Thursday, February 21, 2013

Bila Baby Tidak Berry. Ini TIPS sila pakai.

Assalamualaikum....

Terima kasih banyak-banyak pada semua yang komen and bagi pendapat tentang krim H-Cort dalam previous entry. Tak sempat I nak reply satu-satu. Rasa bersalah pulak sebab sebok nak tanya pendapat orang, lepas tu bila orang dah komen tak direply. I baca semua tau? Please semua sayang-sayang di luar sana, undilah saya. Eh bukan. Teruskan memberi pendapat kalau-kalau lepas ni I ada tanya-tanya lagi. Walaupun kekadang komen dekat FB, Instagram and blog I tak sempat nak reply. Tp I baca. Wah gitu. Statement macam artis pulak. Auwwww...

Pasal krim H-Cort tu I dah understand yang dia ada steroid dalam dia and kalau dah ada steroid tu, jangan kata pada infant/babies, pada manusia besar gajah pon memang tak berapa elok untuk digunakan. Dikhuatiri kalau guna, long term kesan dia, if lepas ni ada gatal-gatal kulit sebab alahan atau dirogoi nyamuk, dah jadik kebal and immune. Ala. Immune yang macam dalam cerita hereos tu. Terjun bangunan, berdarah patah riuk pastu elok sendiri. Ok tak. Tipu.

Tetapi, sebagai mommy yang paranoid-paranoid ayam, I dah dapat confirmation pada Dr. Adrian yang H-Cort ni boleh guna TETAPI dengan cara yang betul. Sapu lapisan nipissssssss jer pada permukaan kulit baby tidak melebihi 6 kali sehari which kalau baby mandi sehari 2 kali, its ok kalau nak letak. Nipis. Ok? Nipis. Bukan macam letak bedak sejuk. Sebab kalau tak, nanti kulit jadik nipis jugak. Baby kan lapisan kulit dia ada selapis jer, tu yang sensitip sangat tu.

And kalau taknak or tidak yakin, boleh la guna cream lain yang organic.Which organic ni tidak merbahaya pada baby. Pilihan ditangan anda. For me, I rasa ok kot kalau nak letak nipis dekat kulit baby, 2 kali sehari. Taknak la jadik paranoid sangat... And Shein kan anak jantan. Ala. Mecho apa ada jerawat sikit-sikit. Kata Abang Kawasan kan? 


Bibir tu. Bibir tu. Tak cukup ganas la sayang... Muka masam serius dah macam Abang-Abang sangat. My boy. That's it. That's it *sambil tepuk bahu Incik Shein.

Ok. Habes bab krim sapu. Sekarang beralih pula kepada permasaalahan ketidak berakkan Incik Shein. Sebelum tu, I nak bagitau yang Incik Shein is no longer fully breastfeed.  Poor baby. Mama memang cita-cita tinggi and nak sangat sangat sangat bagi Incik Shein fully breastfeed sampai beliau 6 bulan but Allah lagi maha mengetahui the best for him dan I redha. Tak larat dah oi tiap kali pump nak nanges. Usaha macam-macam I buat. Cakap la apa sajer. Semua I dah try sampai bloated la aku minum air 8 liter sebab nak bagi air zuzu banyak.

I start bagi Incik Shein formula milk since 6.2.2013, seminggu sebelum masuk kerja. Masa memula bagi, menitis air mata. Sedih tak payah nak cakap but life goes on. At least Incik Shein nak minum zuzu dari orang miskin yang dah la tadek zuzu badan, duhet jugak takder nak beli zuzu formula and terpaksa bagi zuzu pekat manis sebab takder duit nak beli fm. Eh. Ada tau orang yang susah hidup dia macam ni?

So.. I akan bagi Incik Shein direct feed bila dia dengan I and bila dia dekat nursery or rumah Mak Tok & Baba, I bagi dia formula milk. But at the same time, dekat office I still pump and bagi Incik Shein zuzu badan I tu... Doa dalam hati supaya Allah tolonglah jangan putuskan lagi rezeki zuzu badan I sebab I nak sangat-sangat Incik Shein minum zuzu badan I selagi dia nak... Amin.... Pastu time taip ni dok nyanyi lagu tuhan tolongggg lembutkan hati dia... Apakenamengenantah.

Hasil dari perbincangan dan nasihat dari Dr. Adrian, dia suggest 2 type of formula milk. 1) Enfalec 2) S26 Gold. I dah survey dekat pasaraya (amboi bahasa melayu sangat) 2 jenis fm ni la yang diantara yang termahal di pasaran compared to others fm. Telan ailio tengok 400gram dah RM48.00 kemain mahal. Tapi kalau make-up Mac, handbage Gucci, makan dalam tempat ada air-cond hari-hari (perli diri sendiri) apa la salahnya kalau berhabis untuk beli fm yang mahal sikit. Kata Kaklong I, ada sebab la kenapa 2 jenis fm ni mahal dari yang lain.... Takkan la dia sengaja-sengaja nak mahal kan? Untuk Incik Shein, Mama and Papa akan berusaha sebaiknya supaya dia membesar dengan sihat. Its ok kiter go for quality kalau kiter mampu kan? InsyaAllah rezeki dari Allah tu ada jer.....

So, I beli dulu tin kecik cuba bagi pada Incik Shein. Enfalec A+ Step 1. So far Incik Shein nampak ok dengan fm ni. Dia memang ada permasaalahan nak isap zuzu dari botol. Meleleh-leleh keluar dari tepi mulut. Sian sangat but sekarang sudah otai. Dah ok dah dia minum, takde dah keluar-keluar sangat zuzu tu. Syabas beta!

Enfalec A+ Dengan TRIPLE Pro-Gard. Mangkali ini sebab kekadang rasa harga fm macam over-price.

Nampaknya Incik Shein takder allergic kepada zuzu manusia dan zuzu lembu. Sebab I ada dengar kawan I cerita, ada babies yang allergic pada kedua-dua zuzu ni and kena amek zuzu kacang soya and special zuzu yang hospistal bagi. Syukur. But permasaalahan sekarang ialah, dia dah kurang berak atau dalam bahasa I, kurang berry. Since last week, 3 hari baru dia berry and yang latest ni, harini Khamis kan? Last dia berry is on Sunday. Hebat giler. Kentut lagi hebat. Bau tungkik!!! Wa cakap lu. Perrrghhhhh. Fengsan ok? Pui!

So, I dah refer pada Dr. Adrian and dia cakap, baby ni memang sometime dia akan ada masalah penghadaman. Bukan sajer babies yang minum zuzu campur ada masalah ni but sometimes also pada babies yang minum zuzu ibu semata-mata jugak. Tak berak 3-4 hari ok lagi as long as dia kentut but if dah sampai seminggu, bawak jumpa doktor and doktor boleh bagi dia berak. Monitor la tahik dia macam mana. Kalau macam jem and bubur lembik tu, ok. Tapi kalau dah berketul-ketul macam tahik kambing and keras, maknanya baby ada masalah sembelit.

Incik Shein haritu berak masa hari Ahad, wa cakap lu babe. Tahik dia ada 2 genggam, Muntah ijo I salin pampers dia and bau takyah cakap la. Tangkap kepala. Kaler kuning macam lepat labu pon ada. Memang lepas ni sumpah aku tak makan lepat labu dah.

If baby tak berak ada beberapa cara yang Dr. Adrian bagi I tips.

1) Senamam
2) Probiotix reuteri drops
3) Air masak 1 oz + 1 table spoon woodwards gripe water
4) Zuzu Novalac IT.



1) Senamam tu. Masa kiter baringkan baby kan? Rapatkan lutut baby ke perut and ulang buat sampai beberapa kali. Baby akan kentot dengan jayanya and lepas tu dia kompem akan berak. It may takes time but senaman ni memang work pada Incik Shein masa first time I buat haritu. Bila dah kerja ni, I tak buat la sebab tak mandikan dia (alasan). Maktok pulak sebab sayang sangat Incik Shein, dia macam ngilu nak buat senaman ni. Haha.

2) Probiotix reuteri drop - Biolife. Its helps perut baby untuk lebih kuat. Senang nak hadam and elak dari kembung. Kena ambik hari-hari sampai la umur dia 3 bulan sebanyak 5 titik sehari. Dalam ni ada bakteria baik. Letak dalam peti ais untuk keep the bacteria hidup.


Begini la rupa Bio-Life Probiotix reuteri drops. Macam minyak therapy pon ada. Taste like a orange. Kata Dr. Adrian. Dia pernah rasa kot? Haha.

3) Air masak 1 oz + 1 table spoon woodwards gripe water. Kata Dr. Adrian (lagi) tak digalakkan untuk bagi baby below 6 months untuk ambik air masak ni but dibolehkan kalau dia ada masalah sembelit and susah nak berry. Ambik jangan la every day and sukatan 1 oz sajer taw??? Mak Nekmah (gf I) pulak suruh I cairkan zuzu fm. Lebihkan setengah oz untuk setiap bancuhan supaya zuzu cair sikit. IKUT SUKATAN PADA TIN ZUZU! Wah. Tetiba garang.


Woodwards Gripe Water dipercayai turun temurun untuk melegakan kembung perut dan ketidak selesaan bayi anda. Wah. Terus iklan. Hafal pulak tu. Haha.

4) Zuzu Novalac IT -  Kata Dr. Adrian,'ni zuzu biasa-biasa jer'. Amboi. Kemain dia describe zuzu ni kan? I ingat zuzu cap ayam but bila google banyak kebaikkannya and range harga mampu milik. Boleh? Macam nak beli perabut Courts Mammoth - Harga mampu milik. Haha.

At first I rasa macam membazir jer kalau nak change to this fm terus sebab baru sangat beli 900 gram zuzu Enfalec A+ tu. Baru dapat sekali bancuh jer pun tapi kata Dr.Adrian its ok untuk campur. Jangan membazir. Its not because of the zuzu yang buat Incik Shein susah nak berak, but his perut itself. So. What I can do is, bagi je Enfalec macam biasa but sekali sehari bagi la Novolac IT ni. If ada yang question boleh ker campur-campur zuzu untuk baby better tanya our paed sebab every babies kan berbeza. Tak sama. Ingat pesan I, refer to your doctor. Ok?


Zuzu Novalac IT ni kadang-kadang boleh buat baby anda berry sampai 3 4 kali sehari. Its good for penghadaman. 

As for now, saat I menulis entry ni since petang lagi tak siap-siap sebab panjang berjela. Hamek kau orang semua boleh baca puas-puas. Haha. Incik Shein dah berak yo! Tadi la masa dia mamai-mamai mengamok nak zuzu. I bagi dia 3 oz zuzu badan I and lepas tu muka kerut-kerut. Awwww omel sangat Shein meneran nak berry. Papa dok cakap, 'Its ok Shein, push push'. Dah macam doctor nak suruh patient beranak pon ada. Haha. I kesian pon ada dekat Incik Shein, nak gelak pon ada. Sebab muka dia memang tak menahan.....


Sekarang tolong la bagitau. Nak kesian/sedih or nak gelak pastu tampar muka dia sebab geram. Haha.

Dah. Sekian lah sahaja entry panjang lebar ni. Kemain kan? padahal nak cerita pasal Incik Shein tak berry 4 hari jer, tapi hamek engkau macam panjang nak buat novel adanya. Yang aku ni pon gigih sampai bukak laptop dekat rumah sambil menidurkan Incik Shein nak complete task ni. Aku pulak stressed tak pasal-pasal. Haha.

Hope dapat membantu anda diluar sana yang face the same problem dengan Incik Shein. Oh btw, Selasa depan Incik Shein akan ambik injection 2 -3 months and I decide untuk ambik rotavirus vaksin tu... Will apdet later about that on the next entry. Ok?

Last but not least. A happy Mama. Ce ce ce. Ambik kesempatan nak letak gambar sendiri padahal. Pui!


Intan dah insaf. Sila beri sokongan. I paling banyak bagi sokongan. nak mengajar dia pakai shawl ni satu hal. Tunjal 2 3 kali pon tak pandai-pandai jugak. Kenapa Intan pakai tak macam Kaksu la.. Kenapa itu la.. Kenapa ini la... Last-last I jawab, 'sebab muka Intan senget, sebab tu tudung Intan jadik macam tu'. Member down, terus diam. Hahahahaha.

Okbye

-EnD-

14 comments:

adda syuhada said...

alolololo comeynya baby...

lina said...

anak i paling lama tak berry 2 hari je. Masa mula-mula tu risau jugak. Tapi tgk hasil buangan ok, kira ok la tu :)

Anonymous said...

Salam, phewittttt.lawa weiii Intan pakai tudung boleh jadi pengacara Safiyya di TV.ABTO.


p/s : Ala ciannya tgk Shein meneran.

genuine1224 said...

my bby dlu pas beranak, seminggu xberry. maktok risau kemain. time tu baru 26hari umo dia. xpasal2 kena checkin kat spital semlm. time tu masih full bf.refer to doc, its ok as long as full bf, dia kencing and kentut ok, xdak kembong and xdak muntah susu. tapi since dia born premature, kena check jugak. scan bagai, xdak apa. skali doc jolok montot, nahhhh selambak keluar. depan doc dia teran bagi. pastu ok dah. jadual berry dia 2h sekali. klau minum fm, kena beware jugak. klau berketul2 and susah berry, tu sembelit and bby maybe xsesuai dgn susu tu. mybby minum S26 and alhamdulillah, penghadaman ok. demam pun baru 2kali. bagus jugakla susu tu and mampu milik. enfa pada i mahal sgt lah.. eheh...

Anonymous said...

salam,

Dik cuba minum air limau dan mkn limau.... anak akak mcm tuh. try mana tau berak hehehe

Ale said...

tahniah. comel en shein ..baby u lebih kurang sebaya baby i. btw, me pun masalah baby takleh berak dat day..macam² buat, eksersaiz kaki, gripe water n etc. masa tu beri formula S26. takdek pengalaman punya pasal i g ke doc, then doc ckp enfalac/S26 terpulang pada kesesuaian usus baby. Pastu me tukar pada Frisolac. Alhamdulillah dia boleh berak dengan selesanya..tanpa meneran keras² merah² padam muka..:)lega hati..ingatkan baby me je yg masalah sbb me tak pandai jaga ke, tp baby lain pun ada juga masalah yg sama.hehe..kalut sangat me ni..:)

P/s : eh! me adalah pembaca tegar belog u..:) teheee

Anonymous said...

It works....tq2

QISSHA said...

Anak I dh 35hari, mula2 tu bg bf hari2 berry kerap lak tu tp skit2..setiap kali kentot mesti berry.. now I dh campur dgn fm tp fm I bg sehari skali atau 3x pling byk sbb susu bdn I x byk..skrg I risau baby I dh 4hari x berry..apa yg ptut I buat ye ibu2..pls bantu I..

QISSHA said...

Baby I dh 35hari...tp sejak I campur bf dan fm baby I dh 4hari x berry..risaula sis..blh bntu sy x sis?

Chooyaya! said...

Qaseh Hijab dah try guna method yang kaksu share dekat sini? ikut cara ni, InsyaAllah berjaya :)

Unknown said...

Fuuuh...lega bc sbb bby umur 50 hari dh 4hr xberry....tips kt atas tu pilih salah satu atau kena buat semua sekali

Unknown said...

Baby i dah 3hari x berak...baby bf + susu formula...tlong bgi pndapat...risau sangat ni...

ieynadz said...

Tq 4 info baby i pun xberak dh 5 hari bg susu bf n fm xok try bg novalax it pun xok...nk wat camna laaa

Eika said...

Baby sy xbrak 4 hri dh .. kntut kncng ok .. dh buat urutn mcm sis info tu .. xbrk jgk .. bole pam x bg diw brak ?? Or tnggu jq bg brk ? Or tkar ssu ? Skrng mnum frisolac dri 2 bulan .. skrng bru mula xbrk 4 hri..sblm ni okk n kdng 3 hri skli..