Sunday, November 4, 2012

Tok Chak :)

Assalamualaikum...

Hye KL? Rindu I tak? Amboih. Macam la pergi Kedah tu serupa pergi oversea. Dah la pergi 4 hari jer. Nak  berindu bagai. Pui! Tadi Ira lagi jahat, siap bagi dekat FB, 'Esok *dia* akan menghantui hidup kiter semua'. Ha.... Biadap tu kan? Bebudak kat opis ni memang tak suka aku kat opis ker apa? Haha.

Sebab skarang kan, sikit-sikit nanti I akan kata, 'Kaksu kan mengandung??' Memang semua kalah la. Memang ambik kesempatan habes. Well. Bila lagi kan? Intan la mangsa paling sangat kasihan, tengah dia duduk dekat tempat dia, nanti I panggil dia, 'Intan, meh sini kejap'. Laju jer dia datang tempat I, pastu I kata 'Ni, ambik kicap ni, letak kat belakang'. Haha. Sebab I breakfast kat meja jer. Makan apa pun mesti nak kicap. Ambik kicap dalam icebox rajin, nak simpan balik sikit punya malas.

Pastu Intan teruk menunduk jer. Buat muka protes pon ada. Pastu I pandang dia, I kata, 'Kaksu mengandung kan???' Terus dia ambik kicap tu, pastu jalan slow-slow sambil-sambil lap air mata. HAHAHAHA. Giler kejam I kan? Pastu Intan selalu kata, nanti kalau dia mengandung nanti, I kena layan dia sama macam ni jugak. Pastu kata I, kitorang semua bila tau Intan pregnant terus semua nak tender 24 hours. Haha.

Elleh. Nak mengandung konon. BF pon takder. Caneh? Lai lai.... Sapa mau Intan???? 

Ok. Back to the topik. Pasal balik kampung Atok Saz dekat Merbau Pulas, Kuala Ketil - Kedah Darul Aman. Melalui lebuh raya utara selatan yang mengambil masa selama 5-6 jam tertakluk kepada berapa kali stop kencing, berapa lama stop makan + solat. Yang hari kitorang pergi on Thursday tu, gerak dari KL dalam pukul 11.30am and sampai kampung pukul 6.00pm. Jadik 6 jam setengah sebab lama menyimpang lunch and solat dekat Kuala Sepetang.

Kitorang makan dekat Mak Jah Mee Udang. Ni memang tempat favorite kitorang. I makan mee udang size besarrrr punya, order jugak udang goreng tepung (terbaik) dan paw nasik goreng Saz dan jugak tapau nasik goreng udang and mee udang. Hamek kau!! Bapak tak kata apa, dia senyum and geleng kepala sipi-sipi jer. Berani ni nak kata apa-apa? Ni cucu dia la ni yang sebok nak makan semua. **Asyik menyalahkan si tembam kalau mama yang rakus. Naseb ko la nak.....

Masa turun kereta nak pergi makan tu, I kata pada Bapak, 'Hari ni Suuuuuu yang belanja'. Dengan bangganya ok? Pastu Bapak kata, 'Serius ke anak? Kalau macam tu, Bapak tinggal dompet bapak jer dalam kereta'. Masa tu I dah jalan depan sikit, Mak sporting jer terus cakap, 'Acahhhhhhhhhh ajer....!!!'. Hahaha. Sian Bapak tertipu. Yer la. Dia selalu buli I taw? Sekali-sekala dapat kenakan dia, best giler! Fuh! Satisfied giler la. Tatau nak kata puas dia macam mana.... La la la la la la.

Oooo.. Lupa nak cerita pasal Tok Chak. Tok Chak ni, Atok Sazli. Mak kepada Bapak. Dah tua sangat dah. Dah 90+ jugak umur dia. Kadang-kadang dia ingat, kadang-kadang dia lupa. Menda lama-lama dia ingat la, menda yang baru-baru dia selalu lupa. Lupa yang omel tau?

Masa memula kitorang sampai kampung, I dah perkenalkan diri, 'Tokkkkk, ni Su. Isteri Li (Sazli) Menantu Jan (Ramzan). Tok ingat tak? (Padahal dah 3 tahun pon kawen ngan Saz, dah 4 5 kali balik kampung, still tak ingat jugak. Ok takper. Tak kecik hati) Pastu kata Tok, 'Hang sapa yang gemok-gemok ni?' Ha???? Nanges dalam hati.

Gitu la Tok. Lepas explen, dia ingat la. Pas 5 menet lupa balik. Nak tackle sembang dengan Tok, sama macam dalam cerita 50 first date. Tapi tu kira ok la. Sehari dia ingat. Yang Tok Chak ni, kalau tinggal dia 5 menet pon, dia dah lupa T____T

Yang paling kelakar, masa 2nd day kitorang kat kampung, kitorang lepak-lepak, I gurau-gurau ngan Tok, 'Tok, ni apa ni lebih-lebih ikut tepi ni?' Dia kata, 'Tu tek tok. Tok dah tua, hang sapa? Kawan Irah ka? (Irah-Kazen Saz yang duduk sekali ngan Tok) I kata, 'Dak la Tok. Ni Su, menantu Jan'. Masa tu Saz tengah dok sebok dengan laptop. Pastu dia bangun nak pergi dapur. Tok tanya, 'Tu sapa? Besaq bukan main, kawan Irah jugak ka?'

Slap forehead.

'Tok.... Tu la Li.... Cucu Tok kan?' Pastu Tok kata, 'La, awat besaq sangat? Dulu kecik ja...' **Tetiba sebak. Macam I cakap la. Tok dia ingat maybe menda yang jadik pada dia 15 tahun dulu agaknya. Sapa-sapa yang ada dalam hidup dia 15 tahun dulu dia ingat. Yang generasi selepas tu, dia memang lupa. Sebab tu la dia project Saz tu kecik lagi... Sedih kan? Macam tu la kot kiter semua kalau umur panjang... Umur dah 90 tahun, dah jadik lupa. Sok kalau Mak Nekmah jadik macam tu, Ya Allah, sedhnya..... :(



Ni gambar tadi sebelum balik. I mintak Tok buat sign peace. Dia ok jer. Memula sign peace tu atas la, sama macam I. Pastu sementara nak tunggu camerawoman (Irah) snap, peace Tok dah makin kebawah... Haha. Kata Tok, 'Hangpa soh Tok buat apa ni?" Alololo Tok, Omel sangat-sangat la awak ni... **Hugs!


Amboi. Kalau dengan cucu dia, siap pegang tanga taw? Siap senyum sikit.... I ajar dia suruh senyum nampak gigi, kata Tok, 'Tu bukan senyum, tu gelak'. Haha. Ok Tok!

Sekian cerita balik kampung, Oh btw, I dah masuk 33 weeks. yay! Dah tak lama dah untuk tengok budak tembam ni keluar tengok dunia.... :) Kekadang rasa macam tak sabar-sabar dah nak tengok baby 'S', but at the same time rasa macam kalau dia dah keluar, dah tak rasa bonding sangat dah. Pasal biasanya dia akan ada melekap jer dalam perut ni 24 hours a day.

Masuk 33 weeks ni, tetiba simptom mabok ada balik. Dah start muntah beria balik. Bensi la! Tidur memang dah tak selesa sangat-sangat dah. Mengah tak selesa semua ada. Yang mengah tak selesa ni ada lapan ratus kali tak I dah bagitau? Dah eh? Okbye.

-EnD-

15 comments:

Anonymous said...

Salam, wah seronok jalan2 ya. Bila la Intan nak ada BF.Rugi sape x tackle Intan. Intan ni lawa rupa dia iras2 macam pengaracara Wanita Hari Fiza yek. Bu, memang kalo dah waktu2 macam ni mengah (tu yang rasa loya dan muntah 2), nak tido x selesa kan. Akak dulu sampai tido duduk tau(di 'kerusi malas' alas bantal 4 segi besar tu). Pas 2 kaki tinggikan sedikit Kesian akak kan.ABTO.

rina mazlan said...

Due bila?

Yuyun said...

Kak su..mee udang yg kat kedah tu sama sedap tak dengan mee udang mak jah dekat area Carrefour?

Chooyaya! said...

Akak bubu : smpi kena tido dkt kerusi malas ke? Mak. Seram. Mmg tak selesa sebab kaki baby ni dah terasa smpi dkt ulu hati dah. Akak bubu plz carikkan intan bf. Yg blh buat suami. Sbb dia mmg tingin nak mengandung sgt da ni. Haha.

Chooyaya! said...

Rina mazlan : InsyaAllah next month dalam 23 hb. Aaaaa ngerinya nak ingat. ..

Chooyaya! said...

Yuyun : Mee udang yg kaksu makan tu dkt Kuala Sepetang Perak. Bukan Kedah. Kaksu tau ada Mak Jah Mee udang Kuala Sepetang dkt area Wangsa Majuptp tak pernah try pulak.

Anonymous said...

suami kak su ada iras dengan tok chak....so sweet....

Yuyun said...

Haha selamba je yuyu petik mee udang mak jah tu kat kedah kn? Ok jom kita try dekat wangsa maju ;)

IdaShazana said...

perempuan klu pregnant mmg cntik

Chooyaya! said...

anon : ha a la kan? tok dia.... :D

Chooyaya! said...

yuyun : itu la tu yuyun ni taw? ok ok. jom belanja kaksu!

Chooyaya! said...

idashazana : maknanya maknanya???? heeeeeeeeeeeeeee

[S][U][P][E][R] [U][C][H][U] said...

Wahh seronotnyer ade nenek,kelako la peace bengkok kihkihkih

Anonymous said...

salam kak su..
dah lama sy tak follow blog akak..
bukak2 je akak dah pregnant rupanya..sama plak bulan due ngan sy.congratz kak.btw,akak nmpak sgt comel..~

Chooyaya! said...

anon : sampek hati dah lapan bulan tak follow kaksu. don wan fwen! :p