Welcome back Malaysia!
Saya Cinta Malaysia sebab Malaysia cuacanya panas sepanjang tahun dan ada makanan yang lazat-lazat belaka. Nasik jugak rasanya sangatlah lazat seperti mana didalam iklan Bernas, 'Sebutir nasi itu ibarat setitis peluh petani', pastu ambik nasik tepi bibir yg sebijik tu, bawak masuk dalam mulut. Hoyeahhh!!!
Tetiba sangat appreciate beras kan? Kesian sangat dah aku ni. Kronik kronik. Haha. Saya Cinta Malaysia!!! Eh. Lagi?? Haha.
Ok. Back to the topic, pasal Visit Pisa Tower kan? So, dari Siena ke Pisa Tower ni mengambil masa selama 2 jam. Parking bas dekat luar and naik shuttle bus pulak sampai la ke Pisa Tower ni. Sila la berhati-hati dengan orang-orang kulit hitam yang jual apa-apa barang sebab dorang jenis paksa dan kadang-kadang jugak mencopet.
Giler la scary berada disekeliling mereka. Kadang-kadang dorang kejar sampai dalam shuttle bus tau? Tips pada yang baru first time datang Pisa Tower, kalau nak beli fridge magnet ker, key chain ker, beli dekat luar Pisa Tower yang sebelum masuk gate tu sebab kalau beli dekat dalam gated area Pisa Tower, harga dah jadik kemain la mahal, 3 kali ganda pon ada.
Sazli dah beli 20 fridge magnet dengan harga 5 euro satu, (RM20) skali dekat luar jual satu 2 euro jer (RM10). Haha. Keshiannnnnnn..... Aku pon boleh tahan kesian jugak pasal beli jugak. Sajer nak memadankan muka Sazli. Ala. Kasik can la.
Naik sengal-sengal la lutut nak mendapatkan gambar ni. Sazli la begitu bersemangat sampai terkangkang-kangkang ambik gambar I. Malu? Tak pon. Semua orang pon jakon macam ni. Haha. Tu tengok yang dekat belakang tu, siap berdiri atas pagar. Malu kat orang aih! Cecece. Mengata orang kan? Padahal.......
Ok ok. Dengan hanya sebelah tangan, saya mampu menahan Pisa Tower dari runtuh sambil tersenyum. Saya hebak!
Sazli lagi chill, bersandar jer. Dengan rambut la tapi, bukan dengan bahu. Hebat la hasil gambar ni. Tengok la sapa yang ambik. **Tiup kuku libas rambut. Padahal tak la sehebat mana pon. Haha.
Ok. Sedikit sebanyak tentang Pisa Tower. Orang Itali panggil Pisa Tower, Torre De Pisa. Sebuah menara jam yang terletak di Itali. (Daaaa...? Memang la Itali). Terletak disebelah gereja (Cathedral) dan merupakan bangunan ketiga tertua di kawasan Pisa's Cathedral Square selepas Cathedral (gereja) dan Baptistry (Tempat pembabtisan).
Menara ini condong memang semenjak dari pembinaan lagi kerana asas yang tidak mencukupi dan tanah yang lembut. Kecondongan ini meningkat sedekat selepas dibina dan telah dibaiki kecondongannya diantara abad ke-20 hingga ke abad ke-21. Mak aih! Nak baiki je dah seabad. Seabad tu sama dengan 100 tahun. So, bayangkan la berapa lama nak baiki menara ni, tapi gitu jugak pon. Kesian.
Ni ialah Cathedral (gereja) dan Baptistry (Tempat pembabtisan).
Ketinggian menara ini adalah 5,586 meter bersamaan dengan (183,27 kaki) dari tanah di sebelah rendah dan 5,670 meter (186,02 kaki) pada tanah sebelah tinggi. Menara ini mempunyai 294 anak tangga. Sebelum kerja pemulihan dilakukan antara tahun 1990 dan 2001, menara bersandar pada sudut sebanyak 5.5 darjah, tetapi menara itu kini condong pada kira-kira 3,99 darjah. Makin lama makin condong. Kesian (lagi)
Menara ini telah dibina secara tiga peringkat yang memakan masa selama 344 tahun (phewww). FYI, menara ni pernah tenggelam disebabkan asas yang tidak kukuh dan tanah yang lembut serta pembinaanya telah diberhentikan sehingga satu abad! Mak ai. Lama giler berhentikan pembinaan.
More info pasal Pisa Tower ni, klik sini. Yang paling penting, Pada bulan Mei 2008, selepas membuang 70 tan metrik tanah, Jurutera telah mengumumkan bahawa menara ini telah berhenti condong untuk pertama kali dalam sejarah semenjak ianya didirikan dan akan kekal sebegini sehinga lagi 200 tahun akan datang. Innalillah. Dah meninggal dah pon I time ni. Kena bagitau dekat anak cucu awal-awal pasal menda ni, mana tau dorang pulak nak visit Pisa Tower ni lepas 200 tahun T___T
Dah puas ambik gambar, bargain souvenir yo-o-o bagai, kiter semua pon gerak meninggalkan Pisa Tower. Sobs sobs. Bila lagi la dapat sampai sini. Bedoa bedoa bedoa. Nak datang sini lagi dengan anak nanti. Tu pon kalau Papa dia ada duit lebih sikit-sikit.
So, from Pisa Tower, kiter semua gerak ke Florence and stay dekat Hilton Hotel meninggalkan seribu satu kenangan sebab tak sangka dah melawat diantara 7 menda ajaib di dunia :) Balik hotel, dan ternanti-nanti untuk tengok tulips pulak dekat Michelangelo Square on the next day and and and, Venice baybee!!!!!
**Malam ni tidur dengan senyuman sebab teringatkan tulips. Memang a very sweet-sweet memory sangat. Tulips is my favorite flower ever! Tak sangka dapat pegang. Walaupun tak seluas macam dekat tulips garden di Jepun but at least dapat la jugak sentuh. Sob Sob.
Dah jadik entry sedih pulak aku tengok ni. Okbye.
-EnD-
16 comments:
salam...mekah dan gi belum...
anon : salam...
Umrah InsyaAllah kalau ada rezeki dan sihat tubuh badan, tahun depan kalau xda halangan and baby pon dah kuat sikit, memang ada cadangan nak pergi... Patut pergi on Feb sebelum pergi Europe, tapi too dry and hot cuaca. Mak mertua tak boleh berpanas sangat sebab baru lepas buat operation mata... tak boleh adapt dengan cuaca panas... anyway, terima kasih atas keprihatan and harap awak ikhlas bertanya dan bukan sekadar nak mengenakan orang jer.. jauhi la diri and hati dari sifat dengki dan berburuk sangka sesama manusia eh? bulan2 mulia ni. :)
hai,salam..
sorry nak tanya, u guna travel agency mana ni? boleh bagi info.
thank you
hahahahahhaaha amboi anon .. tak nyempat dan nak kena kan org hahaaha...
kak su terbaek la jwp .. perfect gtu ..
anon , dh g mekah jugak ke ? huhu ..
kak su ... nt g mekah pun buat review gini lagi tau .. bukan hanya day 15 nt , terus day 30 muahahha ..
pastu anon pun dtg la comment " org lain g mekah jugak tp tak la seriak awak " ..
sah punyeee kan kan kan kan kan ...
~ bersederhana lah ~
nenet : alamak... travel agency mana eh? kena check ngan bapak esok... esok kaksu kasik tau...
eda : mulut orang kiter tak boleh nak tutup... sedih la kalau macam ni.. kalau si anon niat sekadar bertanya, takper la. tp kaksu terbau-bau provokasi jer... mmg la kaksu rasa sedih. sebab kaksu masa taip entry2 ni xde pulak ada terselit niat apapa... dah ada haters kot kaksu ni eda.. *sedih
kak su : niat yg baek Allah tau kan ..
penat tgn dia nak type nt dia benti la tu .. kita doakan je la ye .. hehehe..
no stress stress yoo .. for the sake of baby .. ngeeeeeeeeee...
waiting entry esok .. kalau tade boleh jd meroyan neh heheh e...
tq eda... sobs sobs
ada orang berdiri sebelah cam ni jer pon kaksu da terharu...
ala kaksu,saya rase anon jeles pasal dia bole g cameron je.saya sokong kaksu!
-nurul-
ada orang bila dah pegi mekah rasa dah habis bagus dah, kan? Melayu lettew
arlooo i'm back
dah cek dengan bapak tak, u pakai travel agency mana?
i tengok kat poto tak ada pun pi travel ke italy mcm u pegi nih...
thank you yer..
Nenet.... Cowie.... I baru tingat nak cek ngan bapak... nama travel agency tu ialah jeng jeng jeng! GTT TOUR. tapi ada bad comments pasal travel agency ni... masa I pegi last time ok pulak. Takde masalah major...
Hahaha.. Tq nurul... skali dia sebenarnya dah around the world. Acaneh? Haha
Kalau melayu sama melayu pon nak dengki mcm ni... sedih jgk eh?
ok thank you..nanti i cekidaut kat google pasal travel agency tu...
nenet : ok u... good luck!
Post a Comment