Sunday, February 3, 2013

Aroma Ibu Yang Lazat & Kisah Abang Kawasan

Assalamualaikum.....

Dah lama plak rasa tak update blog pasalnya ialah Mohd Shein Iskandar skarang dah big boy. So apa dia kesah kalau tak tidur siang walaupun kata Doktor, baby suppose to sleep 20 hours/day tapi ini budak, lepas bangun pagi takder der nak tidur ok? Bulat jerk bijik mata dia. Kalau tidur pon nak atas riba jer. Pulak tu kena goyang pastu lebih molek kalau tidak diletakkan di atas tilam nanti dia akan bangun lepas 5 menet. Pastu pastu pastu kalau dah deep sleep pon, bila dia celik Mama dia takder depan mata, dia akan bangun ok? Cinta amat dia pada bau ketiak mama dia yang ada iras bau kepak ayam pizza hut ni kalau sampai pukul 3pm pon tak mandi-mandi. Haha.

Itu yang sampai kekadang dia tidur celah kangkang. Haha. Pinggang ni tak usah cakap la. Rasa macam nak patah dah. Dah kalau kerja nak berdukung berjalan jer macam mana? Orang lain tungku perut, mokcik selamba tungku vontot. Ooooo I rasa itu pasal orang dah bersalin ni vontot jadik 4 persegi, mangkali kerana terlalu banyak duduk serta sakit pinggang sebab anak nak tidur atas riba... TInggggg!!! I sangat bijak.

Anyway, dah tak lama dah nak masuk kerja. Kata Ira, opis sunyi jer bila I takder. I cakap, Itu takyah bagitau sebab I sendiri dah tau. Pastu Ira kata dah lama tak dengar I belagak macam ni. Dah 2 bulan. Kata Ira, orang semua tanda kalendar bila I nak masuk opis. Sebab semua nak sedia penyumbat telinga ker apa? Takot dengar mak lampir ni merempan kat office ker? Haha. Masuk kerja ni, I kena jaga CEO baru. Katanya dia jenis letak Quran atas meja. Pastu masuk kerja awal, lunch tak keluar and semua PA dia sebelum ni lelaki. So apakah modus operandi untuk mengambil hati boss baru? Nampak gayanya lepas ni kena banyak beli abaya la. Baru seiring dengan imej bos. **mati la.

Memandangkan boss baru ni tidak berapa menggemari hiburan seperti karaoke semua, so bebudak ni dah cakap, tahun ni dah takder dah nak joget-joget bollywood atas pentas. Pasni buat persembahan nasyid dah. Ok jer kalau buat persembahan nasyid sebab Intan awal-awal dah offer diri nak jadik penyanyi solo. Kitorang dekat belakang buat acapella jer la. Heeeee :D

Btw, letak Quran atas meja tu takper. Yang taknak lunch tu. Hadoiiiii!! Macam ni kena makan dekat area-area opis jer la. Mana ada pusat membeli belah yang berdekatan. Kena makan dekat kedai takder ekon pastu ketiak basah. I kalau ketiak basah memang boleh membunuh mood. Sanggup sebelum keluar, letak tissue awal-awal celah ketiak. Busuk kan? Hahaha.... Ini masalah ketiak basah memang memalukan la. Hesh!


Tengok la ini budak tecit. Sukaaaa sangat duduk celah ketiak, celah kangkang. I saspek aroma lazat yang buat dia teruja nak berada di tempat tersebut sahaja. Haha.


Tengok la dia tidur. Kemain kan? Kaki tu kaki tu! Tengok dekat mana landingnya? Macam abang-abang jer perangai. Tak sedar dia tak masuk 2 bulan pon lagi. Haha.


Ni komen Sarah and Ira dekat gambar atas. Bebudak ni memang selalu kata I kakak kawasan. Pastu sejak Incik Shein dalam perut lagi dorang dah kata, 'Kak Su, I rasa anak U nanti Abang Kawasan la'. Bongok kan bebudak ni? 

Pastu si Ira ugut nak balas dendam dekat Incik Shein. Haha. Jahat la Ira. Si Ira ni beza umur dengan I tujuh tahun, tapi selaluuuuuuuuuuuuu je berani nak tunjal kepala I. Biadap bukan main! Itu yang kekadang I cop kepala dia dengan rubber stamp. Gigit kepala dia pon penah. Sebab geram. Haha.


Anyway,  ni FRI Dancer 2012. Kakak kawasan skirt mesti kaler lain.


FRI Dancer 2011. I miss U Mas!

Okbye!

-End-

3 comments:

mrs kayrul said...

klu tiap2 hari incik shein tido kat celah kangkang nie maunya jalan kang mengengkang...hahahha

Chooyaya! said...

mrs kayrul : memang dah ngengkang dah pon sekarang ni. haha.

Unknown said...

Hahaha..kelakar arr bc blog u