Thursday, February 28, 2013

Rotavirus & Pneumococcal (Macam bosan jer title entry ni)

Assalamualaikum.....

Dah lama tak update blog. Maklumlah. Ibu bekerjaya macam ni la kan? (cecece) Biasa dulu, malam ada la masa nak bukak internet. Ni ha dah tak sempat sebab banyak kerja rumah nak kena siapkan. Kiter waktu opis kerja sebagai Setiausaha. Balik rumah kerja sebagai bibik. Haha. 

I memang respek dengan Ibu yang bekerja, pastu ada anak 4 orang handle sendirik sorang-sorang. Pergh!! Macam I sekarang ni ada Incik Shein sorang ok la lagi kot? Sebab dia pon baby and tak pandai nak lari-lari and kiter takpayah buat Ot untuk kejar anak. Sok lusa dia dah besar, mangkali I akan bertukar menjadik tarzan dah kot? Mak lampir dah. Tarzan jer belum lagi. Awwwwuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu....

I dah bagitau dekat Sazli, nak bukak sarung tangan Incik Shein, tapi kata Saz tunggu genap 3 bulan. Nanti 12.3 baru bukak sarung tangan dia. Yer la. Ikutkan ajer la. Dia pon ada saham/share dekat Incik Shein. Kan? I pon ada rasa ngeri-ngeri nak potong kuku budak dobot tu. Nak buat time dia tidur, takot ganggu dia tengah berehat mimpi indah-indah, nak buat time berjaga biasa Incik Shein akan mengayuh pulak. Tangan tak diam. Acaneh?

Ni gambar hari Selasa. Waktu balik dari klinik. Incik Shein jumpa dengan Dr. Adrian Goh untuk amek injection infa 2 months, amek rotavirus vaksin and amek injection pneumococcal. Rotavaris dengan pneumococcal tu ialah vaksin/injection tambahan/optional but highly recommended by doctor. Yang Pneumococcal tu boleh mengelakkan sehingga 70% risiko jangkitan kuman pada otak. Memula I nak amek injection infa 2 months and rotavirus dulu. Next visit baru amek pneumococcal sebab kesian kat Incik Shein nak kena inject kiri kanan at the same time.

But kata Dr. Adrian, why nak kacau routine Incik Shein. If pergi klinik nak kena bangun awal, tidur pon terganggu etc. So biar buat one shot. Dia akan sakit sekejap jer time inject. Pastu bila angkat dia dah ok dah. And kiter takkan tau apa akan jadi pada baby. Kata la within 2 weeks sementara nak ambik injection dia demam and berisiko nak kena sakit apapa kan? So why have to wait? Baiklah Doktor. I ikut cakap U sebab I suka U. Eh tak. Sebab U doktor and U know the best for baby. Heeeeee.

Kata Sazli, masa yang nurse nak confirm amik injection pneumococcal tu while we waiting our turn tu, 'Bubu,  untuk apa injection Nata De Coco tu?' Nata De Coco??? Hahahaha. I dah gelak sampai nanges-nanges. Gelak sentut tahan-tahan jer sebab Incik Shein tengah tidur. Nanges-nanges I gelak. Omel jer Sazli kata injection Nata De Coco. Naseb baik tak cakap depan Nurse and Doctor. 'Doctor, untuk apa injection Nata De Coco'. Pastu Dr. Adrian tanya, 'Injection Nata De Coco tu yang mana satu?' Pastu Sazli jawab, 'Yang makan punya tu'. Hahahahaha. Eh. Conversation tu I reka-reka sendiri jer. 



Umur Shein masa hari Selasa tu 2 bulan berapa hari eh? Jap nak kira. 2 bulan 14 hari. Berat 6.2kg. Dobot debab dah Incik Shein. Masa dalam lift naik dengan baby new born kan? Pastu terus rasa macam apa besar sangat Incik Shein ni? Obes ke apa? Haha. Mak ko pon kurang cerdik jugak. Compare dengan new born, memang la kan?


Kalau nak bagi Incik Shein diam senang jer. Dia suka tengok lampu and kipas. Suka pandang atas. Kata orang tua-tua tak elok sangat baby pandang atas sebab nanti dia juling kan? Mintak la dijauhkan semua tu... Cer tengok muka Incik Shein. Ada iras I ker iras Sazli? I tengok macam banyak iras Saz jer. Pepenat aku ngandung sakit bersalin bagai, sesenang dia ikut muka Papa dia. Grrrrr.


Incik Shein panggil Bapak, Baba. Sebab Bapak kan keturunan Pakistan Menggali sana. So Atok kena panggil Baba. See? Baba dah teror dah dukung Incik Shein. Semalam Baba ajar Incik Shein. Grass is green, Sky is blue... Ulang banyak-banyak kali sampai Incik Shein nanges. Tak paham kot? Haha.

Ok. Sekianlah sahaja untuk kali ni. Jangan lupa kepada mommies pesan I. Amek la vaksin rotavirus dengan pneumococcal injection ni. Sebab bagus untuk baby. Badan baby ni kiter taktau macam mana. Tak boleh nak expect. Kuat ker antibodi dia, or lemah ker? So, sebelum jadik apapa and menyesal dikemudian hari, better kiter cegah. Harga rotavirus vaksin ni rm150 and pneumococcal injection is rm280. Ini kalau dekat Dr. Chan & Goh Clinic - Gleaneagles. Kalau dekat tempat lain I tak sure. 

And sebagai wanita pemalas nak explen panjang-panjang dalam blog, sila la google sendiri untuk apa kebaikan 2 optional vaccination ni okey? Jangan malas-malas macam I. Tak baik untuk kesihatan. And kepada yang bertanya macam mana nak kuruskan badan dengan cepat selepas bersalin for me simple.

1. Breast Feed
2. Jadiklah bibik after office hour

Sebab biasa kalau I badan dah penat buat kerja, nak makan pon dah takder mood. Minum air pon sebab nak banyakkan susu jer and buat nestum sebab too lazy untuk menyuap makanan dalam mulut. As simple as that. So kalau nak kurus. Lekas-lekas dapat anak. Lagi banyak anak, lagi kurus mangkali. Amboi!

-EnD-

10 comments:

NenetPenne (NP) said...

comel...geram... kejap je dah 2 bulan..kejap je dah membesar....

genuine1224 said...

oohoo.. bobot btuil shein. geram tgk peha tu. mmg menggiurkan

Chooyaya! said...

NenetPenne (NP): Ha a. Macam sekejapjer rasa. Macam baru jer sakit bersalin bedah n now dia dah 2 bulan lebih... heeeeee

Chooyaya! said...

genuine1224 : GORENG PON SEDAP

Anonymous said...

Salam Bu, akak suka gambor shein no.3 kat atas tu masa Bubu pegang. Dah pandai buat muka macho yek budak debab tu. Padahal masa dlm pantang kemain lagi dia berkaraoke. Yes, shein ikut muka papanya. ABTO.

Anonymous said...

Suka tgk raut muka & expression Shein. Cute sgt-sgt. Geram! ^_~

Chooyaya! said...

ABTO : dia memang tau akak bubu. tau2 jer kalau nak amek gambar dia. terus buat muka abang2.

Chooyaya! said...

anon : heeeeee tenkiu!

chanellove said...

Hi kak, our baby is the same age..but my Sofea is about 1 week old than Incik Shein hehe

Anyway, I must say Incik Shein looks more like you than his daddy..hahaha no offense to his daddy tho haha

Anywho, thanks for the info about the Rotavirus Vaccine & pneumococcal injection. Will need to refer to my doctor in getting Sofea those two vaccine and injection.

Ah one more thing, my mama said, because you're still breast feeding Incik Shein, it might not be good for you too eat nestum too often. Because nestum boleh buat baby kita kembung bila breast feed dgn kita..just wanna let u know je hehe

hugs and kisses for bambam shein!

Chooyaya! said...

chanellove : yayyyy!!! kaksu suka kalau orang cakap shein mcm muka kaksu sebab almost 70% kata shein sama mcm papa dia. haha.

pasal nestum tu.. tq pasal bgtau. patut la masa shein kecik dulu asyik kembong. pasal kaksu selalu minum nestum kot?

kemslam mama eh? kiss kiss untuk baby sofea jugak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...