Wednesday, May 23, 2012

Magnum White

Eskrem Magnum White ni kan, banyak kali I makan masa Europe Tour last time. Walaupun takder pengesahan halal oleh Jakim, tapi ingredient dia takder unsur2 vavi, so I makan jer. Yakin. Kalau tak yakin dah jatuh haram pulak.

Dekat sana, ada macam-macam perisa. Coklat, Classic, Pistachio (Kaler Ijau), almond, strawberry. Serunut giler! Dekat sini ada 2 3 jenis jer kot? Terus rasa jakun setiap kali  nampak dekat kedai. Tapi harga dia mahal sikit. Satu ni 4 euro. Convert duit Malaysia dalam RM16.00. Tapi kalau nak convert apapa harga makanan and barangan dengan Europe ke duit Malaysia jawapannya mati tak makan la. Makan kaki sendiri jer. Sebab kalau makan kaki sendiri tak payah bayar. Sekian terima kasih.

Bila dah duduk-duduk mengenang nasib yang mabok ni. Tetiba teringin nak makan eskrem magnum white, nasik goreng dekat Restorante Japonese dekat Spain. Eskrem Yogurt dekat Florence, France etc. Biadap la tekak. Jangan mengada-ngada nak craving makanan jauh-jauh boleh?

Magnum White. Yumsss

Update terkini pasal pregnent ialah. Jeng jeng jeng!
..................................................
Nak cerita pun tak kuasa. Sebab kalau teringat nak muntah. So, takyah citer la yer. Bai.

-EnD-

Friday, May 18, 2012

Colosseum :)

Amboi muka... Macam good-good jer kan? Seperti dijanjikan... Bersama ini, disertakan sekeping gambar penulis didalam Colosseum di Rome Itali. Dah tak ikut turutan dah. Padahal sebelum tu ada visit Vatican City (St. Peter's Basilica). Tempat yang Edward Cullen konon-konon nak kena potong kepara pastu gf dia datang menyelamatkan dia pastu pastu pastu mereka bersama semula sehingga ke akhirnya.

Ok. Padahal ni dekat Colosseum lagi nak citer pasal Twilight. Pffft.

Ni Colosseum tempat tu Spartan bergaduh dalam citer 300 tu. Tau dak? Ha... Dekat sini la. Seriously I sangat kagum dengan tempat-tempat monumen sejarah yang ada dekat Itali ni. Serious memang macam kagum sangat dan best.  Ini tempat ribu-ribu tahun dulu, dorang dapat jaga sebaik ni. Bandar bersih, takder vandalisme.

Kalau kat Malaysia? Entah. Yang ada pon, A Famosa tu la yang tertua pun. Eh. Bukan nak kata Malaysia tak best sejarah dia. Tapi entah eh? Pergi la sendiri Rome, pastu rasala sendiri feel dia macam mana. Payah nak explen.

Bukan payah mana. Malas padahal. Malas ni simptom orang mengandung. Terima jer la.

Kalau nak tau lebih lanjut pasal Colosseum ni, google sendirik. Kbai.

-EnD-

Thursday, May 17, 2012

Beware, Aku Masih Hidup.

Salam...

Aik? Wujud lagi blog ni? Ingatkan dah terkubur seperti pusara di lebuh raya. Haha. Ok. Tak lawak la kalau lawak berkaitan kubur dan mati ni. Okbye. *Terus nak bye.

Jangan terkejut sebab dah lama I tak update blog. Haritu konon-kononnya nak update sehari sekali untuk share pengalaman Europe Tour. Petuhui! Bajet 15 hari katam la jurnal tu, tapi apakah malangnya nasib kerana badan tidak kesihatan adanya.

Last week on Sunday, I give up. Bagitau Sazli I nak masuk ward, nak masuk air pasal badan dah tak larat sangat-sangat. Memang I macam ni. Selagi daya, belagak punya pasal, I takkan jumpa doktor, takkan makan ubat dan mengharap antibodi akan ok sendiri. Tapi on Sunday tu, bila dah tak larat angkat kaki, tangan baru la nak pergi hospistal.

Sebelum pergi hospistal, call dulu. Check ada tak bilik single. Macam ni. 'Hello, nak tanya.. Kalau I nak check in malam ni, ada bilik single tak?' Amboi. Gaya tanya macam nak check in hotel! Haha. So, Ampang Puteri takde single room. Yang paling dekat Gleneagles jer. So, terus shot pergi sana.

Masa masuk drip tu. Doktor check air kencing and darah. I seriously memang tak larat sangat. Kegelisahan. Pusing kiri salah, pusing kanan salah, serba tak kena. Teringat kata Arwah Ayah. Kalau malam tak dapat tidur, gelisah satu macam, tu tandanya memang badan tak sihat sangat. I dah tak kisah apa dah. Buat la apa jer, janji I sihat.

Sekali laki aku masuk dekat bilik, bagitau I menandung. Dia pulak dah tears-tears. Dia  tanya I, 'Bubu tak happy ker?' I kata, 'Apa-apa la.. I tak larat sangat dah ni'. Tak sempat nak happy sebab I tak larat sangat. Esoknya bila dah lega sikit lepas masuk air baru cakap....Syukur alhamdulillah.... I menandung rupanya. Yang I ingat badan I tak sihat sebab dehydrate konon baru balik dari oversea tu, rupa-rupanya morning sickness la...

Memang tak larat sangat-sangat and kena jugak urine infection sekali. Kata Ira, sebab kencing tak cebok. Jahat taw?

So, malam tu I tidur dekat ward and the next day, lepas buat scan, doctor bagitau I confirm 7 weeks pregnant. Ada orang dalam perut! Sebab tu la loya, muntah, tak larat giler.. Oooo gini rupanya morning sickness. Memang tak daya sangat rasa.

I apa pon tak boleh makan. Tengok ikan nak muntah, tengok travel and living chanel pon nak muntah.Bau wangi semua busuk. Perfume ker, sabun basuh ker, semua busuk hatta hari pertama balik kerumah lepas discharge, I rasa bau pintu bilik air macam cibai. Busuk nak mamfus! Dah suruh Saz ganti yang lain. Ngeeeee...

So now, I bergantung hidup dengan memakan milo dan biskut empat segi tu jer. Pastu mihun yang tak pedas. Takder der sambal air mata semua tu. Salmon sashimi no no no. Apatah lagi western food. Pendek kata semua NO. I nak biskut, milo dan mihun jer. Kata Sazli, baby sangat low profile. Tak macam mak dia. Heh! Sesambil jer nak mengata kan?

I tak larat sangat badan rasa. Kerja rumah satu pun tak buat. Lantak la kat situ. Takder dah nak kemas katil tegang-tegang. Redha jer la dengan apa yang Sazli buat. Dia sidai kain kecik besar tak kibas dengan spenda main longgok pon  redha jer la. I punya artificial sanggul yang pakai pergi kerja habes dia masuk washing machine habes terburai pon redha jugak la pendek kata.

Tapi omel sangat Saz bila semua kerja dia buat. Dulu time I sihat, pemalas bukan main, sekarang ni lantai pon dia mop. Haha. Kesian Kayang. I dah cakap dengan dia, lepas ni kalau I sihat, I akan take over balik semua kerja tu.

Dah la. Sekian pengaduan untuk kali ni. Jangan nak bosan-bosan baca. Lepas ni banyak lagi pengaduan. Jangan nak komplen. Lepas tu jangan la mintak suruh upload gambar makanan ker apa sebab my number one enemy now is FOOD. (Selain dari biskut, milo dan mihun)

Mihun jer aku lalu makan? Bahaha. Padan muka. Bye.

Muka orang mabok.

-eNd-