Monday, March 11, 2013

Shein Iskandar and Adelia Sofea <- Salah Sorang Calon isteri

Assalamualaikum....

Esok 12.3.2013 genap umur Incik Shein 3 months. Time sekarang ni la rasa senang sikit hidup. Dah tadek dah mak lampir, mak panda bagai. Al-hamdulillah Incik Shein jenis senang dijaga. Setakat ni la. Touch wood woi! Jangan la dia ajak bejaga malam ke apa. Mak lampir dah tadek, tarzan pulak muncul pulak. Jangan main-main eh Shein? Mak engkau ni boleh tahan garang jugak sebenarnya. Tak caya tanya Intan.

Tapi kan eh? I saspek I garang, tapi I rasa setakat ni I takde la garang mana sangat lagi. Kot sebab Incik Shein tak pandai melawan lagi tatau la. Kalo garang ngan Papa dia ada la. Dia tu dah tau muka tu penuh semak samun, kalau cium Incik Shein kemainnnnnnnnnnnnnn kan? Sampai menjerit kucing la budak kenit tu. I kasik jelingan  maut sekali terus Papa jalan seret kaki. Haha.

Rutin Incik Shien pon dah berubah dah. Kalau dulu lepas menetek pukul 7 malam tu dia dah straight tido, ini jam tadek dah. Tidur sekejap pastu pukul 8.30 or 9.30 malam dia akan bangun ajak main. Time ni tugas Bapak dia la melayan dia borak. Mama tengah bersabung mengemas bagai. Lantak la dua beranak tu tunggang terbalik ker apa, I memang tak amek pot. Borak la dua orang tu pasal isu semasa ke apa entah kejap gelak kejap serius. Jangan kata I tak tingin nak join, tapi kalau join kang umah ni jadik rumah kongsi layaknya kang.

Tadi baru siap mandi, kata Saz, 'Bubu, ko tengok anak ko ni'. Kemain ok? Incik Shein mengepak-ngepak layan video Pempuan Indonesia cantik main drum lagu maroon five. Sama naik ngan Papa dia la. Haha. Kecik lagi ciri-ciri suka kat pempuan cantik dah menyerlah. Amboi!

Kata la kalau Incik Shein pukul 10.30 malam waktu hari bekerja esoknya dia tak tido lagi, I lantakkan ajer Saz jaga. Pepandai la dia.. Sebab time tu bateri  badan I dah merah dah. Kalau bejaga melayan Incik Shein jugak memang kojol la aku jawabnya. Sebab esok pukul 6 pagi paling lewat dah kena bangun. Dapat la rehat 7 jam. Tu pon tak solid. Rongak-rongak jugak sebab Incik Shein jaga untuk menetek. Kan?

But compared to masa dia kembung dulu waktu dalam pantang I chose now. Sekarang badan dah taff sikit. Emotional pon dah stabil so I boleh la handle sendiri. Dah bekerja. Dah pakai baju baru. Dah makan sedap. Memang la emotional stabil but I sendiri perasan I dont really need a nap waktu siang. Tadek pulak la rasa ngantuk sampai nak hantuk kepala dekat dinding macam dulu. Allah bagi kuat. Dia tau I memerlukan tenaga nak handle 2 orang lelaki dalam rumah ni. Semoga diberikan kesihatan yang berpanjangan supaya I dapat terusssssss tengok Incik Shein opot-opot membesar. Amin....
Oooo pandai kau senyum rupanya Incik Shein? Sebab dia kannnnnnn attitude sangat ok? Kalau nak amek gambar, kerut kening, kerut mata macam abang-abang. Dia fikir dia dah dewasa agaknya kot? But I perasan bila dia dengan I sorang-sorang, dia peramah and murah la senyum dia. Tingat masa datang visit Adelia Sofea Sabtu lepas, beria la Sofea ajak Shein borak, Shein buat bodoh ok? Hapah nak dipandangnya Sofea. Sombong taw? Mama tak ajar tu Shein... *cekak pinggang.

Thank Dyba for having us Sabtu haritu. I first time jumpa dengan Sofea haritu. Biasa dulu borak dengan Adelia Sofea masa dia dalam perut jer lagi... Borak dengan perut dah macam orang giler dah. Tu tengok Intan dekat belakang tu. Sebok orang nak amek gambar dengan anak masing-masing, sebok jugak dia nak menyelit. Hishk!



Hamek ko Intan! Tepenyet dekat tengah-tengah. Hahahaha. Sebokkkkk jer!


The return of muka abang-abang by Incik Shein Iskandar! Tengok la Incik Shein tu kan? Dah nak sama besar dengan Dyba. Haha. I tengok Dyba ni macam bebudak sekolah yang tetiba ada anak. Kecik merayap omel tapi dah ada anak. Seronok jer. Tak macam I, Dah tuweeee baru nak ada baby. But better late than never kan? Al-hamdulillah...
Uncle Remy dengan Adelia Sofea. Dah lembut dah tangan dia pegang baby. Dah boleh kawen. Kena carik calon cepat ni Uncle Remy. Ahhhh tadek tadek. Jangan nak uncle Remy sangat la. Uncle Pijoi cukup. Nama nak glemer jer. Pui! Ni apa kes pakai liptik oren ni? Haha.

Seronok sangat dapat jumpa Dyba. Nak lepak lama-lama but Uncle Remy, eh silap. Uncle Pijoi sebok nak main bola la apa la. Ingatkan pemain utama la kecoh sangat nak balik awal. Tapi pemain simpanan jer kot? Buat penat jer pergi sampai Setia Alam last-last dok tepi padang jer. Kata Fizul, dia tak main sebab dah 7-0 team dia menang time tu. Sebab tu dia tak masuk. Bukan sebab dah teror sangat tapi kot nanti dia masuk jer terus 7 sama. Hahaha.

Okbye.

-EnD-

No comments: