Tuesday, December 4, 2012

Istanbul Aku Datang vs Maggi Asam Laksa

Assalamualaikum.....

Terima kasih pada semua yang bagi petua untuk batuk ni... Almost 100% kata kena cuba madu + air suam...   Baiklah. Makcik akan cuba anytime soon and harap sangat dapat cepat elok sebab naik senak dah perut ni each time I batuk. Uhuk uhuk. (Manja kan? Nak pipi. Tampar la)

Eh. I tengah tengok Istanbul Aku Datang ni ha. Beli dekat Astro First. Emos pulak aku tengok si Tomok (Azad) ni ha curang dengan Lisa Surihani (Dian). Sampai hati dia ada GF lain dekat oversea sebab tu buat layan tak layan jer dekat Dian time datang Istanbul. Pui! 

Oh btw, tau tak anda yang Istanbul actually is  a part of Europe? Talking about Europe terus I nak muntah. Sebab bila tengok environment dekat sana terus teringat France, Itali dengan Spain. Pastu tingat kat sana takder sos cili, makan pizza and pasta hari-hari dengan morning sickness terus I bloated.

Mati la Europe dah memang dalam senarai takmo pergi dah. Sebab nanti mabok. Boleh la pergi, tapi kena bawak periuk nasik, minyak, telur, sambal segera serta tidak dilupakan kicap kipas udang merah. Baru boleh idup.

I Love Malaysia!!! (Tetiba)

Oh. Ini perempuan kaki teringin, akan mencarik Maggi Asam Laksa esok jugak pasal dah terpengaruh dengan Dian masa dia curik makan maggi housemate dia. Nampak macam sedap jer? Haha. Maggi pon boleh terpengaruh. Tak paham tak paham.

-EnD-


Esok esok. Tunggu eh Maggi Asam Laksa. Esok kakak makan awak
(I biasa jadik kakak pada makanan. Jangan felik)

2 comments:

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

selera org mengandung ni lain macam sikit, semua nampak sedap kan.. tapi baby yg nak makan kan ? :)

Chooyaya! said...

Mrs. Yana : tu la.. kalau craving apapa semua nak salahkan baby jer... hiks (^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...