Monday, November 5, 2012

Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang. Membunoh hoi!

Assalamualaikum....

Malam ni takder nak cakap banyak eh? Sebab kondisen tidak menyenangkan. Sebab masalah kegemukan yang akan melanda selama lebih kurang 2 bulan sajer lagi. OMG kurang dari dua bulan sebenarnya.... Ok jap. Nak muntah. Sebab takot atau sebab excited barangkali. 

Oh. Sebab kenyang sangat rupanya. Heh!

Ok. Back to the topic. Kali ni kiter nak cerita pasal Mee Udang paling sedap dalam dunia. Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang. Dimana letaknya Kuala Sepetang? Dekat Perak. Bukan dekat Kedah tau Yuyun. Main petik jer budak tecit tu tau? Kompiden kata Mee Udang Mak Jah kat Kedah kan Kaksu? Haha.

Kuala Sepetang ni kurang sejam untuk sampai umah Tok Chak dekat Merbau Pulas, Kuala Ketil. Kalau nak tau detail, boleh Google sendirik. So, jangan nak buang masa. Meh kiter perkenalkan Mee Udang Mak Jah!!!!


Yang ni mee udang special. Sebab size udang gemok. Yang biasa harga RM7 kalau tak silap. Yang special harga dia RM11. Bapak nak paw udang I sekor, I cantas sudu dia, pastu I pilih yang paling kecik among them. And Bapak order mee udang biasa, and pick the big prawn to me among them also. So, nampak tak kat situ sikap manusia yang tamak? Haha. Aku la tu! Bangga jer. Rasa bersalah la sekejap. Tapi tu la. Sekejap sangat. Haha. Istimewa kan I? No kompromi pasal makan. Tabaik untuk dicontohi sikap istimewa I ini.


Nextttt!!! Udang goreng tepung. Siliyes bro! Must thing to order. U wont regret. Sebab hoi! Sedap nak mampoz. Enaff said. I see U in court. Wah. Tetiba masuk court tros. Eh? Tapi sedap lain macam la. Takkan bancuh guna sependa kot? Rangup diluar, juicy didalam. Dia goreng guna special ingredient ke? Rasa macam tepong kepsi. Kejap kan rasa macam tepung ayam goreng Mekdi. Arggghhh!!! 


Last but not least. Nasik goreng udang. Udang tu ada kat dalam nasik. Macam sajer nak main sorok-sorok jer nasik goreng udang ni. Kuis nasik nampak udang. Gitu kekdah dia. Makan dalam sampan paling best. I rasa sesudu dua jer nasik goreng ni. I am more into mee udang. Letak kicap manis sikit. Baru best!!!

Kepada sesiapa yang teringin nak makan Mee Udang Mak Jah TETAFI berasa jauh untuk pergi sampai ke Kuala Sepetang tu, boleh la makan dekat branch Mee Udang Mak Jah area Wangsa Maju. Dekat dengan Wangsa Walk tu.

Rasa dia taktau la I macam mana. Never tried. So tak boleh nak komen. Giler ahhh Mak Jah! Dah ada franchise tuuuuuuuu!!! Apa lagi ditunggu??? Dari menitis air liur kena tadah dengan tangan menitis pulak dekat keyboard, nampak benar tak senonohnya baik terus ke Wangsa Maju.

And, marah-marah pempuan sarat macam I sebab pos gambar macam ni adalah tidak digalakkan. Heeeeeeee :D

-EnD-

12 comments:

Yuyun said...

Kenapa la entry ni keluar di malam hari..kesat air mata dan air liur..

Tak boleh jadi ni..hehe

Fara Dilot said...

Sgt marah sbb I tgh sarat barat dan lokasi adalah sgt jauh.. Xde sape nk layan kalo request sbb dh tunggu ari jek..benci

Ina Khairina said...

dulu masa pegi kuala sepetang penah try mee udang mak teh tp puiii harammmm x sedap langsung!ramai yg kata mak jah punya sedap,haishhh kena p try gak ni

genuine1224 said...

huiii..menggoda jiwa dan sanubari nih. i dah penah try. mmg sedap

tiNi Aziz said...

sebaiklaa elok jer baca entry nie, ktini baru pas makan mee udang kuala sepetang. anak sedara baru balik dr penang singgah makan, siap tapaukan untuk kami :D *phewwwsambil usap tekakdanperut ekekekekek...

Chooyaya! said...

yuyun : amboi. kemain drama sampai nak menitis air mata di malam hari kan?

Chooyaya! said...

fara dilot : alololo, ciannya... jauh sgt ker duduk tu? kat dublin ker, atau kat cyro? ke malaysia? ke?

Chooyaya! said...

ina khairina : sejibik macam orang sebelah meja kitorang cakap. dia kata dia pon makan mee udang mak teh.

Chooyaya! said...

genuine : dah try eh? dkt kuala sepetang? mmg sedap kan?

Chooyaya! said...

kak tini : memang bernasib baik kan? kalau tak, apa lagi. kasik gegar la fendi! paksa dia bawak makan. hehe

NenetPenne (NP) said...

orang kata kat wangsa maju tu kurang menyengat kompare to kat kuala sepetang... tu orang kata..i tak boleh nak kata apa sebab dua2 tempat tak penah try... :)

Chooyaya! said...

Nenet : kena try dulu baru tau la kan mcm mana...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...