Tuesday, November 27, 2012

Bila dah 9 bulan, apa yang perlu kiter buat - Ini Soalan


Assalamualaikum...

Harini I dah cukup-cukup 36 weeks. Lekas semua ambik kalkulator pastu 36 bahagi empat jawabnyer berapakah? Heeeeee.... Jawabnya kira sendirik! :p

Update terkini pasal I. Sekarang ni betul-betul rasa macam dah sarat. Mood swing kemain.. Rasa macam takder mood, takder hati sangat-sangat nak kerja. Mengenangkan banyak kerja yang memang wajib kena siapkan disamping boss setiap pagi jumpa I pastu kata, 'Jangan la U terbesalin awal' Hint kepada 'Jangan MC atau Cuti' membuatkan diri ini bertabah jugak la pergi kerja. 

Mengenangkan boss yang baik hati yang omel selalu tak pandai nak copy file masuk dalam email MAKA I menabahkan diri membawa Snow White pergi kerja dengan perut sipi-sipi lagi nak sampai stering ni. Dah la parking jauh pagi tadi pasal waddehek (orang mengandung tabaik sumpah seranah macam ni, hep!) ada kereta persona kaler kelabu plat number CCU lembap nak mamfus masuk simpang tunggu sampai jalan betul-betul clear baru nak gerak, dah tu kiter kena parking jauhhhhhhhhhhh sampai macam parking kereta dekat Old Town Yap Kwan Seng, office dekat KLCC. Jauh kan? Sebenarnya tak jauh sangat sampai macam tu. Sajer nak bagi sedap cerita bagi orang kesian. Hewhew.

Dah la mengandung ni. Semput tahu tak. Semput nak jalan kaki jauh-jauh! Arrrghhh KL memang selalu ajer menggila. Coti sekolah macam ni pon yang jalan jem jugak. Aku pon tapaham. Nak pergi mana pagi-pagi buta semua budak-budak sekolah? Zoo negara bukak lambat kan? Bengang jer. Esok nak kuar umah pukul 6 suku pagi instead of pukul 7.40 supaya dapat parking depannnnnnnnnnnnnnnn. Betol-betol depan guard house. Puas hati aku.

Maklumlah kiter golongan marhaen mana la dapat parking bawah. Sedih la. Nanti nak mintak DBKL buat parking khas untuk ibu mengandung depan office. Tapi nanti la. Untuk second baby sebab sekarang ni dah nak bersalin sangat dah. Amboi. Selfish.

Eh. Tadi nak cerita pasal simptom masuk 9 months pregnancy tetiba tercerita 4 perenggan pasal parking. Haha. Mintak maaf. Biasa memang I jadik emotional bila cerita bab parking kat office. Saman DBKL sebab tak parking dalam kotak ada la dalam 40 keping. Otai giler. Eh. Ni yang cerita pasal parking tak habes-habes lagi jugak ni dah kenapa?

Ok baiklah. Selain dari mood swing, bila bangun pagi time nak bersiap pergi kerja tu, badan rasa lemah sangat-sangat. Macam dedor. Tau tak dedor tu apa? Macam seram sejuk. Antara demam dengan tak demam. Macam tu la rasa dia. Berlanjutan sampai la ke tengah hari. Pastu lepas lunch pukul 2 tu ok pulak dah. Ini dedor atau mengada pasal dah malas kerja sebenarnya? Ke I sorang jer rasa simptom macam ni?

So.. Kalau jadik macam ni, apa yang perlu I buat eh? Adakah kena menambah supplement dalam diet harian, dok rumah berehat jer atau macam mana? Ishk. Rimas sangat rasa macam ni. Nak jalan tak larat. Kadang-kadang at one time ni I rasa macam kaki menggigil bila berdiri lama-lama. Mangkali kaki dah tak mampu menampong berat badan kot?

Kalau ikut due bersalin normal on 23rd Dec ni. Mak ai... Jauh lagi tu nak sampai.... I emangnya dah tak larat sangat nak bawak badan dong. (Tetiba Indon slang). Rasa macam nak baring all the time. Balik umah, Sazli nak dinner kalo, dulu I nak jugak panaskan. Serve cantik-cantik bubuh dalam dulang. Dia tinggal suap jer, tapi sekarang dia yang gorengkan daging burger sebab itu jer yang rasa macam nak makan. Dah takder nak craving apapa dah. ( T I P U )

Walaupun dia goreng hangus sebelah, I makan jer dengan redha. Laki aku goreng burger pon failed. Tak goreng karipap lagi. Terus jadik arang tapi dia rajin buat kerja rumah. Rajin menolong. Cuma urut kaki jer dia malas sikit (malas banyak sebenarnya).

Any advice tak? So.. Kalau dah sembilan bulan ni, apa yang perlu I buat selain dari kena standby hp all the time dekat sebelah? Kemas baju baby standby dalam beg pon I tak buat lagi. Apa nak jadik la. Takder mood nak buat pasalnya stokin dalam pantang tak beli lagi. Boleh tak? Kemain nak semua complete baru nak kemas. Tapaham.

-eNd-




Eeeee. Ketiak dia tak hitam. Cartoon penipu. Pui!

14 comments:

eda said...

kasu : ubat dedor is "durian creepe kak huda plus pavlova rm10 tersedia rapi bersusun tingkat dlm peti ais utk tggu nk mkn je tiap kali bgn tdo sblm subuh " .... terbaekkkk khenn ...
sabtu is time dating ngn kak huda pagi buta huhuhu .. lalalallala ...

Anonymous said...

Salam, 36 minggu. Akak anak 4 orang. 3 orang semuanya lahir 2 or 3 minggu awal dari due date that means 37 or 38 weeks dah terberanak. Adik akak baru2 ni bersalin genap2 36 weeks. Due 23/11 tapi beranak 25/10. Tanda2nya kejap2 dia rasa seluar dalamnya basah. Rupanya g sepital check dah buka 3 cm. Kelakor x?Aah dah boleh la masukkkan apa2 yang patut dalam beg. Apa2 hal rembat aje bawak pegi sepital. Stokin x yah beli. Pakai aje stokin sazli tu. Tensen tau pakai stokin dalam pantang ni. Belum lagi pakai bengkung, bedak2 kat bedak, tepek2 kat dahi.Sabor ajelah nanti ya. ABTO.

Chooyaya! said...

Eda : Itu je ker ubatnya? Haha. Ok. Selamat menikmati durian crepe huda!

Chooyaya! said...

Akak bubu : hadoila. Taknak bersalin time tak ready... tak syiok la... mlm ni jgk la nampaknya kena packing jgk jgk.

Anonymous said...

su. i'm ur silent reader. kata mama i .. org pregnant ni jgn banyk ngomel..kena redha je..baru la kita tk rasa sakit sana sini..tapiii biasa la kan kita ni..aku pun sama la..kena ngomel jgk.baru rasa mcm release kan? hahah.. just nk share wth u.. i dulu mkn spirulina brand luxor .. sgt2 ok..dia bagi extra energy... mmg best.. sgt2 berbeza b4 n after mkn.. bf mkn tu i macm u lah.. rasa mcm nk dok dlm stroller je suruh en suami tolak..tk larat sgt nk jln2 semua.. tpi lepas makn spirulina tu..mmg bertenaga.. now tk sure ade lg tk brand tu..but brand lain pn ok..as long as spirulina.. cer la try.. take care.. ~miera~

Chooyaya! said...

Miera : Itu la tu. Mmg kalau kt umah biasa diam je kalo sakit or tak selesa ke apa, cuma kt blog suka nak mengadu ngada bajet manja. Lgpon Kat sini nanti dapat mcm mcm advice. Tgk mcm Miera bgtau ni, baru tau spirulina boleh tambah energy. Tros gigih Google. Tq Miera for the tips!

Anonymous said...

kak su : kite bersalin ontime edd! ehehe. brg2 spital sume dah bleh standby dah tu. kalau rasa dedor tu normal kot? sy pun mcm tu dlu. Moga dipermudahkan semuanya ye!

agak2 baby kak su rambut kerinting x? mesti kiut kan kalau baby keluar rambut kerinting megi :)

Home4health said...

sue,da kena kms brg baby da.jgn pcaya sgt due date tu.ada yg cpt ada yg overdue.haha.ready tak ready kena bersalin jg klu da tiba masanya.hehehe..bdn jd letih sbb tak dapat tampung berat bdn.tapak kaki pn ikut sakit skli.

A.L.I.N.A said...

Saya pun amal mkn spirulina masa 1st pregnant n 2nd ni juga..ada ckp x elok..tp saya ikut ckp mama saya..saya mkn brand cosway...anak sulung saya dulu mmg x kena kuning lansung..alhamdulillah..xtau la sbb spirulina ke ape..spirulina ni elok juga utk otak baby...ada doc bg mkn..ade doc x bg xtau la nape..tp saya tgk anak sulung saya setakat hari ni 2thn sgt aktif..dh kenal a b c , 123 sejak 1thn++..alhamdulillah...

Chooyaya! said...

wawa : ontime maksudnya mmg accurate dengan tarikh yang doktot bg ker? baby tatau la rambut mcm mana. kaksu saspek kenteng kot? bapak dia punya rambut kenteng tgk la mcm mana. pekej kenteng + hitam = redha :|

Chooyaya! said...

zulya : baiklah. akan bekemas secepat mungkin. tp tu la. roh nak mengemas mcm xde lg. tatau la sebab apa.... ikutkan mcm tak ready tp semput kemain da ni. instinct rasa mcm bersalin awal. tatau tatau

Chooyaya! said...

alina : ada kawan advice minum spirulina masa awal pregnanc nanti kulit baby putih.... pastu kiter pon cergas. tp ni ha dah nak dekat bersalin baru nak makan spirulina tatau la jalan ker tak.

Mimy Hamid said...

9 bulan ko mkn puas puas nnt dlm pantang nangis tgk mkanan hihi

mush said...

kena standby dh brg2 baby & barang2 mama baby dalam keta, papehal tak kelam kabut sbb semua dh ready, saya selalunya 1 @ 2 bln sebelum dh letak siap² dalam keta, hehehehe....benda tak jangka kan...