Friday, February 8, 2013

Try & Error

Assalamualaikum....

Dah hari Jumaat dah. Tak lama dah nak masuk kerja (nah pipi, lempang la). Haha. Tengok pada tajuk ada  macam ala-ala entry yang berilmiah jer kan? Haaaaa.... Harini I nak cerita pasal try and error yang I dah practice pada Shein. Try and error ni kekadang memang la akan melibatkan kos sikit but ini la namanya perjudian. 

Judi disini bukanlah pasal kiter berjudi dekat Monte Carlo tapi maknanya disini, kiter labur duit tapi hasil dia merugikan atau menguntungkan, kiter taktau lagi. Kheeeen???? Gitu la kaedahnya. Terus I up gambar dekat Monte Carlo. Boleh? Sambil-sambil jer amek kesempatan nak up gambar sendiri dan dan cerita pasal hidup ni perjudian la bagai. Puii! Haha. Kasik can Mama plak jadik gambar number sat dalam blog... Asyik gambar Sheinnnnnnnnnnnnnnnn jer.... 


Time ni Incik Shein dah ada dalam tummy mama. Kemain panjat tangga tinggi-tinggi berlari mengejar rama-rama (tipu). Langsungggggggggggggggg tak sedar rupanya tengah menandung time ni. But Baby Shein kan kuat... Alhamdulillah selamat walaupun naik flight lama-lama sampai 16 jam. 



Papa selalu wish supaya rambut Incik Shein kenteng macam dia jugak. Kata la lurus jer nanti, dia kata dia nak gi buat kat kedai kasik kenteng. Baru anak Papa Rock. Dia kata la. Tapi I nak imej Incik Shein macam K-Pop, baru comel. Acaneh tu? Kalau rock nanti rambut kena ropol-ropol, kalau K-Pop rambut lurus rebonding. How Mama, how?


Mungkin kiter akan buat separa K-Pop, separa Rock. Sazli memang meluat kalau tengok lelaki yang jenis pakai seluar senteng kecut bawah tu. Ha.... Macam ni, rambut imej rock kenteng ropol-ropol. Baju kiter bagi Incik Shein pakai kaler pink sendat, dengan seluar oren senteng kecut tu. Baru la adil pada Mama and Papa Shein. Sian ko nak... Jadik mangsa keadaan.

Ok. Back to the topic yang I cakap awal tadi pasal try and error kan? Like I said earlier, I memang nak zuzukan Incik Shein dengan zuzu badan sepenuhnya and taknak masukkan dalam buai. So, memandangkan Incik Shein jenis tak boleh letak dekat bawah and manjanggggg jer nak dukung and goyang-goyang, maka I pon decide beli sling jenis kain tu. Yang ala kendong macam bibik-bibik Indon tu. Tapi Bibik Indon guna kain batik, mana glemer. Kiter guna yang ala-ala Thai Silk baru up sikit. Haaa....

Sebab seriously I langsung tak boleh buat kerja. Kena dukung jer dia sampai ada this one time, I duduk sorang-sorang kat rumah jaga Incik Shein, I makan pukul 3 petang ok? Tak boleh jadik, kena beli sling ni at least boleh la angkut dia and dapat la buat kerja sikit-sikit. Kononnya.

So, I beli sling jenis Autumn dekat OBW. Harga dalam RM100++ jugak. Balik tu terus try. Dah la aku ni jenis selenga nak guna. Padahal ada macam-macam style boleh buat. Ada 6 gaya kot? Tapi tak reti. Incik Shein pon tak suka. Macam terpenyet jer dia I tengok. Menangis keluar suara kucing mengawan siap. Ok. Good bye sling.


Macam mana anak orang ni boleh senyum  masuk dalam sling? Ini semua POYO! 

Ok. Bertabahla I mendukung Incik Shein setiap masa. Letak time dia nak tidur jer ok? Jaga jer dukung. Takder der dia nak diletak and kiter agah-agah and dia diam. Tak ada. Ok. Tak ada. Dalam hati I berdoa, semoga menda ni tak lama and nanti Incik Shein akan ok and boleh diletak. Mana larat dah woo nak dukung. Tengok la pipi dia macam mana. Kussss semangat gedebob. Lengoh tangan. Sebab ini budak, tido malam jer dekat tilam dia, bila siang tido berbantal lengan I. Dalam pangkuan. Pendek kata, I memang attach habes dengan Incik Shein, memang TAK BOLEH LANGSUNG buat kerja lain. 

Kalau nak mandi or makan, kena bergilir dengan Mak I. Sepanjang masa dekat dua minggu ni, macam ni la I dengan Incik Shein. Kaklong masa balik last week kata, Incik Shein ni dah macam rabble sebab dia meragam. Mungkin tak cukup tidur... Sebab baby need a 20 hours sleep everyday. Sebab dia membesar and otak dia berkembang time dia tidur. So, kalau tak cukup tidur siang itu yang dia macam merempan mengamok nanges jer... Nak berdukung jer...

Satu jer cara nak baby dapat tidur yang lena, BUAI. Hurm... I dah macam tak berapa gembira sebab memang nak elak Incik Shein dari masuk buai. Susah kot nanti nak mengangkut buai tu semua. Risau Incik Shein jadik macam anak-anak De sebab anak dia memang becinta dengan buai. Nak travel pon kena bawak buai masuk hotel sebab tak nak tido tepuk-tepuk je. So fikir punya fikir, sub pada buai ialah swing. I pon google and tanya pendapat kawan serba sikit and I decide untuk beli swing.

Demi 20 hours sleep Incik Shein, I meng'low'kan ego dan membeli la this Bright Starts Portable Swing ni. Beli online dapat lambat, so I beli dekat BBworld.com and mintak Sazli collect and kirim pada BIL yang datang KL and by yesterday night I dah dapat swing ni. Pasang malam tu jugak and letak Incik Shein dalam swing tu. Masa tu dia dah tidur. So, dia macam takder perasaan naik swing tu.


Nampak selesa jer kan? Boleh guna sampai 11kg. Boleh fold and senang nak angkut naik kereta sebab tak guna banyak space pon. Ok. Not bad.

Malangnya, kegembiraan Incik Shein dengan swing tu tak lama. Tujuan I beli swing tu sebab nak bagi dia tidur lena and lama sikit dari tidur atas lengan I time siang kan? Tapi tidak berapa berjaya. Bila dia naik swing tu, dah mamai macam nak tidur tapi his eyes is widely open bila dia naik atas swing ni. More untuk bermain-main jer ada la kot? Sabar jer la. Dia nampak gayat sebab ikut Papa dia mangkali. Cepat gayat. Ok. Lebur RM450.00

Sementara waktu, I masukkan Incik Shein dalam buai elektrik anak De. And Ya Allah.... Lena dia tidur and bangun untuk menyusu. Lepas menyusu dia macam mood ok jer. Sebab cukup tidur kan? Takder la terjaga every 10 minutes like before. Petang semalam jugak I pergi Bandar Pusat Jengka and carik buai elektrik ni untuk Incik Shein. Seriously its help me a lot!

I memang taknak ajar dia guna buai but I dah try my best and Allah know the best for Incik Shein. Cukup la kot almost two months berbuai dengan tangan Mama. At least I dah cuba and tak give up awal. Lagipon nanti kesian dekat Mak Tok and Baba kalau Incik Shein nak berdukung jer bila I dah naik kerja.. Mau patah tangan depa.

Baby memang different. Tak sama. Sama la macam kiter orang-orang besar ni. Ada baby ok kalau tidur bertepuk jer, ada yang nak buai kan? Sazli memang nampak macam tak berapa happy dengan buai but memikirkan this is the best for Incik Shein, kena la redha kan? Tak pon nanti time balik kerja, I dukung Incik Shein and biar dia basuh baju, lipat baju, kemas umah masak semua. Kalau dia nak macam tu, ok takper. Haha.

Sekian,

Sakit dah belakang I nak mengadap laptop ni lama-lama. Ni pon dapat panjang-panjang taip sebabnya Incik Shein tidur lama dalam buai. Kalau tak, jangan harap. Actually ada satu lagi nak cerita pasal try and error but lain kali la eh. Sakit belakang dah ni. Dah macam orang tuwe dah. Duduk lama sikit sakit belakang, berdiri lama sikit sakit belakang, main pondok-pondok lama sikit, sakit belakang. Eh. Ok bye

-EnD-

10 comments:

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

panjang intro nye.. tapi betullah, buai ni selalu jadi penyelamat keadaan. kalau dapat anak tak berbuai, syukur !

MsBabble said...

sama mcm anak sy..dpt buai baru lena. tp time siang je la dpt berbuai sbb opah dia yg jaga...

lama2 nanti dia ok n xnk sgt kat buai..cuma jgn biasakan 24 jam nk berbuai je la..set time, cth masa nap tghari ke

QASEEH HATIKU QASEEH said...

Akhir nya....terpaksa jgk kannnnn....tak pa..itu yg terbaik...dun wori....

Dulu2 ur prna tak ckp lbi kureng mcm nie la.."kalau aku ada anak nnt aku ta mau la anak aku dibiasakan tidur dlm buai..nnt mnyusahkan kalau nak ke mana2..."..klu prna. ..jgn marah sy ya...mmg bgtu la akhir nya...kita trpaksa jg beli buaian tu....

Sama mcm sy...brtahan sebulan shj..masa d kg ada buaian anak buah yg gantung atas siling tu shj..skli bby masuk dlm tu....perghhhhh....dpt la sy rest n tido dlm 40 minit wit out bby merengek n menagis...klu tak 24/7 melekap di susu badan...

Anonymous said...

kak su..baby ina pun same dulu...mmg masukkan buai ms pantang..kalu x ina jd mak panda..huhuhu..tp bila baby ina dlm 2 bulan lebih rasenye , ina start train dia tido kat tilam bila malam..struggle gak..tp alhamdulillah berjaya..so smpai sekarang kitaorg holiday atau balik kg x yah angkut buai :)..k su leh try :)..chaiyok2...-ina-

dilot said...

kak Su.. join lah group ni Malaysian Babywearers kat FB.. dah alang2 membeli sling tuh.. ramai jek yg blh ajau camne nak pakai sling tuh.. bole guna time sopping moping..

dilot said...

ni link https://www.facebook.com/groups/malaysianbabywearers/

Anonymous said...

salam...saja je nak share experience.baby saya pon mcm ni dulu dan mmg kena tido buai letrik...mmg lena dan senang kita nak buat keje hihihi...so terpaksa la bkorban kan kasik dia masuk buai jgk.

jgn risau kalo travel kena bwk buai..sbb ada jual buai yg besi dia boleh cabut2 tu, seme2 tu boleh muat masuk kotak kecik.di jamin boleh masuk boot kete utk travel.saya beli di Kasih Ibu, Seri Bangi, Bandar Baru Bangi .harga dlm rm199 gitu.so kira ok la jd penyelamat kalo nak travel...hihihi.tp percaya la...tak lama pon baby tdo buai ni...dalam setahun lebih nti dia dah boleh tdo tanpa buai, insyaAllah :)

aisha said...

Mine also the same.. Masa pantang lagi parents sendiri yg dok suh masuk buai.. Dpt la bertahan taknak.. Tp masa tu, mmg baby nanges je la kalu letak bawah sbb nak tido beriba or berdokong camtu.. Abis pantang balik kl survive la sorang2 tp mmg tak larat sbb mmg nak berdokong je. Letak je jaga.. So, parents slalu la dtg turun kl nak tgk cucu nyr n keep pushing suh bg buai.. Sampai satu tahap diorang tak larat tgk i beriba je, diorang siap belikan buai for my baby.. That time mmg emo, siap nanges sungguh2 sbb i tertido then bgn tgk baby dah dlm buai.. Betul2 sedih. Sampai diorang balik even diorang sendiri ckp sorry kat i sbb belikan buai tuk baby pun i didnt say a word to my own parents.. Masa tu rasa cam derhaka pun ada (jgn tiru ok).. I even gaduh dgn my husband sbb dia pegi dgn my dad beli buaian tu..buaian elektrik lg okeh.. End up my baby tak suka pun pakai.. Still nanges bila masuk buaian..mula2 mmg i tak usik pun buaian tu. Punye la benci. Tgk pun nyampah. Cuma when they dtg diorang tidokan my baby dlm buai tu.. Entah camne one day, i mmg tak larat sgt (still dlm tempoh bercuti) i surrender letak dia dlm buai.. And i feel that doesnt make me a bad mum.. My son sleep like angel dlm tu.. And i finally can cook or take carr of myself.. Sbb slalu nye mmg terkejar2.. Mmg jenis my baby nak kena berendoi bila tido, so i just set paling slow punye ayunan.. Alhamdulillah.. Masa anta ke bs, bs sendiri ckp tak nak buaian.. And i saw sendiri that my bs blh tidokan my baby kat atas tilam mcm magic, i buat tak jadi.. (positive thinking, mesti my baby nak manja dgn i la tu..).. Tp kat umah still nak buai.. Cuma dah makin kurang sbb we just use the buai to put him to sleep then biar kejap baru transfer masuk kot dia.. N yg pelik nye bila jalan tak perlu la plak dia nak buai.. Cuma kadang2 je nak kena dodoi2 dulu.. Umur 6 bulan terus dia refuse taknak masuk buai.. Terus bungkus masuk stor itu buai.. Now he 13 months old n is such an energetic boy, pandai auta mummy n daddy dia.. I guess different way kot.. Yg penting penggunaan dia.. Jgn bg susu masa berbuai, jgn buai too fast.. Letak la tilam bwh buai tu.. N i'm guilty to my parents.. Hehe..

Unknown said...

salam su,

my prev exp dgn my brad pitt (eh, over lak..hehhee), buai tu sat je...bila umur dia dah berganjak 5-6 bulan, dia tak mo dah, buai. so kalu nak tidurkan brad pitt, kami letak bantal besar atas riba, telangkupkan brad pit, dan tepuk2 sambil goyang kaki sampai brad pit mengeroh. it works well...sampai ke umur nak masuk 3 tahun brad pit tidur style gitu. Pro- yay tak payah hangkut buai sana sini. conts - hoh, naik kematu kaki menggoyang bradpit nih...dulu kecit tak pe, la ni nak masuk 3 tahun...berat tok sah kata,...kalau pg gym toksah buat senaman kaki dah.. hahha

Kak Ja said...

boleh je masuk dalam buai..just nak bg dia tido je..
what i did,
dia lelap je, letak dalam katil dia..tido meniarap..dia tak de kerap sgt terkejut..
no worries..tidur meniarap tu bagus utk baby, sis.. :-)diorang pandai je nnt ubah kepala sendiri bila lenguh.. cuba la nnt :-)