Monday, September 10, 2012

Europe Tour - Day 6 (Tulips Madness)

Kiter back to Europe Tour, Day 6 baybeh! The most exciting days dekat Europe. Sebab sebab sebab... Sebab bunga tulips! *Ceh, tulips jer pun. Ingat sebab dapat sponsor shopping 10,000 euro ker apa... Haha.

Seronok sangat dapat pegang tulips. Sazli dah naik menyampah nak snap gambar I dengan tulips. Rolling eyes jer dah 18 kali, tapi pedulikketahik! I nak jugak ambik gambar tulips banyak-banyak. Bukan senang nak dapat chance macam ni. Aku dari kecik dah memang cita-cita nak bergolek dekat tulips garden, sekali dah ada depan mata, tak menggigil pulak?? Jeling la sampai nak terkeluar bijik mata ke apa, I tak kisah. Haha.

Memula rasa macam nak guling-guling jer atas tulips ni seperti yang dicita-citakan. Tapi malu pulak kat orang. Rasa macam nak petik satu, tapi segan pulak sebab semua orang lain takde sebok nak petik-petik kan? So takat ambik gambar jer la... Redha. 

So, Today punya itinerary ialah 1)Florence City Tour (Michelangelo Square) 2) Visit Santa Maria (St. Mary Church) 3) Three Hours Journey to Venice & Overnight at Move Hotel, Venice.. (Land)

Piazzale Michelangelo (Michelangelo Square) adalah salah satu destinasi pelancongan yang terkenal untuk mengabadikan (read: ambik gambar/panorama) pemandangan yang indah dan menarik yang terletak di Florence, Itali, dan merupakan destinasi pelancongan yang popular di daerah bandar Oltrarno. Wah, Keterangan macam good good jer. Padahal.....

Tempat ini dibina pada tahun 1869 dan telah direka oleh seorang arkitek bernama Giuseppe Poggi diatas bukit yang terletak di selatan pusat bersejarah semasa zaman pembangunan semula tebing kiri Arno. Hamek ko. Hafal ni. Masuk exam tau?

'The Square' ini telah dibina khas dan didedikasikan kepada untuk pengukir Renaissance yang hebat iaitu Michelangelo. Sebab tu la nama tempat ni Michelangelo Square kan? Dia memang seorang pengukir/tukang pahat yang terhebat pada zaman tersebut dan karya-karya beliau juga boleh didapati di  Florence: the David and the four allegories of the Medici Chapel of San Lorenzo. 

Caption kemain, padahal gambar tulips jer semua. Haha.

Memang sangat cantik tulips putih ni T____T

More moreeee white tulips....

Macam gambar poskad kan? Padahal gambar dari BB Bold tuan tanah yang hang manjang tu jer. Biasanya pemandangan dari sini, akan diabadikan untuk menjadi poskad Florence semenjak bertahun-tahun dahulu. Zaman sekarang la tapi. Kalau zaman dulu pon ada poskad, taktau nak kata apa la.

Panorama yang dapat ditangkap disini merangkumi kawasan tengah Florence iaitu dari Forte Belvedere Santa Croce, jambatan yang menyeberangi Arno, termasuk Ponte Vecchio, Duomo, Palazzo Vecchio, Bargello dan menara loceng oktagonal Fiorentina Badia. Banyak tempat boleh cover kan?

Next, kiter ke Santa Maria (St.  Mary) Church. Apa la nasib asyik visit church jer. Tu pasal anon bengang and tanya dah pergi Mekah ke belum kan? FYI, masa zaman AD adn BC iaitu masa zaman selepas Nabi Daud dan zaman Nabi Isa kira-kira 2,000 tahun dahulu, church ni ialah rumah ibadat yang sama fungsinya macam masjid. Tapi bila Kitab Injil dah dimanipulasi dan umat Nabi Isa dah 'buat hal', itu yang zaman sekarang Church dah dipandang lain oleh Muslim. So, kepada sesiapa yang inquiry sila la rajin-rajinkan diri google dan study balik pasal Nabi-Nabi, Kitab dan Islam yang disebarkan dari zaman Nabi Adam sampai la ke Nabi Muhammad. Ok?

Masa sampai dekat sini, hujan renyai-renyai and sejuk tak payah nak cakap la. Tapi masih gigih  nak ambik gambar dengan kereta kuda :D

Pemandangan disekitar Santa Maria. Oh. I tak dapat nak capture Santa Maria church ni. Google sendiri kalau merajin. Gambar yang I ambik dari Michelangelo Square tu ada nampak church ni. The one with kubah. Nampak tak? **Dengan aku skali scroll gambar ke atas. Haha.

Mengikut kepercayaan mereka, macam ni la rupa Nabi Daud. Ini la karya pengukir-pengukir terkenal di Florence ni. Ini mengikut ilusi dia la. Bak kata Bapak, temgok boleh, percaya jangan...
Santa Maria Church ini mula dibina pada tahun 1296 mengikut gaya Gothic dan selesai pembinaannya pada tahun 1436. Berzaman la jugak nak menyiapkan. Berganti arkitek. Kubahnya dibuat dari bata dan merupakan kubah baru bata yang terbesar didunia. Church ini ialah diantara yang terbesar dan terpower di Italy. Nama Biskop yang bertugas di gereja ini sehingga kini ialah Giuseppe Betori. Carik la dalam FB kalau ada. Confirm virgin tau?

Dekat Florence ni ialah diantara tempat yang terkenal untuk shopping luxury brand item macam LV, Prada, Gucci, Salvatore Ferragamo **sekadar menyebut beberapa jenama. Tapi... Kalau anda boleh bersabar sikit, simpan duit and beli dekat Venice (dalam island, bukan land tau?) Sebab apa? Nanti I cerita semula. Btw, this is one of the best thing in Itali. PARADE!!!!

Memang best giler! I suka sangat parade. Sebab baju dia colorful.... Macam eskrem pon dah ada I tengok seluar dia. Bulu-bulu lagi dekat topi. Ko mampu? Nanges Azwan Ali ni kalau tengok, nak bawak balik Malaysia.

Cantik sangat!

Ok now, mari kiter isi perut dulu sebab cuaca sejuk... Maka jadik lapar... Pastu dinner lambat lagi and si Marcus (tour guide) bagitau harini makan Italian Foods lagi. Tak sanggup! So, get ready untuk spend dalam RM200 untuk simple dishes macam ni. No worries. Buat muka kesian dekat Bapak. Sep duit. Haha.

Trifle Strawberry. The most delicious trifle I ever ate. Seriously sedap giler. Taktau la apa bahan dalam dia. Rasanya dia just bubuh custard, cream dengan strawberry puree je. Yang swiss roll tu takder pulak I rasa. Nanti nak paksa Huda buat la. Harga dalam 10 euro (RM40), vegetarian pasta dalam 12 euro (RM 48) and hot choc dalam 6 euro (RM24). Ni portion makan untuk sorang jer. Sorang tu ialah I sorang. Sekian dimaklumkan.

Kasik close up sikit.. Taktau la kenapa yang pasta ni boleh jadik sedap. I saspek I lapar. Si Marcus la jahat. Dah habes banyak duhet makan kenyang-kenyang,  skali sebenarnya makan Chinese Food. Ada nasik dengan telur dadar. Siot lu memainkan perasaan gua! Bak balik duit aku! Eh tak. Bak balik duit Bapak!

Oh btw, kalau nak tau more info pasal Santa Maria church ni, boleh klik sini. Dipendekkan cerita, church ni banyak kali bina roboh bina roboh sebab faktor usia dan jugak dibina semula supaya dapat menampung jumlah jemaah. Eh. Nak sebut jemaah ke apa eh? Ah lantak. Janji korang paham. Sebab penduduk di Florence ni bertambah meningkat dari tahun ketahun. Sebab tu kena buat besar-besar.

Ia mula dibina pada Kurun Ke-5 tau? Dah. Ngantuk dah aku ni nak study bagai pasal Santa Maria ni. Korang baca senang la! **Tetiba nak emos. Haha.

Good bye Florence. Kiter meneruskan perjalanan ke Venice! Yay! Ni gambar pokok yang I sempat snap dari dalam bas. Cantik kan? Agak-agak kalau tanam dekat Malaysia dia akan tumbuh macam ni tak?

Ok. Dah sampai Venice. Ni dekat land tau? Yang macam dalam cerita The Tourist tu kat pulau. Simpan untuk esok punya cerita pulak.

Perjalanan mengambil masa dalam 2-3 jam la... Cuaca dekat Venice dah tak sejuk sangat macam dekat tempat-tempat lain. Dekat sini la baru rasa selesa. Sejuk jugak la dalam 16 darjah. Macam duduk dalam bilik pasang aircond suhu paling sejuk. Tapi cukup selesa. Dari 6-8 darjah. Beku otak. Segala-mala kecut. Kadang-kadang jugak keras. Haha.

Kiter semua stay dekat Move Hotel. Apa tak glemer nama hotel. Move jer? Haha. And merehatkan diri dan bersedia untuk shopping and naik gondola esok. Yayyyy!!!! boleh la verangan ala-ala Angelina Jolie dalam cerita The Tourist. Tapi Angelina Jolie datang sorang-sorang sebab nak date dengan pakwe dia. Kiter datang dengan rombongan Cik Kiah. Pon Boleh.

-EnD-

P/s : Susah sangat-sangat kalau nak bergambar dengan Sazli. Sabar jer la. Dia memang suka ambik gambar pemandangan jer. Yang ambik gambar vain/gambar berangan, I sorang jer. Dah nampak macam Visit Italy ni aku pergi sorang-sorang T____T. Redha lagi.

4 comments:

Niza said...

Hi Su... i pun suka sgt tulips.
time couple2 dgn areez dulu i mentioned my fav is not just tulips... but black tulips. haha ingat senang nak dpt? but he got me the closest color to black, which is very dark purple tulips. Itu fia pun curik2 petik.

anyway.. hebat la u blh recall n write every bit of ur tour to europe. i nak compile album of a trip i took last yr pun tak tersettle lagi.

keep it up k.. i really enjoy ur writing.

eda said...

yes entry !! *rolling eyes*
dh fedup nk tggu senin sbb sah kasu tak update weekend kan ..
tak bermakna weekend i tau kasu .. muahahhahaha *ayat mau chocolate sikit*
kasu , eda pending baca neh .. rasa syg lak nak baca * muahahah *
nak simpan baca mlm kang la muahahha * amek feeling mlm2*
baca mlm erk ... hahahah ..
baru la terisi mlm i * kang anon komen , patut baca quran mlm mlm , ade lak baca blog * fine anon fine ..
okay dh .. neh komen ke tlg tulis blog kasu hahahahahha

Chooyaya! said...

Eh.... kiter sama.... suka tulips! Tp I tak kisah mana kaler pon... janji tulips.... u mintak tulips areez layan jer.. I plk saz inquiry... nape pempuan suka bunga.... hahaha.

I ingat sbb I tulis dalam buku.. mcm orang zaman dahulu kala jer... haha. Anyway Thanx for drop by here.. kirim salam pada semua ok? Miss u guys.... dah lama sangat tak jmpa Kan?

Chooyaya! said...

Yayy.... eda akhirnya telah habes bahan bacaan.... kasu tak sempat nak update baru punya entry. Most probably malam ni la kot.... pasal anon tu... Biar jer la eda.. ni pon dia dah senyap. Dah meluat agaknya...