Thursday, November 29, 2012

Lagi Lagi Durian Crepe Huda

Assalamualaikum....

Buat apa tu? Kepada semua yang dah beli Durian Crepe Huda, terima kasih banyak-banyak... Kata Huda, sumbangan pada Gaza makin hari makin banyak. Rasanya sekarang dah beribu-ribu lemon kot? Syukur al-hamdulillah..... Best kan rasa? Tak sangka dalam sedap-sedap pejam mata makan Durian Crepe Huda sebenarnya kiter ada bagi sumbangan pada Gaza.. Tolong orang susah dekat sana, nanti kiter dapat pahala. Sebab tolong orang susah :)

Tak guna nak pergi bawak kain rentang, redah office orang ramai-ramai, buat hingaq pastu kata nak tolong Gaza. Nak tolong bukan macam tu caranya. Dari berpiket, buat perhimpunan haram, baik buat dengan saluran yang betul. Macam Yatt and team (Usrah Fitrah) buat derma kilat dekat area Bukit Bintang. Dapat kumpul RM10k katanya. 

Abbg Abady pulak, pergi kumpul ramai-ramai dengan team dia buat kacau dekat depan office I last week konon nak marah Syarikat I jual minyak dekat Israel. Sian sangat la dekat dia tu. Macam terlalu taksub. Hurm... Tapi kalau betul niat dia nak bantu Gaza, sapa tau kan? Tak pasal-pasal aku dapat dosa kering but still, I rasa perhimpunan haram, berpiket semua ni kurang bijak :) Pendapat masing-masing la kan?

Eh. Tetiba berbunyik seliyes pulak entry kali ni. Macam ngantuk nak baca. Ok la. Bye. 

Kejap. Tak jadik bye la sebab ada menda nak cerita lagi. Sooooooooooooo, kepada sesiapa yang masih belum berkesempatan nak merasa Durian Crepe Huda, lekas lekas lekas order dengan Huda. Setakat ni komen-komen dari customer dia semua positip. Huda pon pesan dekat I, kalau ada sesaper yang pernah order Durian Crepe dia, and ada yang termasam or kualiti tak bagus, boleh bagitau dia terus. Jangan segan-segan or pendam dalam hati. Huda InsyaAllah ok.... Dia jenis yang boleh terima kritikan. Sabar jer layan customer. 

Yang kurang sabar melayan customer ni ha. Manager dia. (Aku la tu). Eh. Tetiba I dah jadik manager Huda. Acaneh? Haha.

I memang tak boleh jual kek macam Huda sebab nanti kalau ada customer banyak songeh, cerewet, suka mintak discount yang merepek bagai, nanti I naik hantu. Ada yang kek, aku campak keluar jer dari kereta kalau customer janji nak jumpa pukul 3, tetiba kata tertido and postpone pukul 5 bila I dah ada dekat pick up point. **Ini cerita rekaan semata-mata.

Pastu kata Yatie, I tak boleh jadik cleaner. Sebab nanti semua orang kena marah. Hoi hoi hoi! Aku baru cuci toilet dah wangi-wangi, ko senang jer nak masuk toilet pakai selipar kotor. Pegi guna toilet lain la!!! Tak pon, Encik, sini saya dah sapu, jangan lalu. Pegi pusing ikut sana, jangan nak mengada pijak sini, kang dengan Encik sekali saya sapu. Sambil cekak pinggang mata bulat.

Pastu tak boleh jadik cikgu sebab memang I garang giler. Nanti semua student masuk hospital giler sebab stressed cikgu garang nak mampos. Yatie pernah belajar buat Excel dengan I. Aku kata hihglight, dia klik. pastu I kata, 'Sini sini sini!!!!' Eeeee Tak pandai-pandai! Terus Yatie nak nanges muka. Haha. Intan pon takot nak belajar dengan I, kata dia I garang. Asyik jer dia kena jeling. Ala. Tak heran la dengan Yatie and Intan. Itu ha, boss I pon kalau I ajar dia apapa, Power Point ker... Memula suara rendah jer. Lama-lama makin kuat sampai jerit-jerit dengar sampai luar bilik. Dia pon naik takot nak tanya apapa. Haha.



Durian Crepe Huda. Ni I kidnap dari FB Huda. Mintak maaf cik punya gambar yang bernama Noraini Abdul Hamid, kiter dah guna gambar ni buat bakar line orang yang masih tak cuba Durian Crepe Huda. So, kalau nak order dengan Huda, add dia dekat FB dia ok? Gemok lagi debab macam ni kalau tak terliur taktau la.... Ishk ishk ishk.... Lagi satu, Huda ada buat delivery kalau order banyak. Free area KL. Jaranggggg sangat orang buat free delivery macam Huda ni kan? Tak ker best tu? Berdoa nak makan Durian Crepe, pastu tinggggggggg Huda dah sampai depan pintu. Megik kan?


I selalu buat cerita sedih dengan Huda, 'Huda, kalau ada kapkek lebih, ko bawak eh? Aku teringin....' Bajet Huda bawak la seketul dua, sekali nah engkau! 9 pcs terus dia bagi. Bestnya! Intan ambik 2, Ira ambik 1, Dyba amek 1. Lebih abang yang punyer!!! Yang ni Red Velvet Cupcakes. Sedap menggila jugak hoi! Huda ni air tangan dia memang best sedap la.... Orang yang ikhlas, baik hati macam dia memang Allah bagi kelebihan kan? Macam I, kelebihan I kuat makan. Sebab kalau Huda buat makanan sedap-sedap pon, kalau takder orang kuat makan tak guna jugak kan? So, disitu la kelebihan I. Lalalalala... *Skipping


Lagipun kan? Durian Crepe ni dah macam jadik satu trend sekarang. Kot nanti ada orang tanya, 'Ko dah makan Durian Crepe?' Anda boleh la jawab macam ni. 'Mestila dah.....' Sambil rolling eyes, libas rambut kebelakang. Pastu kalau tetiba kena panah petir sebab belagak Allah bagi balasan, jangan salahkan I. Ok?

-EnD-

5 comments:

Home4health said...

saya belum.uwaaaaa...kena cari yg terdekat kt s.alam ni

eda said...

kasu kejammmm !!!!!
tau laaaa , org dpt sabtu neh durian creepe , org IG siap tag kasu lagi hahaha ...
kasu kasu , baby S okay ?
say hi to him..
heheheheh ...tak sbr tggu dia kuar ...
*lambai2tgntobabyS*

NenetPenne (NP) said...

apsal laa mek sorang ni suka buat entry kelakar...

yatiyahya said...

ko mmg garang giler kobes..sampai blank terus lalu bodoh serta merta belajar excel yg senang giler rupanya...
p/s: sukalah tu dapat kapkek huda...

Aishah Kamal said...

su..kalo order then mtk pass kt rafiq boleh x? ngeh ngeh