Friday, April 26, 2013

Ailio Ailio (Bukan Aglio Olio)

Assalamualaikum....

Air liur Shein macam banyak sangat merembes-rembes keluar merewciks-rewciks sekarang ni. Habes basah lencun baju dia. Dah tak hemsem dah kalau tak di lap. Mama pulak jenis nak Shein ensem jer. Sapu tangan manjang pegang. Haha. Naik rimas Shein asyik kena sapu muka. Macam dia nak kata, 'Ala Mama tak macho la asyik kena lap muka dengan Mama'. Ini anak jantan ok? Kental! Haha.

Pastu dia suka makan tangan dia. Makan tangan Ok? Apa kelas makan jari. Makan tangan la lagi best! Baru puas! Kekadang sampai nak termuntah dia makan tangan sendiri. Tak cukup tangan sendiri, habes semua menda dia dapat pegang hatta tangan Mama sekalipun nak masuk dalam mulut. Hari semalam Mama makan budu.Tangan mama dah berperisa budu. Amacam, sedap tak Shein? Haha.

Itu tanda tak cukup makan ker apa tu eh? (Jangan buat malu Mama Shein)

Adakah dia sudah bersedia untuk diberikan solid food? (Tak. jawapannya ialah kena tunggu enam bulan) Bagus. Sendiri tanya sendiri juga jawab kalo. So, adakah normal perbuatan Shein tersebut atau adakah dia lapar? Apa toys yang sesuai untuk Shein eh dengan usia dia yang muda remaja ni? Kalau I start bagi theeter tu ok tak?

Selain dari dah boleh letak dia atas play gym, apa lagi toys yang sesuai untuk Shein eh? 4 bulan dah anak bujang Mama ni. Sekian soalan. Actually sajer jer nak borak-borak pasal Shein sesambil berkongsi idea dan pendapat. Semuaaaa menda nak tanya dalam blog, macam kan takder google kan? Ah. Lantak ah!

-EnD-

Oh. Semenjak ada Shein asyik banyak gambar dia jer. Banyak cantik?? Dah. Mama pon tingin nak masuk blog sekali sekala. Maka.... Terimalah!!! **Bak kata a few dalam FB, 'Eh kaksu, kenapa muka kaksu penuh muka Shein sikit jer nampak. MELAMPAU KAN? DAH KALAU ASYIK SEMUA GAMBAR SHEIN, MAMA MACAM MANA????


8 comments:

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

holoh2 hensem nya anak mama ni.. mesti muka bau ailio je kan. bagi teether pun ok kot, dia suka gigit2 kan. food kena tgu lah 6bulan nanti ye Shein :)

Azziah Nawawi said...

baby mmg gitu sue. my bby dlu masa umo shein ni, sumbat penumbuk masuk mulut. pastu ter uwekk2 nak muntah. smua benda nak masuk mulut. blh je bg teether tu..

adda syuhada said...

perghhhh sgt2 comel....

Haris Zuhaina said...

AS Salam. Sue, dah blh bg teether (mainan yg ada cecair yg blh gigit) tuh ...

Anonymous said...

Salam, Bu orang kata gusinya gatal nak tumbuh gigi. Anak akak 4 bln dah tumbuh gigi tau. Macam tu la gayanya. Air liuk meleleh2 aje. Lencun baju. ABTO

Dibsy N0n0i said...

Lidah tu lidah tuuuuu!geyammmm

Dibsy N0n0i said...

Lidah tu lidah tuuuuu!geyammmm

missalongwani said...

hahaahahahha...sama ngan si amy kitew kak..kalu dah dia masukkan tangan ke mulut...dia isap smpai bunyik wek wek nak muntah....smpai si abahnya geram...di pakaikannyer sarung tangan tuh kat dia....biar xmasukkan tangan lam mulut..tu pon masukkan lagih..pastu geram2..letak tangan lam suar dia...hahahhahahah.....adoilaaaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...