Wednesday, January 2, 2013

Dermatix Ultra Untuk Menghilangkan Parut Kesan Pembedahan. Kemain Title Kan?

Assalamualaikum....

Harini I nak cerita pasal satu ubat untuk hilangkan kesan parut akibat pembedahan pulak. Barang baeeeek punya kena la berkongsi sama sebab kalau kiter nak cantik sorang-sorang pon tak ok jugak kan? Baik kan I? Heeeeee.... Sebab almaklumlah wanita macam kiter-kiter ni tak suka nak di belenggu oleh parut kelak nanti nak main pondok-pondok jugak takkan ada mood. Tak gitu?

Ubat ni Doktor I kasik (eleh, macam dia sorang ada doktor. sikit-sikit doktor dia). Kata dia bagus untuk hilangkan parut sebab I dok cakap, 'Look at my tummy, its ugly bla bla bla, U should do something... Bla bla... I have lack of confidence bla bla bla'. Gaya bercakap tu macam la perut tu nak bagi orang nampak or macam nak masuk Ms Universe kena pakai bikini two piece atau jadik penyelamat dalam Baywatch. Pffffft. Padahal Sazli kata dia ok jer. Tetap sayang I. 'Nanti kiter tutup lampu yer Bubu?' Hahahaha. Pon boleh.

Nama ubat ni Dermatix Ultra. Klik sini untuk more info and macam mana nak apply dekat parut dan jugak kesan-kesan hebat ubat ni. I tak sure dekat farmasi ada jual ker tak and berapa harga dia tapi seriously, selepas seminggu pakai, I dah nampak kesan dia... Memang bagus. Bukti tak dapat la nak tepek dekat sini sebab dimaklumkan bahawa kesan bedah dekat bikini line. Kang nampak pulak menda yang tak sepatutnya kang pastu tak lalu makan nak ngamok-ngamok boikot blog aku yang dah jadik macam blog emak-emak ni pulak. Haha.


Bekas luka yang hampir vanish tapayah nak pergi buat rawatan laser pon. Hanya menggunakan Dermatix Ultra secara konsisten selama 2 bulan. Bagus bukan? Duit yang nak buat rawatan laser tu boleh gunakan untuk makan sushi barang 5 kali seminggu. Sushi mahal. Tak main la Sushi King. (Amboi, niat awal-awal dah tak betul nampaknya)


Beginilah ghupernyer Dermatix Ultra ni. Check it out bebeh!


Agak-agak kalau pos Dermatix Ultra or rekemen ubat ni dekat Seal kena penampar tak?

Btw, tengkiu very such untuk semua yang dah komen dekat previous entry pasal Shein yang kembung. Yang komen dekat FB and tenkiu Kak Sha sebab call and bagi semangat serta tips macam mana nak kurangkan kembung baby. Ika pon BBM panjang-panjang, Yash pon jugak. Zamros pon jugak. Tenkiu semua.....

So far Shein ok la dari semalam-semalam, cuma itu budak dah dapat akal menda entah. Takk mao tido tengahari dah. Sampai kepetang dah sipi-sipi time nak mandi baruuuuu nak tidur. Naseb malam dia tak berapa nak meragam dah. Takper la. Its a happy prolem bak kata Bapak. Tapi dalam hati ini, 'Lekas la besar Shein, boleh kiter lawan dengkor sama-sama dengan Papa'.

I pon dah mual-mual dah ni. Nak muntah pon ada. Bukan mengandung. Tapi sebab exhausted kerana tidak cukup tidur. Pas habes pantang ni, I nak start carik supplement untuk menambah tenaga zahir dan batin. Perlu dah tu. Walaupun tak suka makan ubat. Tapi umur dah meningkat ni, kena la menambah-nambah tenaga sebab tenaga yang ada sekarang ni dah macam bateri cap Carefour jer. Cergas hanya sampai tengahari.

Okbye.

-EnD-

19 comments:

Anonymous said...

kat watson atau guardian ada jual ke? tq~ rara~

sha said...

yep, lepas pantang ni i pun kena carik krim nak hilangkan lebam bwh mata. veri horror sbb aaira semangat nak jaga mlm. hopefully time pantang je la dia mcm ni. kot smpai naik keje kang abih jadi macam mata panda pulak

eda said...

hai kasu ..
takleh nak comment byk2 .. huhu tade pengalaman lagi huhu ..
kembali jd SR kasu hohoho ..
hohohoho
hohoho
hohohoho

lina v said...

where can i buy..just give the name of the clinic..really appreciate your help

Chooyaya! said...

lina v : u go to gleneagles and u can buy at the pharmacy. good luck!

Anonymous said...

Parut berlubang kt tangan bleh pakai ni x kak?

Chooyaya! said...

kalau parut berlubang rasanya tak boleh... ni untuk ilangkan parut luka

Anonymous said...

kalau parut lama kt pipi boleh pkai ni?

Anonymous said...

parut demam campak leh x?

anis suraiya said...

Kalau Parut pembedahan jantung.parut yg agak tebal berkesan x?

Nieyssa Liesa said...

Apa beza dermatix dengan dermatix ultra eak?

Nieyssa Liesa said...

Apa beza dermatix ultra ni dengan dermatix eak?

Nieyssa Liesa said...

Apa beza dermatix dengan dermatix ultra eak?

Fatimah Tony said...

Perkongsian yang sangat menarik admin. Menurut kajian dan respon dari pengguna vitamin E, mereka mengatakan bekas parut jerawat serta parut luka hilang dan meninggalkan kulit yang bersih dan cantik selepas mengambil vita E secara oral dan menjadikannya sebagai masker. Ada yang mengambilnya secara konsisten, untuk 3-4 bulan, bukan sahaja parut hilang, malahan jerawat pun dah tak timbul lagi. Saya ada kongsi testimoni mereka di sini, http://bit.ly/1f7OeYq

rico pajri said...

Kat parmasi mana ada jual ye?

Farah Liyana said...

Salam. Saya menjual produk Virgin Coconut Oil (VCO) yang Oasis punya. Boleh menghilangkan parut jerawat, PARUT LAMA yg susah nak hilang, jerawat baru naik pon bole, sbg mosteriser pon boleh and untuk amalan harian di muka. Boleh juga dimakan untuk sembuhkan segala penyakit dalam badan. Yang penting ianya 100% MINYAK KELAPA DARA. Bebas dari sebarang bahan kimia dan juga dadah. Boleh whatsapp sy utk mengetahui lebih lanjut dan melihat sendiri testimoni saya sendiri. 0133574272

yu saa said...

Apa beza dermatix n dermatix ultra ?

roseata lurve said...

Kak , parut keloid Caesar hilang x

Nurul Nafisah said...

Lebam bawah mata yang hitam ke? Boleh ke sapu dramatix

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...