Wednesday, February 6, 2013

Ke Ke Ke?


Assalamualaikum.....

Tak sangka eh dah tak lama nak masuk kerja? Macam dah bagitau banyak kali, tapi nak bagitau jugak lagi. Haha. Saspen je nak test baju-baju kerja yang dah setahun tak pakai semenjak menandung haritu. Baju menandung pon tak kemas masuk dalam kotak lagi. Baju menandung tu semua memang I nak letak dalam kotak, simpan elok-elok. Sebabnya nanti second pregnancy boleh recycle and pakai balik. 

Dulu masa memula tau pregnant, first batch baju mengandung semua nak Modern Mom, Mothercare jer. Kata excited? Second batch baru la beli Nine months, Motherclub. Pastu dah jadik penguin baru sebok beli  baju mengandung Jaya Jusco sebabnya duhet macam tak berapa nak ada banyak sangat dah. Golongan marhaen macam ni la. Beli baju jugak kena berkira-kira. Sedih.

Ni dah tau dah ni. Macam mana nak handle pregnancy stuff and all *libas rambut* So, lepas ni I dah tau macam mana nak manage duit, mana nak carik barang keperluan baby, stroller mana beli murah, online shop mana yang bagus etc etc. Sebab bila dah tau dan dah beli maka akan berlakulah penjimatan extra extra extra.

Macam stroller, swing, breast pump lepas ni dah tak payah beli dah. Sebab dah ada. Kaler pon jangan beli specific boy, girl. Beli unisex. Girl boleh, boy pon boleh. Ha... Jimat kan? Padahal semua pon dah tau dah menda ni tapi gigih jugak tu nak bagitau jugak. Ini lah kan? Dah tuwe-tuwe baru sebok nak mengandung ada anak. Macam ni lah jadiknya. Haha.

Dulu sebok nak bersukan futsal, sebok nak jadik athlete, sebok nak jadik penari sampai lambat nak ada anak. Doktor pon dah pesan, jangan mengandung lewat sangat. By 35 sepatutnya kilang dah berenti proses bayi so kalau yang demikian, kiter pukul habes la. Tahun 2014 mengandung Januari, pastu 2016 mengandung lagi sekali. Dapat la 3 orang. Pastu esok, ko dah pencen kerja anak baru grad. Grad tau? Bukan kawen.

So, menyesal tak? Dah. Takyah nak menyesal. Semua tu dah terlambat. So now, kena la susun balik jadual molek-molek and dalam kepala kena tanam, More baby more baby. Sambil-sambil tu berdoa Allah bagi kesihatan yang baik dan semoga semua yang dirancangkan berjalan dengan lancar, dengan izin Allah. Amin.....

Kenapa macam bosan jer topik perbincangan ni eh? **Menguap.

Gambar makanan mana???????

Tungggu.... Pasni harap album yummy Pummy dalam FB akan aktif balik. Pastu kalau vontot jadik bentuk heksagon, pipi kuali jangan nak komplen. Maklumlah. Orang dah tuwe. Metabolisme dah menurun. Makan jer kerja, excercise tadak, pastu tu yang membesar sebagai johan. Tapi. Belum tentu lagi kan? Kiter tunggu.... Ni nak balik KL, I dah saspen nak timbang sebab semenjak habes pantang ni, makan nasik kemain laju jer....

Sebab kalau tak makan, takot zuzu tak berapa nak ada kan? Kalau mommy bagi zuzu badan pada baby, boleh ke kalau kiter nak skip dinner amek nasik and makan roti jer sebagai ganti? Ke ada any other supplement yang kalau tak makan banyak, zuzu tetap ada. Ke macam mana eh? Ke ke ke? 

Sila menjawab. Bye.

-EnD-


Makan Budak!

5 comments:

Eray Majid said...

tak semestinya makan banyak zuzu pun banyak, yang paling penting stimulation, dan bila dah kerja jangan mengada nak skip2 pum. mmg hard work skit, tapi berbaloi2. meh lah cuba set bf shaklee, recommended.

http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/02/ubat-untuk-ekzema-luka-sembuh-terus-5.html

hidayah said...

jgn le kata gitu kak su. saya dulu niat nak kawen umur 22 kot. niat nak beranak cepat2. nanti pencen anak semua dah beso dah habis sekolah dah habis u. dah tua blh la lebihkan ibadat - NIAT SAYA.

tapi allah merancang lebih baik utk saya. dah nak dekat 30 ni tak kawin2 lagi. sedih kot. kalo kawen pon dah pencen anak kecik lagi sekolah lagi. entah allah maha mengetahui. niat dah baik. tapi redha je dgn apa yg allah tentukan.

tapi tetap sedih gak acane =(

Chooyaya! said...

eray : mak, garangnya.. hehe... tak la, memang akan pam punye. sebab dah beli breast pump mahal2. lgpon kalau bg shein susu botol and lepas tu tak pam, tetek keras semacam. sakit. kalau ada yang terlanggar memang kena sepak la.

Chooyaya! said...

hidayah : alaaaaaa... jangan la sedih cenggitu.. kaksu cakap ni untuk diri kasku sebab kaksu kawen umur 28, tp dapat baby masa umur 31. macam lama sangat gap t. padahal kawan2 kaksu yg kawen sama tahun dah ada 2 anak. itu pon naseb shein lahir hujung tahun. kalo ikutkan dapat anak umur 32 ok? takper dayah. kaksu doa dayah dicepatkan jodoh. nanti kawen jer tros ngandung n potong kaksu tros. sempat lagi kalo kawen tahun ni, tahun ni jgk dapat anak. by 32 dah boleh ngandung lagi. kan kan?

Anonymous said...

x semua org sesuai dgn shaklee..DR pun ckp xperlu amik vitamin2 mcm shaklee ni..bile period kita dah xnormal i.e dtg 2x sebulan, blh plak agen shaklee i suruh tambah mkn GLA complex plak..apa kes before ni period regular je..lps mkn shaklee terus hormon bdn mcm bercelaru, padahal mkn set BF ikut jadual dia..siap tmbh alfalfa dgn ESP lg..mmg zuzu byk..tp body kembang sampai kwn2 pon pelik knp bdn sihat semcm lps bersalin. La ni dah 2 bln stop Shaklee dah lega..period normal balik, zuzu byk gak xde beza/kurang pun..sbb mkn kurma byk & minum susu nestle mom &me..ok je..dpt gak diet skit2 & berat pun dah turun 2kg..