Tuesday, March 12, 2013

Pasal Shein, Cita2 dan Makan

Assalamualaikum....

Ingat tak entry yang lepas I ada cakap pasal kalau nak elak baby dari susah nak berak kiter kena buat zuzu dia musti lebihkan setengah oz which zuzu tu akan cair sikit and akan jadik mudah verak kan? Can I take it back? coz this cookies from Subway is soooo gooodddd! Eh. Apa ini apa ini terkuar tajuk pulak.

Bukan sebab cookies Subway (haha. tadek kena mengena) tapi I ada baca dalam majalah Jelita (Kau ada?) dia bagitau, kalau nak buat zuzu ikutlah sukatan yang dah diberikan. Jangan lebih jangan kurang air. Kurang air = zuzu pekat = sembelit. Perut baby cant take it yet. Lebih air = cair (senang berak : mitos) tapi nutrisi jadik kurang. So kiter taknak kan our babies kurang nutrition? So please all mommies, ikut arahan pada packaging. 

Dulu I kurang bijak la. (Read : bodoh) sekali (atau dua tiga kali mungkin) Pegi isi zuzu baru bubuh air maka mungkin itu sebab Incik Shein susah nak verak and bila Mak cakap, 'ko letak zuzu baru air atau letak air baru zuzu ni dik?' And I was like errrr.... :| Double check and maybe ada I tersalah method. But after that dah lebih berhati-hati. 

Orang lain kalau nak rasa zuzu suam ker tak akan air titis dekat tangan. I plak rasa air macam ni. Memang agak bongok la cara dia but aku kan budak baru belajar. Mana nak reti letak air panas dalam botol, letak air sejuk pulak pastu jadik air suam. Itu dah tahap otai maaa...

Sebab kalau I buat macam tu maka selepas secerek air la baru dapat the right temperature. Haha. So, cara I ialah.... Bubuh air panas dalam gelas, tambah air masak biasa. Rasa dia ialah dengan cara minum jer air tu. Masuk tekak sendiri and baru tau ok ke tak.  Baaaaaru la masukkan dalam botol zuzu. Masa memula mencuba kaedah ni dulu, memang bloated aaaa sebab tak elok2 suhu. Kadang too hot kadang too cold. Haha. Bodo kan?

Oh. Btw. Korang nanti kan? Apa plan untuk anak kalau dia dah besar sikit? Nak bagi belajar apa? Piano? Gitar? Drum? Or ajar main tennis or apa eh? I rasa kan, I macam nak antar Incik Shein pergi kelas music. Sebab I rasa kalau lelaki pandai main music instrument sangat la kacak woh. Cair. Gitar la paling cikai dia kena pandai. Macam papa dia. (Eh?) Pandai je aku buat citer kata Saz pandai main gitar. Haha.

Ye ye. Ngaji musti katam. Itu I tau and dah memang niat awal. Shein. Dunia akhirat kena balance. Jadik anak yang baik budi. Hati yang suci tapi at the same time kena la cool jugak "angkat kolar baju and pakai spek itam". 

Duluuuu. Dulu aaa kan? I tinginnnn sangat nak belajar main drum. Dari zaman beshinta, sampai kawen... Tak tercapai pon. Saz memang encourage. Selalu support. Sampai la dah mabok mengandung, I dah lupa pasal drum ni semua until satu hari ni I jumpa satu link video dekat FB ada sorang minah shantek dari Indonesia yang main drum and nampak cool gilerrrrr! Check this out.


Cool giler kan? 

Masa I pasang video ni dalam kereta. I pon dok goreng la Intan, Dyba and Sarah. Kaksu nanti nak soh Shein belajar main drum. Bestnyaaaaaa... Dyba pulak? Pastu Dyba jawab, 'Dyba nak antar Adelia Sofea belajar main piano macam anak kakak Josham. Alisya'. Pastu I tanya Sarah. 'Sarah pulak nak antar twins belajar apa? Pastu Sarah jawab, 'Kompang! Haha. Sebab tak cukup bajet'. Hahahahahaha. Bodo kan Sarah? Nanges aku gelak dalam kereta.

Kata Sarah, (yang selalu nak menggunakan bakal twins dia untuk mencarik untung). Nanti bagi dorang belajar main kompang and boleh buat show kat kenduri kawen and dapat duit. Hahaha. Duitttttttttt jer yang nko ingat kan? Tapi main kompang pon cool apa? Sebab I pandai main kompang. Sarah pon bukak citer yang macam mana dia nak menahan gelak atas pelamin masa malam berinai dia dulu sebab tetiba nampak I main kompang sama dengan bebudak kompang taman dia. Siap duduk tengah. Siap I naik syeh lagi angkat-angkat kompang. Haha. Bodo kan? 

Kekadang kan I pon rasa, I selalu buat unexpected thing, say unexpected words, do unexpected things yang sometime funny and tak masuk akal. I rasa memang I dilahirkan untuk buat kelakar kot? Mana boleh serius. Asyik nak buat lawak jer. Itu la kekadang Intan cakap, 'Kaksu ni kenapa eh? Bongok!


Gambar selingan. Ni masa Sabtu lepas I datang rumah Kaklong lepas balik dari rumah Dyba. Si Ayang my niece kalau nampak Incik Shein dah histeria dah. Suka benar dia dengan Incik Shein. Si Kaseh pulak dah warning Mama dengan Kayang dia, 'Boleh pegang Amsyar (baby De kakak I) dengan Shein jer, yang lain tak boleh'. Ini budak kici manyak kuat jeles wooooo. Boleh la sangat kan? Time dia nak tido, tetiba merajuk sebab Kayang dia asyik Shein Shein Shein. Haha.



And this is how Sazli layan Shein time I berhempas pulak jadik bibik. Dia pasang la video pempuan cantik tu main drum, Shein sukaaa sangat! Tangan sama naik macam nak main drum jugak. Taktau la dia suka pempuan cantik or drum tu kan? Sebab bila change video lain, Incik Shein nanges. Haaaaaa.... Anak Mama..... Kecit lagi kan? Sunat pon belum nih dah pandai nak tengok pempuan cantik jer. Naseb Mama pon cantik. Sebab tu Shein suka kan? Eh. Haha. Okbye.


My current favorite cookies. Subway! This cookies I tell U. So delish! I suka yang choc chip and double choc. Sedap giler! 3 ketol empat hengget. Net. Go find and taste. Sedap dari Famos Amos. Tekak I la kan? Orang lain I taktau. And as usual. Kalau I blog and kata makanan tu sedap maknanya MEMANG LA SEDAP AND PERGI CARIK LEKAS AKU KATA!


Sarah and her twins. Kembar seiras. Boys. Seronoknya! Tak sabar nak tengok the twins.... Awwwww Mesti cute like her mom.


Intan. Single and available. Lai Lai. Ada tak yang baca ni abang or adik baik, single ensem sila kenalkan pada Intan. Haha. Mati la blog ni dah jadik tempat carik jodoh Intan.

-eNd-

6 comments:

mychessypie said...

hehehe..comel je..biasa la kita as ibu bapa mesti sentiasa belajar sesuatu.. salam perkenalan

http://mychessypie.blogspot.com/

Anonymous said...

kak su, saya cita2 nk menari ballet..tp ahhahahhaha.gelak jelah kaannn...ayah saya kije jual ikan masin, ada ati nak masuk kelas ballet. mana mampu...pastu, tengok aishwarya rai menari cantik,..teringin nak belajar menari traditional india pulak...tp sampai sudah..duk pusing2 guna skill sendiri,..terbabas langgar dinding bilik,.terus serik nk belajar menari india...pastu skrg dh pregnant,..adalah cecita nk anak belajar apa yang saya suka..that is menari,...tp problem pulak..scan2,..anak ni, anak jantan pulak..tak berapa macho la pulak nk menari ballet kan?nak belajar sendiri,..dah tua pula rsa diri ini.terkuburlah impian dan keminatan saya itu..tengok orang menari sudeehhhh.

NenetPenne (NP) said...

sue, anda memang kelakar... siyes kelakar..lagi siyes kelakar time main kompang tu...

and cookies subway tu memang sedap...

NenetPenne (NP) said...

eh nak komen lagi..apasal adik beradiks semua mcm rupa cina? keturunan eh? oooooo

aishah jamrek said...

memang sedap cookies subway! the best! :)

Anonymous said...

Hahaaahahahaaaaaaaa..kelakar!!!su slalu main paintball katne?? Nana pon paintball players..berangan nak suh my son main paintball sampai tahap international..heheheeee