Wednesday, September 5, 2012

Europe Tour - Day 5.1 (Siena OldTown)

Yes! Dah Day 5 akhirnya...! **Suka la tu kan?

Simptom rindu pada nasik dapat dilupakan sikit-sikit harini sebabnya anda akan tau sebentar sahaja lagi. So, stay tuned! Ewah. Dah macam rancangan travelling tetiba. I buat 2 entry untuk Day 5, sebab banyak sangat gambar menarik untuk share, so kiter buat satu entry untuk satu tempat. Tau tau?

Harini kiter akan visit 2 tempat. 1)Siena Oldtown, 2)Pisa Tower.

Cuaca pada masa ini masih la sangat sejuk hingga mencucuk ke tulang hitam. Bila bercakap, keluar asap ikut mulut. Rasa cool macam isap rokok jer. **Padahal apa entah yang cool kalau isap rokok. Pui!



Kiter ambik gambar sekitar Hotel Mercure. Memang cantik pemandangan dekat sini. Bersih jer... Boleh bayangkan tak kalau time winter macam mana...? Mesti lagi cantik... Masa ni dah start jatuh cinta pada Siena :)


Turut kelihatan sebagai prop dari jauh ialah Bapak dan Sazli. I time ni duduk dekat kerusi jer sebab dah gigil-gigil. Sampai terketar-ketar time bercakap. Kampong dot com sangat.


While tunggu Abang Marco (Italian) yang bawak bas tu masukkan luggage dalam perut bas, I lepak sambil verangan dekat sini. Nama driver bas tu Marco, tapi tourist guide kitorang yang nama Marcus tu, dok panggil Macro Macro. Redha jer la si Marco ni. Dah la nama nak dekat sama, Marco, Marcus. Hahahahahha. Dia panggil Macro dia bajet orang tu Microwave ker apa?


Emak jugak taknak kalah. Mahu jugak posing atas kerusi ni. Padahal basah tau kerusi ni? Tak lap pon. Main duduk jer sebab tak check sebelum duduk. Maka terimalah seluar yang basah macam kencing dalam seluar dan sependa lembap 2 jam. Sekian dilaporkan. 


Ok. Dah sampai Siena Oldtown. Parking bas agak jauh and kena menapak ke sini. Sebab dekat Siena Oldtown ni tak dibenarkan bas persiaran masuk. Ok baiklah. Menapak pon best sebab boleh mengurangkan lemak-lemak didalam badan. Dekat sini kan? Ramai orang bawak skuter. Mana ada orang bawak motor jenis kapcai macam dekat Malaysia. 


Down the street. Time ni semua orang tengah visit church. Church menda entah. Malas dah nak masuk+dengar. Sebab dah bosan dengan church. Baik ambik gambar. Ada faedahnya. Ni kalau lepas visit ada kena jawab soalan, memang I la paling corot sebab taktau apapa :D


Ok. Serba sedikit tentang Siena. Siena terletak di bahagian utara Itali,  70km dari bandar Florence. Pernah main Farmville dekat FB tak? Bangunan dekat sini sebijik yang macam dalam Farmville tu. Sienna ini wujud pada zaman pertengahan (medieval city in the region of Tuscany). More info about Siena Oldtown klik sini.


Bandar Siena ini amat terkenal dengan painting, sculpture dan architecture yang sangat unik. Diantara artist terkenal yang tinggal dan bekerja di Siena ialah Duccio, Simone Martini, and Ambrogio and Pietro Lorenzetti. **Sorang pon aku tak familiar. Haha.


Kebanyakan bangunan disini dibina pada kurun ke-14. Dan ada yang berusia lebih dari 800 tahun. Kata Oldtown kan? Tadi I dah bagitau kan pasal kalau nak berjalan dekat sini hanya dengan kaki jer. Kereta yang dibenarkan ialah kereta polis. Scooter ada pengecualian. Tapi kalau degil jugak nak bawak kereta, kena isi borang dulu and bayar 40 euro. Samadengan RM160 untuk satu kereta. 



Tengok la jalan dekat sini. Sangat curam dan kecit jer. Sebab tu la tak boleh bawak kereta. Sebab nanti berselisih macam mana kan? Kereta boleh park dekat tempat parking yang disediakan jer. Tak muat nak lalu. Jalan penghubung dari satu blok ke satu blok cuma lorong macam ni jer. Memang mengah. Mendaki sangat.. And sangat tegak. Bila berjalan, rasa macam nak jatuh kebelakang jer. 


Tu tengok tu, banyak scooter jer kan? Tuscany building memang warna earth macam ni jer. Semua dah tua-tua usia bangunan dekat sini. Dekat Siena ni jugak la, akan diadakan pertandingan kuda yang menjadi trasidi masyarakat disini sejak lebih 800 tahun dulu. Pertandingan kuda yang macam mana, I tak sure. Sebab time pergi ni, pertandingan kuda tu takder.


Bangunan ni nama dia Duomo. Sebuah gereja khatolik dan tempat pembabtisan. Patutnya gereja ni warna hitam+putih. Ni dah makan tahun, kaler dia dah luntur kot? 


Ok. Ni part yang paling I teruja. teruja sampai nanges. Ada parade! Bestnya.... Dorang punya kaki kecik jer and main music zaman dulu, pakai baju tradisi Tuscany and bawak bendera terus masuk dalam church. Sangat menarik!


Macam ada pesta jer, Baju semua pun colorful. 


Ini la parade yang menghiburkan yang buat I lupa sekejap pada nasik. Ko tengok tu, kaki dia kurus-kurus jer semua. Hina sangat rasa diri ini T____T


Oh. Yang bunsit kerja dia main drum. Yang kurus bawak bendera jer senang-lenang. Diskriminasi sangat kan?


While waiting for lunch, kitorang lepak minum kopi. I dah nak nanges bila Marcus bagitau kiter akan makan lagi Italian food lagi. Terus I paksa ajak Bapak lunch siap-siap. Makan spaghetti yang berperasa la sikit dengan vegeterian pizza. Taknak dah aku makan ikan kukus.


Phewwww... Nasib baik dah makan siap-siap sebabnya. Again kena makan spaghetti oglio. Terus nanges tengok makanan. Pastu Bapak pancing ajak beli souvenir dekat kedai cap ayam disekitar Siena Oldtown ni. Jangan harap la I nak  beli souvenir. I beli 3 helai baju, dengan skirt, dengan legging. Sebab dah 5 hari dok pakai jacket ni, rasa macam tak salin-salin baju sebab baju yang cantik, I pakai dekat dalam. Mana nak nampak kan? Esok nak pergi Venice, kena la cantik-cantik sikit. Gitew.

Lepas lunch, kiter semua gerak ke Pisa Tower. 2 jam perjalanan dari Siena and lepas tu terus overnight dekat Hilton Florence. Tu nanti I akan update untuk next entry. ok? Jangan kemana-mana. Kencing pon jangan. Ok?

-EnD-

8 comments:

eda said...

wahhh tgh baca day 4 then restart pc bukak balik , terus day 5 .. woooww!!
gini tade la kite busan ari ari hehehe .. ( saje buat ayat nak kasik kak su semangat ) .. muahahahha ..

Anonymous said...

wahh, bestnya dapat pergi tempat orang, tengok budaya orang. teringin!

Chooyaya! said...

eda : sajer pancing kaksu jer kan? :p
enjoy reading dear, kaksu naik lengoh2 belakang menaip and nak siapkan satu2 entry tau?

Chooyaya! said...

rara : kaksu doa, semoga one day rara dapat pergi jugak dekat sini :)

eda said...

kak su : opkos la nak bg up kembang kembang idong kak su lagi ... muahahhahah a...
eh nak selit ..
i org phg tau ! haha tetiba ..
nak g comment kat day 5 pisa tower lak .. tata

Chooyaya! said...

eda : siyess orang pahang??? omg! orang kampung!!!

eda said...

hahahhaha tayah nak Ooommgee sgt kak su ..
harus la eda dh tau lama ..i kan silent reader you muahahha ..
tp idak ler satu tmpat ngn kaksu ..
tp still pahang la hehehe ..

Chooyaya! said...

yerker? kat mana kat mana?
chenor eh?