Phewwwww..... Dah Day 8!
Tak lama dah ni, tak lama dah. Lepas ni good bye Europe Tour entry. I nak kosentret share aktiviti makan-makan jer. Sebab memang hobi cerita bab makan dan jugak makan seolah-olah sudah sebati dengan diri sendiri. Lagipun I blogwalking orang yang link blog I ni, jatuh kategori blog review pasal makan. Acaneh tu? T____T Redha jer la.
Lagi pun kan? Each time tengok gambar-gambar Europe Tour ni, macam ada sebak sikit-sikit. Sebab macam best la pergi travel. Macam nak pergi lagi jer... Macam teringin nak pergi Jepun.. Macam jugak nak pergi Korea tapi Paris dengan London pon ada macam teringin jugak... *Amboi, cita-cita macam duit juta-jua dalam bank. Hew hew.
Kang ni ada jer anon yang komen, 'Tak tingin nak pergi Umrah ker?', incase la kalau ada yang tanya.. Yer... Memang kami ada plan nak pergi sekeluarga. Kalau diizinkan Allah, panjang usia dan dipermudahkan semuanya jejak la kaki kami semua ke tanah suci tu nanti. InsyaAllah... :)
So! Back to the topic. Semalam, balik dari Verona, after dinner kiter semua check in dekat As Hotel Cambiago, Milan. Cuaca dah ok dah dekat area Milan ni. Tak sejuk gigil-gigil sampai rasa macam terkemut vontot each time nak cebok verak atau kencing. Bak kata Kak Tini, kalau buang air time musim sejuk, macam duduk atas bongkah ais. Gitu. Kampung sangat kan? Sejuk sikit tak boleh.. Asyik komplen jer.
Oh. Ada tak I cerita sebelum ni yang toilet dekat sini, ada 2 jenis. Satu untuk kencing, satu untuk berak. Kelakar pon ada. Masa memula sampai Rome last time yang check in dekat Radisson Blue Hotel tu, I pelik, aik kenapa ada 2 toilet bowl...? Ooooo sebab satu untuk small bizniz, satu untuk big biznez. But, kalau tengah jalan macam mana pon, kalau rasa nak terberak sangat, I sanggup tunggu balik hotel. Biarpun muka dah biru hijau kuning, tetap tabah menunggu balik hotel.
Tak sanggup oi nak berak, pastu cuci amek tissue and selet jer kat vontot. Eeeuuuwww. Ada yang jalan kenkang jer nanti seolah-olah buasir tahap lapan.
Pesen I, kalau nak do the big biznez, I sedaya upaya tarik shower punya paip terus sampai ke tempat cangkong. Lega giler rasa. Mesti cleaner kat sana pelik, apesal la jamban orang-orang Malaysia semua basah lencun lantai. Haha. Nasib la.
Ok. Dah melalut bab berak sampai dah sakit belakang nak update pasal Milan. Tunggu esok la. Sakit kaki, sakit pinggang semua ada ni. Nak cuba buat muka kesian dekat suami kot-kot dia sudi nak urutkan ker apa... Skarang ni senang jer nak ugut Saz, 'U, kalau I balik kerja karang U tak buang sampah ni lagi, I nak cuci toilet, nak kemas umah sungguh-sungguh biar sampai sakit belakang teruk-teruk'
Skali balik tadi, sampah dah setel. Bagus. Mendengar arahan.
-EnD-
4 comments:
Sue,
Mula2 i sampai rome ni, masuk rumah ni pun heran apsal ada 2 bowl.. Ingatkn lepas biz besar basuh kt bowl lg satu hihihi..
Kampung sungguh ^_^
wahhhh sgt bersyukur kasu cite pasal toilet lagi huhuhu ...
kasu , org pun sama ... sanggup cari cebok kalau tade paip smpai ke tmpat big business tuuu ...
Annie : Ooooo kt rumah pon dia buat macam tu jugak eh sistem dia? Kenapa tak sekali jer eh? Kan ke sebelum verak kiter akan shi-shi? Ni dah susah-susah. Memula shi-shi kat mangkok A, nanti nak verak pergi mangkok B. Haha.
Eda : Kiter rakyat Malaysia memang gitu budaya dia.... Musti mau cebok baru la bersih dan selesa rasa. Haha.
Post a Comment