Tuesday, November 13, 2012

Random

Assalamualaikum....

Happy Deepavali ! Best kan harini cuti, boleh bangun lambat. Yayyyy!!! Macam best pulak sehari kerja sehari tak. Kerja rompong-rompong macam ni kan? Sazli kata malam ni, 'Esok malas nak kerja la Bubu, jom kiter amek MC', I pon layankan ajer.. 'Ha a lah... Jom MC sama-sama'. Padahal dah tentu la cuti deepavali, ngader nak MC bagai kan?

Tapi dulu-dulu time sihat (Skarang sihat jugak tapi mengandung. Hehe), kalau ada hari yang I tak kerja, Saz kerja... By tengah hari jer tetiba 'assalamualaikum.......' kat luar rumah siap senyum macam siput. Sebok orang cuti, sebok tu jugak dia nak teman dekat rumah. Haha. Kata dia, takot I takder kawan. Yer la.

Ok. Cerita pasal pregnancy sikit. Baby 'S' makin aktif dalam perut. Menendang sampai senget-senget la perut I. Hope baby dapat bertahan sampai la tarikh yang Pak Cik Doctor kata baby dah ok untuk tengok dunia ok? Sebab Mama tak suka any surprise from U. Tak ready. Tapi kalau kira tak ready, agaknya memang takkan ready forever ever after la kan? (^_^)

Nothing much for today except for kejap lagi lunch, dah janji dengan Sazli nak makan dekat Pepper Lunch Pavilion. Yay! Hari kelmarin terbongok-bongok jer aku makan kat sana dengan Intan sampai kena gelak dek Ahso Cina mana entah, harini mokcik datang Pepper Lunch berjalan dengan hidung. Gua dah pandai makan macam mana and dah study. Harap maklum. (Manusia macam tu la, bila dah pandai sikit mula la nak eksyen kan? Padahal yang eksyen tu aku, lagi nak salahkan manusia) Haha.

Last but not least, malam tadi I stalker gambar Saz dekat FB and I found this!


Giler JAMBU laki aku hoi!

-EnD-

11 comments:

Anonymous said...

Salam, aah la Bu, zaman muda dulu ya. Jambu bangat Sazli tu. Tapi sekarang jauh bebenor ruper nya yer!! Dah tak omel dah. Nampak Omott jer. Jangan marah.Gurau jerr. Macam hb akak dulu gak hemsem gila macam omputih you, tapi skang dah macam ruper Taliban dah. Kadang2 kita pompuan ni malas nak mencantik2kan diri.Sedangkan suami dah x reti nak menghemsemkan diri sendiri. Tensen tull.ABTO.

Wahida said...

Mane satu laki kak su dalam gambar tu?huhuhuhu

tiNi Aziz said...

mcm budak lepas spm hihii

Chooyaya! said...

Akak Bubu : Dulu dia suka ruff-edge. Zaman hip hop. Skarang dia rock star. Itu yang jadik cenggitu. Tapi kena pantau jugak. Kuku mesti pendek, kena shave, rambut kena ikat time special occasion. kira rock star yg bersih la.. takper la kak... sakit dimata, tapi sejuk dihati... :)

Chooyaya! said...

wahida : yang paling atas sekali tu. yang senyum sampai telinga :D

Chooyaya! said...

kak tini : ni masa zaman dia dekat aussie. lepas spm muka penuh jerawat. ala-ala tomok pon ada. rambut ketak belah tengah. haha.

NenetPenne (NP) said...

mcm budak2 muka ur hubby time tu kan...

sekarang dah lain cuma kalau ur hub tu rambut pendek mungkin akan terserlah keremajaannya kembali.. :)

wahida said...

kak su..
lain bebenor laki kak su dalam gambar tu dengan gmbr2 yang saya tengok dalam blog kak su skrg ni..saya 'tanjat' tengok gmbr tu sebab yg paling atas tu,....sejibik muka ex-bf sya. ..sebab tu saya tanya mana 1 laki kak su..tp ex-bf saya bukan nama sazli laa.....ngeh3.

Chooyaya! said...

Dia bahagia menjadik rock star. Redha jer la.... :|

Chooyaya! said...

nenet : Dia bahagia menjadik rock star. Redha jer la.... :|

Chooyaya! said...

wahida : kasik sakit jantung jer wahida ni taw?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...