Friday, January 4, 2013

Tips - Apa Yang Perlu Ada Untuk Mommies Diluar Sana

Assalamualaikum....

Ok. Taip entry laju-laju sebelum itu Shein Iskandar bangun nak tetep. Tetep jer kerja kan? Memang nature boy's suka tetep dari kecik lahir lagi kan? Hesh! T____T Pastu Shein jenis ingat I punya nipple ni boleh cabut-cabut apa? Kalau time dia menggigil-gigil menyusu pusing kiri pusing kanan nak tertanggal rasa nipple. Kena cepuk sikit. Haha. Padan muka. Sakit kot? Ni ada orang kata, nanti kalau baby dah ada gigi, dia nak test power gigi dia, gigit nipple sekali. Hadoi! Tak dapat nak imagine macam mana rasa sakit dia.

Ok. Back to our topic, I nak share apa menda yang I rasa diantara menda yang penting yang mommies perlu ada. Walaupun orang dah tau, tapi I nak bagitau jugak. Lantak lah. Haha.

1. Nursing bra - Ok. Tak kisah la nak pakai nursing bra jenis apa yang anda rasa selesa. Especially yang fully breast feed. Senang. Bukak klip, nyonyot. Takyah nak angkat-angkat sarung tetep naik atas. I pakai nursing bra seawal hari ke 7 selepas bersalin. Sebab masa tu air zuzu dah ada kan? Macam tak selesa nak lapik-lapik dengan kain ke apa.. Nanti meleleh susu kena dekat baju. I rasa macam tak hygienic jer. 

Mak Bidan yang mengurut I ni bising I pakai bra. Kata dia nanti jadik bengkak tetep (I ok jer. Tak kena pulak bengkak tetep ker apa. Understand your body peeps - macam biasa). Pastu kata dia nanti zuzu kurang. Hurm.. So far cukup untuk Shein. Yang ni I taktau la untuk orang lain but seriously, air susu kena dekat baju I rasa rimas la. Pastu tetep lembik goyang-goyang takder support. Geli Mat. Macam pelakon porn jer rasa. Haha.




Nursing bra jenis klip macam ni. I beli dekat One Baby World jer. So far I rasa selesa. Murah pon yer. Tak sampai RM50 pon sehelai. Beli borong terus. Cukup la untuk dalam tempoh pantang ni. Nanti nak melawo-lawo punya bra, nak ada lace bagai tunggu la habes pantang. Apa yang ada pakai jer. Tapi kan? Kang pakai yang lace sepsi2 dikhuatiri tak selamat untuk Mak Baby sebab Papa dia nanti menjeling dengan ekor mata. Haha. Beli jer yang corak tak mengghairahkan. Takper. Takde orang nampak pon. Tetep lepas bersalin buat I bajet je berdiri depan cermin. Haha. U got me? :D 


Jangan lupa beli breast pad ni. Nanti dia serap air zuzu yang keluar tu. Baru la rasa kering dan segar sepanjang masa. I suka jenis Avent ni. Mahal sikit dari jenis breast pad cap ayam tapi selesa.  


Poncho untuk menyusukan anak tak kira dimana sahaja anda berada. Jangan risau, baby takkan lemas. Senang kan ada menda ni. Kalau tengah que nak jumpa doktor pon takyah gelabah nak carik tempat menyusukan baby ker apa. And orang sekeliling pon takkan nampak tetep kiter. Beli la banyak-banyak. Sekarang ada banyaaaaaaaaaaak yang stylo-mylo. Ada yang jual online jugak. I bila boleh menzuzukan Shein dekat tengah orang ramai takyah susah payah kan, rasa bangga sorang-sorang. Padahal takder apa pon. Haha. Poyo kan?

 

Yang ni pon perlu. First Year Secure Sleeper. I beli ni dekat One Baby World jugak. Senang. Sesuai untuk travel jugak sebab nanti menatang ni boleh di fold. Nanti baby pon selesa. Sebab baby yang infant kalau nak letak dalam Car Seat tu macam lembik sangat and tak straight belakang dia. Kesian baby. So masa balik Jengka, I bawak balik menda ni bubuh Shein. Selesa jer dia. Kiter pon tak lengoh nak pangku jer kan?


Masa bawak Shein pergi check up pon I bawak jugak. Senang dia nak baring dalam ni. Kira macam multi purpose la. Tak la mahal sangat. Harga dia dalam RM150 kot? Tak sure. Satu lagi pilihan kalau ada bajet lebih boleh beli Carry Cot tu. Tapi bulky a bit la... Pergi google sendirik macam mana rupa Carry Cot tu.

Atau kalau nak lebih omel-omel. Boleh beli bakul ni. Tak silap I harga dia dalam RM80 gitu. Yang penting, belakang baby biar straight. Dia akan selesa. I tak beli pon bakul ni sebab dah ada Secure Sleeper tu. Niat dihati macam nak beli jugak. Tapi kata Papa dia, membazir. Tapi omel kan kalau baby bubuh dalam bakul macam ni. Ahhhh. Tak kira, nak jugak beli!


Last but not least yang penting ialah Sleeping Bag. Mintak maaf Adik Dyba, Kaksu kidnap gambar Adelia Sofea dengan Josham sebab dalam Google cuma jumpa Sleeping Bag yang bukan jenis bedung ni. Sangat sangat sangat berguna tau? Adik Dyba last time belikan Shein sehelai. Beli dekat One Baby World. Sekali tengok sangat la praktikal. Sebab kalau pakai bedung biasa tu, kejap kang tangan dia dah keluar. Yang ni senang. Ada zap-zap tu, memang kemas and selesa untuk baby.  Pastu Papa Shein beli lagi dua. 2 2 kaler pink. Siap gambar kura-kura T___T Haha. Ada banyak corak. Pilih kak pilih. Harga dalam RM38.00 sehelai.

Ni semua yang I rasa penting la. Actually menda lain pon banyak lagi yang penting tapi ni diantara yang penting la. Nak-nak plak mommies yang jenis aktif... Always on the go. So sekian sahaja tips untuk kali ini. Tu la. Aku dah kata, blog ni dah jadik blog Emak-Emak dah. Mana makanan yang sedap-sedap semua tu? Mana.... ????

Btw. Mak. Terima kasih sebab tetiba beli instant eskrem goreng. Sedap pulak aku tengok dia makan. Mak pulak jenis suka menyakat. Minum air teh gaya macam sedap sangat jer. I cakap macam ni, 'Mak, Mak nanti jawab la kat akhirat dengan Allah. Sebab buat orang macam ni'. Sambil lap air mata. Pastu kwahaja dia  berani offer I macam ni, 'Ko nak tak lempeng cicah sambal tumis ikan bilis untuk sarap esok?' Kejam kan? Pakkal la dia itu EMAK. Kalau dia tu bukan EMAK sumpah gua jotos kepala. 

-EnD-


Aiskrim goreng bodo macam ni pon time dalam pantang ni nampak sedap kemain. Blah kau Syaiton!!!

4 comments:

mysara said...

Kak su.. Nnt beli nursing blouse/shirt lg sng nk bf... Xyah pakai poncho dah... Nk selak pun sennag xyah menyelak dr bawah baju.. Just buka zip or selak atas je.... Sonang kojo....

Anonymous said...

Salam, Bu anak akak yang ke 4 boboy. Ingat nak nenenkan dia sampai umur 2 tahun setengah, tapi tu la umur masuk 4 bulan dah tumbuh giginya. Acaneh tu? Habis dibuat chewing gum nipple akak ni. Luka2 nipple tu. Susu pulak macam air terjun banyaknya. Kalo kita pam masuk botol x mahu pulak. Dia nak yang tergantung gak. Last2 terpaksa hentikan penyusuan. Mak Bubu kuat menyakat patutnya tumpah ke Bubu. Tengok gaya nanti si Shein pun kuat menyakat nanti tu, habislah semua orang disakatnya. Akak x sempat nak komen kat entry2 yang lepas, sibuk sikit tapi akak baca entry2 Bubu tu.Bu, anak lelaki kena rajin tuam dia punya perut, kaki dan belakangnya Bu. Kalo nangis merengek2 macam ada yang x kena tu tengah kembungla tu. Mandi pagi, petang dan malam pun kena tuam. Tuam lebih sikit kat perutnya, pelan2 tau. Kalo kat rumah ada daun pokok mengkudu lagi elok. Orang kata anak lelaki jangan kasi kembung slalu x elok untuk anunya. Kata orang la bukan akak kata ya. Wallallhualam. Tuam sampai 3 bulan ke. Anak akak yang boboy ni alhamdullillah dalam pantang x kembung langsung. Tuam pagi, petang dan malam. Pas tu sapu minyak telon kat perut, belakang dan betis.Minyak telon memang terbaik. Akak pakaikan semua anak2 akak minyak telon seawal lahir hingga umur derang below one year tau.Takut kembung punya pasal.Akak pernah rekmen kawan2 semua kata ok keberkesanannya walaupun sebelum 2 derang ada gak guna jenama lain macam yu yee ke. Take care Bu. Sayang BUBU. ABTO.

Hani said...

Su, urut satu badan ke? I dulu seminggu lepas bersalin baru urut itupun urut selain perut aje.

hehe kelakau mak ya. time macam ni batu goreng cili api pedas2 pon sodap Su tihehe

QASEEH HATIKU QASEEH said...

Bila tgh mnyusu x sblh tetep sblh pn kluar air susu dgn byk..mula2 rasa syg..asben gigih tlg tadah lg d sblh yg memancut2 tu tp just for 2/3 days...sy guna pad x cukup..tiap kli nak kc mnyusu ready lampin brsih 2 helai..lampin byk d basuh bkn psl d pkai utk bby tp utk cover air susu yg tumpah2...baju plk balik2 kna tkr...klu x bau busyuk kannn