Thursday, November 8, 2012

Bora Ombak Bukan Ombak RIndu

Assalamualaikum....

Nak tanya, adakah simptom mabok semula dan muntah mencurah-curah tanpa dapat disekat akan berlaku balik untuk perempuan mengandung 8.3 bulan macam I? Hadoi la... Skarang ni dah muntah-muntah balik macam awal-awal dulu la... :( *Eh, bukan semalam dah insaf takmo mengadu domba pasal mabok ker? Tu la. Melayu mudah lupa. Haha. 

Nak plak tadi Intan bawak kereta menggila babi sebab takot boss masuk dulu dari kitorang. Maka, sampai jer dekat opis, tak sempat nak pergi toilet, muntah seperti hujan tak dapat dibendung lagi. Memula nak muntah kat pasu bunga Intan jer, tapi tak sampai hati (ada masa lagi tu tak sampai hati) Haha. Terus menuju ke tong sampah sebelah mesen potostet. Hamek kaw. Muntah sushi crab finger + agedashi taufoo. Sedap jer rasa halia sikit-sikit.

Minggu ni seriously I rasa macam dah sarat sangat dah. Nak bangun pon dah tak larat. Perut membesar sebagai johan. Sampaikan tadi masa kat JJ, I tak sedar suar londeh dah tak grab dekat perut, lantas dengan kemeja mengandung yang dah tergantung adanya, maka tersenyumlah perut buncit I ni. Naseb baik Intan dengan Dyba jer yang nampak. Haha. Bodoh ni!

Kata Sazli, I dah macam penguin gemok. Kedek-kedek jer jalan. Ishk. Tak sangka sangat athlete jadik macam ni. Bila tengok depan cermin badan sendiri terus berkata 'Ni orang ke tong drum?' Ahhhh!! Doesn't matter. Lantak la gemok macam mana janji baby sihat. Esok lepas bersalin, diet la balik. Nak seribu daya, taknak seribu dalih. Wah. Tetiba keluar peribahasa bagai kan?

Oh. Lupa tujuan sebenar. Sepatutnya nak share makanan masa dinner malam kelmarin. Tetiba terbukak cerita lain. 4 paragraph pulak tu. Kemain mengadu manja. 


Hero of the day. Creamy prawn. Sedap menggila!

New Zealand Lamd Leg. Liat. Rasa macam makan tayar beskal pon ada. 


Sizzling Chicken Chop-Chop. Kenapa entah chop-chop. Sedap. Kenyang. Murah. Sos black pepper agent berak lapan kali harini. Yes. Tak keluar pulak buasir bunga aku kan?


Satay lilit. Siap ada tempe masak sambal kicap, pulut manis, nasik + jagung, satay, timun, serai + lada besar 3 bijik. Mak siap balut dengan tissue nak bawak balik umah. Haha. Tak senonoh.


Like I said earlier. Ambiance sangat cool. Best. Nyamok dah takder. Tapi very limited menu. Like seriously limited. Menu dessert takdak and ada yang dalam menu, takde jugak. Gewammmm!!! Tapi sebab lagu Bali dia sangat best, hati pon sejuk balik. But seriously, management Bora Ombak should do something. Dessert tu penting kot untuk mencuci mulut.  

Overall I kasik 3 bintang out of 5 and Bora Ombak memang lepas ni kena banned dengan Bapak. Sebab dia, meh I listkan.
  • Mintak Sirloin Steak, lepas dapat Chicken Chop-Chop baru kitchen bagitau takde stock. Mintak tukar dengan Kway Teow Goreng. Order asal dah ada 1 tambah 1 jadik 2, bila sampai (dah ler lambat) dapat 3. Ambik 2 jer sebab nak makan pon 2 orang jer but dalam bill ada 3. Bagus. 
  • Chicken Chop - Mintak asingkan gravy. Put a side. Sekali waiter sampai, maybe nak tunjuk skill sizzling plate yang tengah panas, lantas zassssss tuang semangkok black pepper sos atau ayam. Akibatnya? Buasir bunya. Ok tengs bye.
  • Kangkung goreng belacan dah rasa kangkung goreng kicap. Plate bapak besar, tapi udang 2 ekor jer. Udang anorexia pulak tu.
  • Paling kesian dengan Fizah la. Semua makanan orang dah sampai. Dah habes pulak tu. Baru la satay lilit dia sampai. Lambat sangat sampainya. Tak keras pulak vontot nak duduk lama-lama kan?
Susah nak cakap la. Please la improve service and kualiti makanan. Kang nanti orang komplen and tak rekemen dekat kawan-kawan dan saudara-saudari kira macam tak membantu biznez pulak kan? Naseb baik la not all foods tak best. Ada jugak yang best.

But, kalau stakat datang nak melepak bercinta dengan GF, well inilah tempat dia kan? Fedulik la makanan tak sedap or service cap ayam, janji lampu malap, suasa romentik, Cukup.

-EnD-

6 comments:

Home4health said...

mmg sue..ada yg morning sickness dtg blik msa 8 or 9 bulan.ada pla yg dr ngandung smpi deliver morning sickness.

Home4health said...

mmg sue..ada yg morning sickness dtg blik msa 8 or 9 bulan.ada pla yg dr ngandung smpi deliver morning sickness.

Anonymous said...

klau sy la time mgandung ni mkn je mcm2 xyah sekat,hsilnya badan naik 20kg. dlm pntang trun 11 kg ni....
ade 9 kg nk kne buang ni...
sedih tgk perut dh la penuh strmrks pas2 gendut plak tu....cik suami siap boleh genggam lemak perut.....

rina mazlan said...

Biasalah sayang, ibu mengandung hormon berubah2. Tak kisahlah ko brapa bulan pregnant kalau rasa nak muntah tu muntah jugak. Ala sebulan je lagi ko nak tanggungkan? Chill la beb.. :P Aku rasa ko kena jaga pemakanan. Mungkin ada perot ko takleh terima. Tak pun baby ko yg tak suka makanan tu... :P

Haris Zuhaina said...

As Salam.. blue-full description pasal muntah.. hihihih
Su, my mom pesan ms ngandung, kurangkan pedas, kulit baby mudah rashes n very elergik.. ntah betul ntah idok.. tp sy mmg dengaq cakap....
cm nak kurus lpas beeranak mmg senang dapat espesially BF.. cm sy salah kaedah-direct BF terus tidoq (br lps makan) hubby baik.. semua kherja dia buat,kan... so mmg manja masa fully BF.. lps pantang 38kg asal 60 ms preg.. skrg nak dapat balik 38kg mmg azab lah.. tak yah mimpilah.. masa pantang rajin tungku(tungku besi)
skrg dah back tuh 60kg.. padahal 38kg tuh masa 19 thn pya weight... :) sedey hooooo
bl gumuks, ssh mau pojek ooo :P

Haris Zuhaina said...

Sue, dlm pantang pakai lah inchloss (tgh hot skrg nih):)