intan yang nak pergi Hong Kong ni pun hari-hari google info itu ini lagi la. I macam 'wadefish?' Aku satu menda pon taktau wei. Bajet cool macam eskrem Mat Kool.
Persediaan yang I buat adalah menonton cerita 'Letter To Juliet' dengan 'The Tourist' sebab lokasi tempat yang kitorang nak pergi ni nanti dekat sana. Haha. Kira homework jugak la tu kan? Aci tak?
Misi mencarik barang-barang bermula di KLCC dan tersesat ke MAC. Intan ambik blusher and I amek blusher + eye liner kaler hijau ang-ang limited edition. Dah beli menyesal. Macam biasa la. Pastu taktau apa relevannya kena beli barang mekap padahal tak perlu pon. Perempuan.
Terus ke GAP. Nampak baju putih cantik. Intan pon nak. Sorang ambik S, sorang ambik M. Masuk fitting room. Bila try jadik macam wanita mengandung, padahal gemuk in denial. Terus letak balik.
Leather jacket dekat Zara dah cantik. Harga affordable la. Tapi tadek size. Diskriminasi terhadap orang gemok. Memang tak cool. Begitu jugak di Guess, Esprit dan MNG. Semua tadek size. NI MEMANG ORANG GEMOK TAK PAYAH PAKAI LEATHER JACKET KER APA NI? Sarung memang muat la, tapi nak zip tak boleh (^_^)
Perempuan gemok teringin nak pakai skinny jeans. Tak sedar diri gemok. Pergi ke Uniglo. Keluar dengan kecewa. Skinny jeans yang boleh sarung terus tu memang nampak giler ah buruk, gemok dot com. Ambik yang ada zip. Suasana pemakaian masih boleh dimaafkan T_T
Intan pun terpengaruh. Terbeli sweater dekat Uniqlo. Design sama. Kaler sama. Size jer lain. Kata Intan, takper beli sama. Sebab destinasi lain-lain. So orang taktau. Baiklah.
Balik ni nak packing sikit-sikit. Pastu nak beli toiletries dengan megi cup banyak-banyak dengan biskut beras jenama Wang-Wang sebab rasanya enak. Tak sedar dah habes sebungkus yang dalam dia ada 40. Hebak hebak.
-eNd-
3 comments:
alahai tak sabar nak tengok dia punya travel journal!!! wahwahwah~ selamat melancong kakak.
kaksu ni mmg la terkenal dengan kemalasan nak update journal macam blogger lain. acaneh?
kaksuu !! cepat la balekkk .. dh windu neh nak tgk mkanan kaksu mkn hahahahaha * boleh rindu mknan kaksu mkn* hehehe ~~~
Post a Comment