Wednesday, October 10, 2012

7 months check-up. Mama and baby both ok. Pavlova Serai pon ok jugak. Heeeee :D

Assalamualaikum.....

Harini memang full of activity dan sangat menggembirakan sangat! Sebab harini kan titew (titew? hamboi. ngada betul) ada date dengan Baby 'S'. Appointment at 11.00am tapi tunggu turn jumpa Tuan Doktor pukul 1.00pm. Hebat sangat rasa hidup ini. Nasib baik I pon lewat masuk klinik tadi, around 11.30am. Baru nak rasa bersalah sebab lewat register sekali hamek ko! Naik kebas vontot menunggu hoi!

Naseb baik ada Sazli teman kali ni. Dia ada kat sebelah pon dah rasa ilang bosan. Anyonyo sweetnya diri sendiri bila cakap macam ni. Bak kata Sazli, 'Bila jumpa, semak. Geram. Nak carik pasal jer.. Bila takder depan mata, rindu pulak'. Haha. Gitu la I dengan Saz. Baik gaduh baik gaduh. Gaduh-gaduh manja jer la. Basically sebab menda bodoh seperti berebut channel tv dan jugak berebut makanan. Well. nak berebut makanan dengan otai. Memang ko kalah la kan?

Nak tau tak? Ada kisah lucu/busuk masa dekat klinik tadi... Haha. Budus sungguh! Kisahnya macam ni. Dari semalam, perut dan taik banyak memainkan perasaan I. Sekejap sakit, sekejap tak. Masa dekat meja kemain lagi perut memulas. So dengan perut voyot ni, I pergi la ke toilet tingkat bawah. Jauh kot. Turun tangga. Sebab toilet opis yours truly yang duduk ni, boleh wee-wee jer, poo-poo tak boyeh. Tersumbat.

Skali bila dah mengah-mengah turun tangga, taik pon dah taknak keluar sebab merajuk barangkali. Takkan la nak bertapa dalam toilet.Tempat syaiton nirrojim kan? Hadoi la. Bengkak jer hati I. Susah payah meredah kesusahan, sekali taik memainkan perasaan gua pulak. Tak cukup dekat office, sampai dekat rumah jejak ke malam, sampai ke pagi tadi masih jugak taik taknak keluar.

Skali. Masa nak buat urine test dekat klinik tadi, perut memulas dan sekianlah dimaklumkan, taik wanita megandung busuk tahap loji taik bak kata Sazli. I flush 5 kali kot? Tapi bau masih tangkap kepala hoi. Ditakdirkan.... Tetiba ada orang pulas tombol pintu toilet. Haha. Macam mana ni? Ada yang mati keracunan hidu gas taik I ni kang.

I dah saspen. Kehulu kehilir dalam toilet. Acaneh ni? Ini memalukan ni. Dan dan la kan, masa ni jugak la ada orang lain nak guna toilet. Skali. Tinggggggg!!!!!!! Ada air freshner! Haha. Macam tau-tau jer akan berlaku kes vongoks macam ni. Lepas sembur 15 saat baru la udara kembali segar.

Maka, I melangkah keluar toilet dengan kompiden. Lalalalala. *skipping skipping.

Minggu ni cukup dah I masuk 7 months. Baby progress semua ikut graft Tuan Doktor. Molek jer naik. Berat badan Ibu jugak within range. Biasa la, pempuan mana-mana time mengandung saiko lain macam. Asyik cakap gemok jer. Diri ini tidak terkecuali. Dari last visit sampai la visit kali ni, I gain 3kgs. Lalalala. Paling berat naik so far. Blood pressure ok, diabetics takde. Semua ok. Alhamdulillah....

Baby pon ok. Pipi dah tembam. Idung ikut papa. Besar. **Redha. Pastu berat dia dah 1.5kg. Kata Tuan Doktor, masuk 7 months ni la baby weight progress akan cepat naik sangat-sangat. Mengikut perkiraan Tuan Doktor, maybe masa I deliver nanti, baby boleh capai ke 3kg. Tak kisah la macam mana. Yang penting baby bucuk cayang mama cayang papa sihat semuanya. Kalau putih itu bonus. Walaupun mak bapak coklat cair, nak jugak anak putih. Haha. Berdoa berdoa berdoa.

Siap check up, Sazli ajak pergi survey stroller. Kata dia, dekat area office dia ada kedai stroller 3 tingkat. Skali bila masuk, mengecewakan sebab yang I listkan dalam entry semalam satu pon takder. Pastu google Mamours yang terdekat and ada dekat Empire Subang. Zuuup!! Sepantas kilat ke Empire Subang. 


Sazli dah lapar. Dia ajak makan dulu. So, kitorang makan dekat Serai. I yang nak makan dekat sini sebab ada pavlova. Ambik satu jer. Share dengan Sazli. Sazli makan banyak. I makan sikit jer..... :( *Tipu

Lepas makan, kitorang terus gerak ke Mamours. Quinny Moodd ada. Cuma yang takder, kaler yang kitorang nak. Mamours ada promotion. Ambik stroller sekali dengan Maxi Cossi car seat harga dia dalam RM3,699. Ada less dalam 1,000++. Berbaloi untuk wang anda! Kaccccing kaccinggg!!!! Tapi kaler yang I nak takder, so nanti kalau ada stock kaler yang I nak, dia akan call. Baiklah. Jangan tipu taw?

Moh ler balik. Tak larat nak bawak perut dah ni. Dari dalam kereta dekat Subang lagi I dah tido. Penat lain macam la walaupun dulu 'abang' seorang athlete. I kata dekat Saz, 'U, I nak pejam mata jer yer?' Yer la. Pejam mata la sangat. Dari Subang, sampai la ke parking kereta rumah I pejam mata. Haha.

Pastu pejam mata sampai la nak masuk maghrib. Molek sungguh perangai kan?


Decoration dalam Klinik Dr. Ravi Gleneagles Intan Medical Centre. Macam dalam spa. Sipi-sipi dicemari dengan bau gas taik I. Haha. 

-EnD-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...