Tuesday, April 30, 2013

PRU and Shein..!!

Assalamualaikum....

Tenkiu kepada Miza yang dah beli stroller yang akak iklankan last week. Heeeee. Awak punya pasal kiter yang tukang iklan tak pepasal dapat reward. *skipping.

So wuzzup? Deman pilihanraya sekarang kemain hebat. To be frank, I dah rasa malas nak tengok tv hatta membaca suratkabar pasal semuaaaaaaaanya cerita bab politik jer. Manifesto sana sini. Janji sana sini. Muntah. Muak. Bukan tak suka tapi tak suka. Eh macam mana tu? Bukan tak suka, tapi tak suka. Ha. Pepandai la fikir sendiri.

Ini kalau GF kat kampong tau I cakap macam ni mau melenting dia. Pagi tadi dalam kereta masa I call dia sebelum sampai opis (routine everyday) dia cakap, ‘Dik, ko tau tak ada orang bawak motor meninggal sebab tersangkut dekat kain rentang?’ Pastu I kata, ‘Taktau. Dah lama tak tengok tv dengar berita semua. Surat kabar pon tak baca. Menyampah. Asyik cerita bab politik pilihanraya jer. Orang tau la nak pangkah sapa. Semua cakap nak betul, nak menang jer’.

Ha. Memang carik pasal la kan cakap macam tu depan Mak. Terus dia naik syeh. Hahahaha. Comel la Mak ni. Kemain semangat. Orang kuat Najib tu ooo. Ko jangan nak macam-macam cakap buruk pasal kerajaan BN. Habes disekolahkan ko nanti. Haha. Mak Mak… Ni kalau Najib kenal Mak ni memang terus dia lantik Mak jadik penasihat khas BN Jengka. Semangat dia bukan main. Siap dia cakap lagi, nanti kalau Mak mengundi, kalau takder orang nak hantar, pastu kereta orang Pas ajak Mak naik, Mak nak jeling. Jalan kaki 5 kilometer pon mak sanggup. Nama nak naik kereta Pas jangan harap!. Amboi. Pastu I kata la, ‘Kalau Not pulak, dari Not penat jalan kaki baik naik jer. Nanti pangkah la BN. Bukan orang kereta Pas tu tau pon’. Pastu kata Mak, ‘Mak takde macam tu. Mak setia dengan BN’. Ye lah. Dah. Jangan carik pasal dengan dia. Hahahaha. Oh. I bahasakan diri dengan Mak as Not. Semua adik beradik bahasakan diri Not. Taktau naper.

So, Sabtu ni I akan balik Jengka. Mengundi dekat sana. Lepas habes mengundi terus zupppppppppppppp balik KL pulak sebab Sazli mengundi dekat Ampang. Jangan lupa kawan-kawan. Tunaikan tanggungjawab kiter sebagai rakyat Malaysia. 5 tahun sekali jer… Marilah mari.. Kiter mengundi… Tunaikan kewajipan.. Pada Negara. Ok. I nak up satu lagu lagi. ‘Sayangi Selangor. Yakini BN…’ Hehe.

Tapi walaubagaimanapun undi anda adalah rahsia. Lain parti takper. Jangan la sampai memutuskan silaturrahim ok? Jangan obsess sangat. Allah marah memutuskan silaturrahim. Kena kawan semua orang. Macam ada orang tu selalu pesan dekat anak dia, ‘Kiter kena sayang semua orang yang sayang kita’. Lapang dada kan dengar ayat macam tu :)

Ok dah. Jom cerita pasal Shein pulak. Shein kemain ok popular sekarang ni. Asal jumpa opismet kat dalam lift/office semua tanya. Shein mana? Haha. Dah caras Mama dia nampaknya. Pada yang follow Instagram I, I selalu cerita pasal Shein dekat sana. Tapi mana yang tak follow I dekat IG, I cerita pasal Shein dekat blog jugak ok? Please jangan bosan (^_^).

Shein sekarang dah full of emotion. Dah pandai marah, takot kena tinggal sorang-sorang, pandai merajuk, pandai protes. Ada sekali dia merajuk dengan Papa dia pasal Papa dia dok lap mulut dia time dia tengah menyusu, I menung jer. Haih. Cepat masa berlalu. Dulu kalau tunjal Shein dia diam jer. Sekarang kalau tunjal dia dah jeling. Tu dah besar nanti mesti dia kata, ‘Pakkal la ko ni Mak aku, kalau tak memang kena tunjal balik’. Hahaha.

Shein kan dia suka giler remote control. Kelakar sangat. Tengah nangis macam mana pon kalau tunjuk remote control terus diam. Meleleh-leleh air liur berborak dengan remote control. Senang ko ni Shein. Anak orang lain main Ipad ko main remote control. Bagus. Sep bajet.

-EnD-


Dari kecik Mama dah ajak amek gambar. Sekarang kalau pandang camera jer terus senyum. Macam tau-tau orang nak amek gambar dia. Ni masa Papa sebok pilih seluar dekat British India GE Mall. Suar macam guni beras harga tiga pat ratos. Tak sedar diri. Kata Sazli. Itu la seni. Hishk. Seni Papa Shein ni semua mahal-mahal.


Ni gambar semalam. Tu gambar yang menganga mulut tu Eiiii!!! Geram betul!
Pengantin Baru


Ok sekian terima kasih.

4 comments:

Anonymous said...

Salam,ya Bu ntah kenapa budak2 memang suka ngan remote control tau. Kot remote tu ada iras2 neelofa kot bila di pegang. Yes Bu sayangi selangor, yakini BN. Sayang negara kita, sayang Pak Najib.

pssstt : Kat opis akak ni orang melayu dok kutuk2 pemimpin2 melayu kita depan orang India,Cina.Acaneh tu! Kot ya pun x suka kerajaan jangalah mengutuk2 pemimpin2 Melayu kita tu. Kita kan satu bangsa.Sok2 nyesal x sudah. Bangsa lain memang suka orang Melayu bercakaran.ABTO

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

kemain suka nan kamera yek !

Liyanaroxx said...

JATUH CINTA!

Anonymous said...

Shein comeeelll bangat....kelakarlah u nie....terima kasih sbb selalu buat saya gelak untuk lepas tension...

"SAYANGI SELANGOR,YAKINI BN"...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...