Wednesday, November 28, 2012

Harimau Malaya Vs Molten Choc Cake

Assalamualaikum....

Sebenarnya sekarang I tengah tengok bola Malaysia VS Laos. Sakit jantung, sakit tetep dada semua pon ada. Chances dah banyak kali tapi itu la tu.... Tak masuk masuk! Semput hoi! Jangan terbesalin malam ni dah la...

Malaysia have to win. Ok dah. Malas nak cerita pasal Harimau Malaya dah. 

Sekecewanya I setiap kali Malaysia kalah, begitu jugak la GF kat kampung. Pagi tadi dia dah cool down sikit pasal Gaza. Tapi tetiba naik hantu bila cakap pasal Apek bolos 3 gol. Kata dia, Apek asyik ingat nak kawen jer... Sebab tu tak performed main. Kata Mak lagi, Harimau Malaya kena tukar coach. Asyik buat experiment jer, sampai pemain utama pon tak boleh nak decide sehingga la last game. Eh Mak ni kan? Mana dia tau la semua menda-menda ni semua. Nak gelak ada, nak respek pon ada. Haha. Pulak tu marah lepas 3 hari dah lepas game T____T Omel sangat tu Mak!

Ini esok pagi ni kalau I call dia, entah apa lagi la komen dia.Tabah jer la telinga ni dengar dia bebel nanti. Hahah.

Ok. Sedikit update pasal diri sendiri. I off sikit badan rasa malam ni. Temperature naik, tekak sakit, selsema and batuk menjadik-jadik. Dah nak dekat hujung-hujung ni baru la badan tak sihat. Risau sangat rasa. Risau baby satu hal, tambah risau bila Saz dah cembeng-cembeng muka bila I pegang dia, tangan I panas. Depan Saz memang I kena double tough. Sebab rasa macam tak sampai hati nak tengok dia risau bila I tak sihat macam ni.... Kang mata bergenang, buat muka macam poos-in-boots. Nak lempang pon ada. Kang kalau lempang betul dah jatuh derhaka pulak. Acaneh?

I rasa sebab dah 3 hari berturut asyik kena hujan kot? Antibodi dah low, itu yang mudah nak dapat selsema. Tatau la nak buat macam mana. Nak biar jer atau nak kena makan ubat ni? Biar elok sendiri jer la kot? **Sebab sebenarnya tak suka makan ubat (^_^)

Eh. MALAYSIA DAH 4-1. Yayyyyy!!!! Malaysia hampir pasti menang dah ni. Ok. Malam ni boleh tidur nyenyak pastu boleh mimpi makan menda ni.

-EnD-

Molten Choc Cake. Ya ampun. Apa seksi sangat kelihatan malam ni??? 

11 comments:

Anonymous said...

rase nak sujud sukur tgk safee sali kuar dr padang td.. mcm kan tahikkkk je byk chance sia2kann... sekor lg x kuar2 no 7 tu, bajet hero2 sgt eh atas padang.. nyampah... eh emo?

kaksu, anna doa kaksu selamat melahirkan nnti.. harap2 baby pun sht.. plg2 3.85kg ganti jantan2 kaki bangku main bola ye baby s.. ahahahah...

#bola x sudah2

~anna~

rina_mazlan said...

harimau dah monang la... Gagah perkasa betul...

Anonymous said...

srnknya bila peknen suami layan khndak mcm2....nsb org x sma...
nk cite lynn sy dpt...nk menaip pun rs nk mntik airmata...
2 x prgnant sma je..............
moga selamat semuanya kak...

missalongwani said...

OWH...nasib baik yg ni xterliur..hewhewhew...kak su...dah buat dah asam pedas tuh..sedap ooo...siap hirup2 kuah die.....hewhewhew

Chooyaya! said...

Anna : 3.85kg? MAK.... terkoyak la pepet kaksu mcm ni. Hahaha. Baby s mmg kena pandai main bola macam papa dia. Malam td pon kuat btol menendang. Sama naik dengan suara kaksu menjerit time goal. Haha.

Chooyaya! said...

Rina : Kiter tgk sabtu ni mcm mana. Time lawan Indonesia. Huish. Saspender btol!

Chooyaya! said...

Anon : :( ala..... siannya awak... sedih plak kaksu dengar. Nasib kiter mmg kadang2 berbeza. Kaksu doa semoga nanti Allah ganti pada awak dengan kemanisan hidup yg lain. Moga2 anak2 awak nanti akan jadik anak yg baik dan menghargai mama dia. Kaksu doa ni... doa sambil pejam mata. Moga dimakbulkan Allah. Dah. Takmao sedih lagi ok? Kaksu pelok awak ni. :)

Chooyaya! said...

Missalongwani : mana gambar? Lekas kasik link!

Mr Lonely said...

yeah, i enjoyed the Twilight movie~ XD

Regards,
http://www.lonelyreload.com (A Growing Teenager Diary) ..

Chooyaya! said...

Mr. Lonely : wrong number. *rolling eyes

missalongwani said...

hahahah..malula nak kasiktgk..org masak xpandai la..huhuhuhuhu..jgn gelak eh.......kalu gambar xmngiurkan..theheheheh
http://alongwaniey.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...