Assalamualaikum...
Tadi kan kan kan, I sanggup pergi Wangsa Walk yang jauh dari office tu sebab nak mencarik Chatime ni ha. Bensi la. Tengah buat kerja tak boleh nak fokus. Dalam kepala ni ha dok Chatime Chatime Chatime. Ini yang one thing I hate about me. Kalau dah teringin tu, macam cacing kepanasan hoi! Kalau dah nak makan menda apapa tu, jam-jam tu jugak kalau boleh nak makan.
So, waktu lunch I gerak la ke Wangsa Walk dengan Ira and Fizul. Kompiden macam biasa la. Pergi kaunter mintak macam ni. "Can I have Pure Choco With Tripple Custard, large ok?". Skali muka Apek muda kat kaunter tu terkebil-kebil. Kata dia, mana ada custard here. I jeling dia sama macam jeling Shahizi Sam semalam, I kata. "Eh, last time I pergi Pavilion ada ok?" Pastu Apek tu kata, "Different branch different menu maaa". Amboi. Bijaknya jawapan.
Skali I tengok dekat menu, ada jer yang I nak tu. Tapi nama dia sebenarnya ialah pudding. Ok? Pudding. Custard celah bedah mana? Malu aku kat Apek cina tu, terus masukkan kepala bawah kain Ira walaupun Ira sebenarnya pakai seluar tadi, nak jugak kata nyorok bawah kain Ira. Haha. Bodoh ni!
I ni kalau tiba bab kompiden memang tak beragak. Boleh gaduh wooo kalau dilayan. Haha. Itu salah satu keistimewaan I. Level of confidence tinggi sangat. Bak kata Sazli, 'U ni kalau confidence jawapan betul, mesti salah. Tapi kalau dah jawapan salah, confidence bukan main. Boleh gaduh kalau nak argue jugak'. Haha. Lantak la. Walaupun kurang pengetahuan, tapi bila kiter confidence, kiter nampak tegas. Err. Tegas? Ahhhhh! Apapa la.
So, kalau pergi Chatime next time. Order ni. Ok? Pure choco, large, triple pudding, less ice, less sugar. Ingat tau? Mintak triple pudding tau? Kalau tak kata tripple nanti tak sedap macam I punya ni. Nanti harga dia jadik RM9.90. Heeeeee.... Tapi puas hati sebab pudding dia banyak giler! Puas hati! *Sambil mendabik dada.
Pastu kan, ada sorang budak BIJAK ni. (aku ler tu). Dia pergi makan Nasik Ayam Penyet AP yang pedas macam nak carik gaduh tu, bersulam dengan Ice Blended Choco ni. Dalam hati dah kata, ni kang muntah hujan ni. Sekali suap nasik, sekali sedut air. Eh tak. Dua kali sedut air. Pastu dalam kereta dah mual-mual. Plastik standby di tangan. Sampai opis, terus perut memulas. Berak cirit terus. Lepas berak, muntah sekali. Legaaaaaa.
Tapi muntah sedap. Raca coklat. Ha.... Padahan muhuke! Dah tau time sarat ni tak boleh makan sembarangan. Lagi nak jugak makan nasik pedas bersulam susu coklat. Logik tiada kalau berfikir time makan guna lutut. Orang guna otak. Ah lantak! Janji nafsu menggila terhadap Pure Choco ni dah tertunai. Yes!
Oh. Ini makanan, orang kata jangan makan waktu mengandung. Tapi I teringin sangat-sangat. Dah dekat 9 bulan tak makan. I do it my way. Cam biaso. 2 cawan air, megi perencah kari, 7 titis kicap manis cap kipas udang merah and 3 bijik cili padi tumbuk. Simple. Hina, sedap tetapi perrrghhhhhh!!! My way baby, my way. Bukan malas, Cuma memang I suka yang macam ni. Kata omputih, less is more. Syikin tanya, kenapa tak bubuh telur. I jawab, Saz dah ada telur. Megi tak payah dah la bubuh telur. Haha.
Ini la tok guru yang mengajar I Chatime tu. Kemain kan minum air macam tu. Punya takot liptik habes. Oh. Gambar ni khas untuk peminat Yash yang nak sangat-sangat entry pasal Yash dekat blog ni. I dah tanya Yash, dia ke peminat dia tu. Dia senyum pastu Deny. Haha. Yer la Yash.
Si Yash la dengan Emma, buat perangai pergi main mekap-mekap dekat tengah khalayak ramai time kitorang lepak dekat Coffee Beans Pavilion Sabtu midnite kelmarin. I tengok, dorang kalau pakai liptik merah menyala ok jer, cantik je. Kalau I pakai samadengan original people (orang asli). Sian kan?
Oh. Update sikit pasal pregnancy. Seriously I memang dah tak larat sangat-sangat nak bawak badan. Mood swing. Muntah hujan makin menjadik, kaki makin gemok, stretch mark makin menggila dan macam-macam lagi la. So, kalau I kena bedah (keputusan bedah atau normal Jumaat ni baru tau) I kena bedah 12 Dec ni. 12.12.12 Cantik woooo tarikh. Tapi kalau normal, tarikh due on 23rd December.
Mana-mana pon I ok jer. Janji both I ngan Baby S selamat.... Korang pon doakan tau semoga semuanya selamat? Pastu kalau nak boleh, jangan bagi hadiah. Bagi I duit jer. Bank in dekat sini. Maybank. 1642122.. Eh. Okbye. Haha.
-EnD-
18 comments:
Sue,megi tu bleh mkn tp mee tu rebus 2x tau.tak dgalakkn mkn slalu sbb xde khasiat pn.hehe.
errkk,napa kene operate nti?
Salam, boleh plak ya skang ni Dr check samada kita kena di bedah atau tak? Naper pulak nak dibedah dik Bu sayang? ABTO.
Nur zulya : ha a. Tau. Mmg meggi ialah penjahat sedunia. Tp kiter teringinnnnnn Sgt Sgt Sgt. Dah dpt makan sebungkus tros lega. Tu pon makan after nine months. Heeeeeeeee :)
Akak bubu : kena bedah sebab low placenta la akak bubu. Kalau bersalin normal takot heavy bleeding and boleh mati wooo kalau tak kena gaya.
ini namanya KONDIFEN bukan CONFIDENT ..hahahahaha...
Kalau suara gynae tu bunyi2 macam akan kena cesar, walaupon dia kata boleh cuba normal, silalah book je terus date yg cantik ye, takyah nak tunggu2 cuba2. I dulu gitu la (tapi kes lain), end up kena cesar juga, kalau tau dah booking date 11022011 dah. Hehehehehe
low placenta mmg selalu czer k.su..kwn saya perut 7bln terus kena thn wad..2bln dok wad smpai la doc bg date czer..lg la bosan..xpe..saya doakan k.su selamat..czer ke normal janji baby n k.su sihat udah ler..saya dulu pun czer juga yg 1st..baby x dapek cr kunci nk kluar ikut pintu...terpksa kuar ikut tingkap..hahahhaha....yg 2nd ni xtau la..andaikta lg besar dr yg 1st mmg czer la..
wan nadiah aka badak seksis : i tau.... i tau sajer doktor bermulut manis dengan i. itu pasal kiter dah booked tarikh cun punyer. *amek hati
alina : kaksu punya stage 1 to 2 jer. kata doktor anytime boleh bleeding. hp standby dekat tangan. tp kaksu doa jgn la bersalin dengan tergesa2... untuk Alina, Kaksu doakan semoga semua selamat... Amin.... :)
Thanks Kak Su..Yash pon ajar I Chatime sedap tu..I pon suka sgt..sedapkan? anyway, semoga Kak Su menjalani process melahirkan baby dgn selamat dan kurang sakit (nak doa tak sakit langsung agak mustahil sbb Allah dah ciptakan sakit beranak tu teramat sakit, jadi kita wajib redha)..semoga Kak Su and baby sihat in syaa Allah. Ok lah Kak Su.. MORE entry pasal Yash ok!
-peminat Yash-
k.su kalo dh tk larat rehat je takut bleeding mcm sy terus emergency czer.bleeding mencurah2.sebbek ms tu tk keje sbb tk larat+ asben kebetulan cuti jugak.
su,megi tu jd lauk sy msa morning sickness gila2 punya.
oh,low placenta eh..klu mmg nk kne operate,redha jela su.janji bb n su slmt.mmg risiko bleeding kaw2..bleh pnuh 1 baldi.huhuhu
su,megi tu jd lauk sy msa morning sickness gila2 punya.
oh,low placenta eh..klu mmg nk kne operate,redha jela su.janji bb n su slmt.mmg risiko bleeding kaw2..bleh pnuh 1 baldi.huhuhu
su,megi tu jd lauk sy msa morning sickness gila2 punya.
oh,low placenta eh..klu mmg nk kne operate,redha jela su.janji bb n su slmt.mmg risiko bleeding kaw2..bleh pnuh 1 baldi.huhuhu
peminat yash : TAK PAYAH NAK PEMINAT YASH SANGAT LA YASH! KEROPOK LEKOR TU BUBUH JER DALAM PETI AIS BIAR DIA BERTUKAR JADIK BATU!
Mieraaj : adoi la. terus kaksu pegang pepet. ngilu rasa..... takot.......
zulya : amboi. 3 komen terus kasik. hehe. maknanya megi mmg bagus la eh? kikiki. nak dkt2 bersalin ni, mmg selera nak makan meggie jer. hils (^_^)
semangat nk komen tu.hahaha.tatau la apa bengong tenet cni smlm.tekan publish tp taknak kuar.takdela nk ckp megi tu bagus tp megi dperlukn d saat tekak mgada2 tak nak mkn benda lain :)
Post a Comment