Friday, April 12, 2013

Dah 4 months. Yay!!!

Assalamualaikum...

Harini 12/4/2013 genap umur Incik Shein 4 months! Macam terasa baru jer lagi ngilu sakit perut nak terkencing terberak drama masa nak bedah c-sec 4 bulan yang lepas. Dah masuk 4 bulan umur Shein ni, alhamdulillah makin senang nak handle. Tidur malam pon dah senang (bagos. macam tau-tau jer Mama kaki tido) and Mama tak payah nak jadik Mak Lampir bagai and bila nak bawak dia berjalan pon dah senang. Mama pon dah teror macam mana nak handle Shein bila kat luar **libas rambut.

Kalau dulu, kena amek turn nak makan ngan Saz. Aku dalam hati ni berkata-kata. Haih. Bila la dapat makan sushi ni. Nanges dalam hati. Tis tis tis tadah ailio wa cakap lu. TAPI. Itu duluuuuuuuuuuuuu. Skarang tidak lagi. Letak jer dia dalam stroler, ha dah. Main la ko sorang-sorang kat situ. Itu kalau dia ada mood la. Kalau dia tadek mood sama la jugak kena amek turn. Tapi orang kata, dari segi emotional dah lebih stabil la. Semua dah makin teror bahkan badan jugak dah makin naik. Syabas bethe!

So, harini I bawak Shein untuk ambik injection 4 bulan. Jangan tanya kenapa tak sama dengan hospistal gomen sebab I ikut jer jadual yang Klinik Dr. Adrian bagi. Mungkin ada beza kot kalau kiter ambik dekat gomen and private. Dekat immunization Schedule dia ni Injection untuk Shein masa dia lahir kena bagi BCG and first dose Hepatatis B. Pastu Hepatitis B second dose waktu 1-2 months, Third dose 5-6 months. Pastu DTaP-IPV-Hib plak first dose masa 2-3 months, second dose masa 3-4 months and third dose 5-6 months.

Yang lain-lain recommended Optional Vaccinations pulak Rotavirus, Pneumococcal, Hepatis A, Meningococcal, Japanese Encephalatis, Influenza start dari 2-3 months sampai la 30 months. Optional ni boleh la study sendiri and dapatkan nasihat dari doktor eh? Malas plak nak cerita panjang-panjang. Sebab ada a few hospital yang tak bagi ambik rotavirus sebab macam ada isu halal-non halal. Boleh google kalau nak tau more about this.

Kata Dr. Adrian, pembunuh number 1 kanak-kanak yang kalau disebabkan virus is 1) Pneumococcal and 2) Rotavirus. Please note that bila baby dah kena 2 jangkitan kuman ni, no ubat no vaksin yang boleh fight virus ni. It depends on ketahanan badan baby tu sendiri. So pilihan ditangan anda semua mommy-mommy diluar sana. Kalau ditakdirkan tak kena 2 virus ni takper la. Kalau kena? Acaneh? Sian baby kan? **Tetiba garang.

Happy 4 months old sayang mama! Berat dia sekarang dah 7.2kg. Panjang jangan tanya sebab Shein tadek buku pink. Kalau nak tau kena call balik la Klinik Dr. Adrian. Ni number dia. 03-42528712. Call la semdiri. Haha. I pulak tak sebok nak tau panjang. Siap bet dengan someone **u know who u are. Sapa teka paling accurate kena bagi hadiah Handbag Prada pada yang teka tepat. Sebab I teka jauh lari dari berat Shein maka I sendiri mengistiharkan game tersebut adalah batal! Haha.

Bila baby dah umur 4 bulan biasanya dia dah pandai nak grab barang walaupun kadang-kadang miss. Maknanya dia dah boleh nampak and fokus on things. Lepas tu dah boleh senyum gelak bila kiter agah or bercakap dengan dia and dah boleh mengiring kekiri-kekanan and boleh angkat kepala kalau bagi dia meniarap (berapa banyak and daaa). Jangan lupa bagi dia meniarap tau? Biar dia angkat kepala dia and itu sebenarnya a part of exercise untuk bagi tulang kepala and back-bone dia kuat. (Kata Dr. Adrian)

Shein? Takder pon dia nak meniarap lagi. Mangkali dia berat sikit kot? Tapi bila I nak salin pampers, suka angkat punggong kekiri-kekanan sambil senyum kuar lidah and Mama rasa macam Hoi Shein! Apa lucah sangat awak ni? Hahahaha.

Baby ni memang beza sikit setiap daripada mereka. Ada cepat jalan, lambat cakap. Mulut peramah but lambat pulak jalan. So its ok. Lambat atau cepat selagi menda tu nampak normal, jangan risau or stress ok? If it look normal, then its ok. Cuma yang tak ok bila ada la yang compare anak kiter dengan anak sendiri like, 'Aik, tak meniarap lagi ker? lambat eh? Anak aku dah pandai main bola sepak umur 4 bulan, sama la macam Shein umur dia'.

YANG TU MEMANG LA AKU STRESS! Eh. tetiba teremos.

Mempersembahkan!! Dr. Adrian Goh! Yayyyyyyyy... Eh. Apa over ni? Haha. Ini la dia paed Shein. Baik sangat orangnya. Bila dia inject Shein nampak lembut jer dia buat. Sambil usap-usap kepala. It is a bless bila Doktor melayan anak kiter dengan penuh kasih sayang. Kan? :) I highly recommended this doctor untuk mommies diluar sana. Dia ada partner nama Dr. Patric Chan. Pon ok jugak. Klinik dorang dekat Gleneagles KL. Chan & Goh Child Health Clinic.

Ok. Ini sahaja cerita untuk harini pasal Shein. If ada yang tanya kenapa eh Suraya tu hari-hari amek gambar anak letak kat Instagram & FB. Macam obses dengan anak sendiri. SO? Heeeee. Memang pon I obses dengan Shein. Lalalalala..

Oh. Lupa pulak. Kawan I nama YASH suruh tanya kalau ada sesiapa yang baca blog ni nak tolong dia buat thesis sebab dia sekarang tengah mengandung and dia tak larat nak mengadap assignment. Boleh? Aku plak tabah jer pergi tanya dekat sini. Haha. Yash bongok. Okbye!

-EnD-

9 comments:

Anonymous said...

salam kaksu....baru2 ni ank sy kne rotavirus tu...mmg teruk smpai lembik dia..takut ya amat psl blh bwk maut...nsb baik ank st recover. klau injection rotavirus tu cnfrm halal...baik amik...

NenetPenne (NP) said...

usahkan orang menandung tak larat nak hadap assignment dan tesis, orang yang tak nandung mcm i pun tak koserrrrrrrr... rasa nak mun jer asyik nak hadap tesis tu... adehhhh

Anonymous said...

.tringat ank sy dlu pun 4 bulan lebih br meniarap..mak sy pesan biar dia meniarap sndri sb kku kita tgolekkan dia..nt dh besar suka perintah..hihi..

Anonymous said...

kak su...try baca ni..

http://drzubaidi.com/blog/?p=2594

Fara Dilot said...

Oo anak kita beza x smp sebulan pon.. anak kita 5 nln baru 5.7kg.. sakit hati tau mak die mkn bnyk nk bg susu kat anak.. tapi anak cekudut jek tade muscle taf.. mak plak gemok overdose

Mimy Hamid said...

rileks jngn risau...fayel 6 bulan baru meniarap...shien dia bam bam tu lambat sikit

Anonymous said...

Apala si Yash ni.. I nandung jugak tp rajin je ngadap thesis.. I nandung lelemaks eh!

Anonymous said...

betol kak..stp budak lain ragam die..lain perkembangan die. anak sy pon sebaya shein cume beza 2minggu dari shein..kire shein ni abang la. hihi :):)
skrarang rizqi baru 3 bulan stengah..dah ade yang tanye.."dah meniarap dah?eh belom? kalo dalam famili dah kire lambat dah tu"..adoyai..stresss makcik skejap!!! :( hahaha
dulu time tali pusat lambat cabut pon kena tanye.."eh..x gugur lg tali pusat?lambatnye..biasa dlm famili 3ari dah gugur"..haaaissshhhh..

pengsan la makcik camni kalo smua nak kena cepat and ikot tradisi keluarga...macam robot plak budak tu nak ikot tradisi!! *gerammmmm*

ok..dah abes luah prasaan dah.
sori shein..trbebel skejap kat mak hang. hihihi..

stay kiut always shein! :))

genuine1224 said...

anak i smua lambat. meniarap masa 6bulan++. berjalan pun 1y4m.masa kecik2 berat mulut jugak. now, smua dah cepat and laju. mulut xbenti bercakap sampai mak pun pening..jalan pun menggedik je keja. dlu susah hati kenapa anak lambat jln.now dah jalan, mak plak xlarat kepung. padan muka..hahah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...