Sunday, November 11, 2012

Shopping & Makan memang sinonim dengan Wanita. Kan?

Assalamualaikum..

Minggu ni dah cukup 8 bulan (Dah lapan kali bagitau, tapi nak kena bagitau jugak lagi. Taktau la naper. Haha) Kalau ikut apps dekat S3 ni, dia kata 44 more days to go. Ok. Masih larat lagi berjalan, So weekend ni 2 2 hari makan and shopping-shopping ayam dekat Pavilion. Saz ada bola dekat Setia Alam, tak larat nak tunggu... So, I pon keluar la dengan Syira on Saturday and dengan Intan on Sunday.

Tujuan utama nak makan jer sebenarnya tapi menjadik wanita istimewa (bukan cacat) maka terbeli pulak baju untuk anak yang dalam perut ni WALAUPUN dah kena berceramah banyak, orang kata jangan beli baju banyak-banyak sebab baby cepat besar bagai tapi itu la kan? Excited dengan anak pertama ni lain macam la. Tetiba jadik pekak dengan tak paham bahasa tahap cimpanzi oren. Pekakkan telinga, grab and bayar.Takper la anak, mak pakai baju buruk-buruk pon takper janji anak emak kacak bergaya. 


Papa dia kalau hulur baju Baby GAP, Mothercare, Guees Kids, Anakku.. Tengok baju ala-ala nak ambik hati jer... Sekali hulur baju baby Ed Hardy, maka terbeliaklah bijik mata. Terus keluar motto 'Bapak rock, anak pon kena rock!'. Terus terbayang anak aku nanti rambut kenteng panjang, pakai key tengkorak kaler merah pinjam Papa punya, muka busuk comot dengan hingus kering macam nak lempang, pakai leather jacket and kasut boots. Mati la. **tutup mata. Itu apa motip tengkorak kaler ijau mata pink tu konon menunjukkan sisi kelembutan baby la kononnya tu kan? Haha.


Syira dok hasut-hasut I beli baju mengandung lagi. Dah. Takder takder. Lagi sebulan jer nak bersalin ni. Baik spend untuk menda lain. Bila dah nak semilan bulan ni, terdetik la rasa menyesal sebab macam overspend baju dekat Modern Mom last time. Giler bapek mahal seluar opis sampai RM180, baju sehelai dah dekat RM250.  Dalam mengutuk mahal mahal mahal, ada jugak la 10 helai beli. Ye. Menyesal kemudian tiada berguna. Lepas ni simpan dalam kotak elok-elok, pakai untuk next pregnancy. Lesson learned. Pasni beli 9 months or baju mengandung dekat JJ jer cukup. Ingat pesanan kakak ni. Untuk adik-adik yang baru first time mengandung, use your money wisely ok? Melainkan la kalau dah memang kaya raya. Sebab untuk yang kena start dari zero macam I ni, tengok bill untuk beli kelengkapan baby boleh pengsan hoi!


So, masa Sabtu tu. I dengan Syira makan dekat Carlos. I teringin nak makan oyster. Tapi kata Syira kalau makan oyster nanti tetiba jadik rakus dan menaikkan syahwat. Tak bagus ni kalau tetiba naik main pondok-pondok dengan perut boyot tak nampak kaki  bila berdiri. Haha. So, makan menda lain. Syira makan Fajitas Combo. Eh kejap, tapi ada orang nasihat, elok sebenarnya sebab memudahkan proses bersalin. Ke acaneh eh? Dah. 18 sx dah blog ni jadik kang. Haha.


I makan spicy seafood soup.  Tekak dah boleh terima hanyir-hanyir ketam/sotong semua ni. Ni kalau masa awal-awal pregnant ni, makan kat situ, muntah hujan kat situ jugak agaknya.


Mungkin tak  cukup makan dua menda tadi, so order Nachos. Pastu rupanya cukup jer, tamak jer nak order banyak-banyak (macam biasa) So tapau bawak balik. Kebetulan Sazli lapar, habes linchennnnnn dimakannya. Setel. Menangis setan sebab takder pembaziran. Padan muka engkau syaitonnirrojim! Malam ni pon setan mengangis lagi sebab kawan dia kena bunuh. Eh tak la. Gurau jer. Haha.


Harini I pergi Pavilion dengan Intan pulak. Dia nak beli handbag and shopping baju opis jugak. So, I teman jugak la. Dalam pada teman-teman, termasuk Mothercare and terbeli pacifier. Sapa suruh omel kaler purple oren. Pastu saper suruh ada offer. Pastu pastu saper suruh baju dekat Pumpkin Patch omel. Ok la. Bye.


Kitorang makan dekat Pepper Lunch. First time makan kat siti mesti la kampung dan jakun sangat. Mana la reti macam mana nak handle makan atas hot plate pastu sebenarnya steak tu kena paling-palingkan supaya cook evenly pastu rupanya kena letak sos yang kiter nak tu sendiri atas daging/ayam sebenarnya tapi kitorang curah sos atas nasik,  pastu cina sebelah gelak-gelak tengok 2 pempuan ala sakai main makan macam tu jer. Pastu bila tengok dekat TV yang ada dekat dalam restoran cara-cara nak makan baru tau banyak kesilapan teknik, tapi dah terlambat sebab dah siap makan licin plak tu. Haha. Kampong dot com sangat. Kitorang cover dengan gelak kuat-kuat. Haha. Bodoh ni! Kata Intan, 'Takper Kaksu, Intan memang suka makan yang medium rare'. Ayat cover sangat kan? Siap cakap kuat-kuat bagi Cina sebeah yang gelakkan kitorang tadi supaya dia dengar.


I makan ni. Chicken and Sukiyaki Bento. Dia ala-ala teppanyaki pon ada. Sekali makan, terus rasa jatuh cinta and lepas ni kalau pergi Pavilion, nak makan dekat sini lagi sebab sedap, kenyang, harga yang berpatutan, eskrem yang lazat dan terasa cool bila makan. Intan makan beef steak bento. Pasni nak try nasik blackpepper tu pulak. Kata cashier tu, best seller. Tapi takkan nak makan nasik dengan cebisan daging jer kot? Giler apa? Tengok size badan la. Itu pasal pilih yang ada ayam dengan daging besar-besar macam ni. *Libas rambut.

Oh. Intan sangat suka dan teruja sebab Paris Hilton dah berada dalam tangan. Esok pergi kerja, bawak handbag baru. I bila tengok Paris Hilton, teringat Cik Yati pernah bagitau. Dia tengok dalam internet, gambar Paris Hilton terlupa pakai sependa pastu karipap dia macam mulut Itik. Itu yang dia tengok. Sabar jer la kan. Haha.

So, sekian cerita untuk hari ini. Esok lusa kiter cerita lain ok?

Salam sayang,
Paris Hilton (Tetiba)

-EnD-

6 comments:

Haris Zuhaina said...

As Salam Sue.. hehehe,naik syahwat is good before deliver... :P senang bersalin tau :)

Yuyun said...

Suka tgk intan..omel je.intan xde blog ke?

Anna Dayana said...

Puas hati intan dapat handbag.. *sambil tepuk kat dada

tapi yang tak boleh blah masa kita makan kat chips tu, kan kita order air satu *share pulak tu... da abis air minta pulak refill. ingat ni mekdi kena boleh refill. sekali BAIYA tu kata RM3.50. Cis!! ingat dia nak bagi free sbb tgk muka dua org budak perempuan ni yang byk cakap dari tadi kan.. *hampa dan kecewa..

Yuyun said...

Hai intan..(lambai-lambai manja) ;)

Hai juga dekat kak su..:)

Anonymous said...

Salam, 2 sebab Syira kata menaikkan syahwat. Senang bersalin maknanya. So pilihlah Bu nak senang bersalin ke x. Kalau nak senang bersalin kenalah makan. Buruk pun buruk la Bu dikala mendirikan pondok2.Muahahaha. ABTO.

p/s : Blog Bubu ada Anon untuk komen senang akak. Jangan tukar yek. Love U.

rina_mazlan said...

hahahaha... lucah la ko ni... Memangla rupa karipap.. hahahha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...