Tuesday, November 6, 2012

Teddy Bear Demok Untuk Orang Demok Jugak! Eh tak la. Okbye.

Assalamualaikum....

Titew baru balik dari Bora Ombak. Ada Family Dinner dengan kazen-kazen belah Bapak. Sayang la, tempat dah cantik, tapi menu pulak very limited. Dah la very limited, ada yang kiter nak order tadak pulak. Dah tu kiter mintak macam lain, dapat macam lain. Haih. Susah betul la macam ni. Baik bukak kedai sendiri. Jual salmon cicah kicap jer. Pastu pelanggan kedai, aku sorang jer. Aku jual, aku pelanggan. Tak ok jugak tu. Haha.

Sudah la. Mari kiter melupakan sementara pasal Bora Ombak tu. Esok lusa I share la apa yang I makan kat sana. Naseb baik la sedap walaupun waiter selenga lain macam. Blur jer. Tapi sebab mengandung tak boleh mengata orang sangat, maka simpan jer la dalam hati ini... 

Oh. Ni cerita last week. Kitorang bagi surprise birthday prezen untuk Intan. Reason nak bagi surprise sebab dia selalu la pempuan paling sebok kalau ada among us yang sambut birthday. Pastu paling berani mempertikaikan 'Kenapa eh? Time Kaksu punya birthday kiter semua kena sebok-sebok. Every year ada surprise untuk dia. Time Intan takde pulak'. Haha.

Maka, kesinambungan dari itu, I pon pakat-pakat dengan bebudak ni (Ira, Dyba, Sarah, Ros & Su Kecik) untuk tong-tong belikan dia Teddy Bear Gemok ni ha.

Birthday dia actually dah lepas on 27 Oktober, tapi sebab time tu cuti Raya Haji, maka terpaksa la postpone ke minggu depannya. Tapi surprise dah tak macam surprise aku tengok. I buat birthday card hand made, nak print colour, print kat tempat dia. Sah-sah la cubicle I sebelah cubicle dia, so semua pergerakan I dia dah nampak. 

Dah. Malas I nak sorok-sorok. Last-last dia sendiri tolong guntingkan gambar belon nak lekat dekat kad birthday dia, siap bagi paper colour warna warni lagi. Sekarang sila bagitau, celah mana yang surprisenya. Haha. Itu bab kad, tapi yang Teddy Bear Gemok ni dia memang taktau. Cuma dia macam dapat agak la orang nak bagi surprise kat dia. Kejap-kejap I cakap Happy Birthday Intan! Pastu dia kata, jangan la buat surprise. Nanti dia malu. Pui!

Pastu si Dyba pulak lagi selenga. Suruh Intan beli kek and bawak pergi opis makan ramai-ramai. Dia punya birthday dia kena bawak kek. Kata Dyba, untuk kelainan. Haha. Pastu kata Intan, kenapa time birthday dia kena ada kelainan macam ni. Pastu semua setuju taknak belanja dia makan sebab dia 'kononnya' bakal dapat hadiah mahal dari luar negara. Gitu.

So, no makan-makan untuk Intan. Sampai sekarang dia taktau berapa harga Teddy Bear Gemok tu and dia pon percaya jer yang kitorang beli dekat oversea. Haha. Tapi skarang kalau dia baca entry ni, dah takder rahsia dah la. Kitorang siap kata, 'Intan, belanja makan takder tau sebab hadiah ni dah mahal giler'. Redha jer la si lurus bendul tu. Padahal time birthday orang lain, memang dah jadik tradisi kitorang belanja makan except for Intan jer. Kata kelainan kan? Hahahahaha. Tetap dia kena buli walaupun ini brithday dia. Sian pulak bila fikir balik.


Intan and her Teddy Bear Gemok yang diberi nama 'CikMoq' oleh kitorang. Size gemok giler. 1.2 meter samadengan lebih kurang 4 kaki. Dah nak sama besar dengan Dyba dah I tengok.


I selalu takutkan Intan, jangan nak berani-rani sangat dengan CikMoq ni. Kot nanti malam dia jadik orang, rogol Intan. Intan kata, dia ok jer. Dah takder orang nak dengan dia. CikMoq pon ok. Alololo. Sedih sangat bunyik dia tu. Haha.

So, kepada sesiapa yang nak beri kelainan and surprise kepada orang tersayang hadiah, boleh kot cuba bagi Teddy Bear Oversize/Besar/Demok/Gemok/Obes whatever u called it ni. Klik sini untuk more info and boleh jugak add dekat FB. Klik sini.

Paling best, kalau order harini, bank in harini and if owner ada stok, esok dah sampai ke destinasi. Best kan? Yang macam Intan punya ni, size 1.2 meter (RM150 sajok Intan. Takder der mahal mana, Haha) Ada pilihan kaler brown, light brown and putih. Or google la Big Teddy Bear 2U untuk more info. Now tengah promotion, lagi la murah and harga teddy bear gemok tu termasuk penghantaran tau? Murah nak mampos ok???

Dah la. Bosan la entry ni. Okbye.

-EnD-

4 comments:

Anonymous said...

Salam, sayu dengar Intan kata dah takder orang nak dia. Omel macam 2 takkan x de orang nak yek. Intan selalau jual mahal sangat kot. Cakap ngan intan jangan cakap macam tu selalu yek nanti masin mulut betul2 x de orang nak.ABTO.

Chooyaya! said...

Akak bubu : Itu la tu... mmg liat sikit jodoh dia. Taktau la nape. Kena mandi bunga barangkali. Haha.

genuine1224 said...

kesian intan..hahah.. eh,gelak pulak, nnt jap nak rekomen adik i kat intan. bujang lagi.mau?hehe

Anna Dayana said...

Salam Kak Genuine *terus panggil kakak, buget dapat jadi adik ipar..

boleh je kenalkan.. kawan ramai2 apa salahnya kan..