Wednesday, April 10, 2013

Cendawan, Tempurung Kelapa, Abu Bakar Ellah

Assalamualaikum...

I dah potong rambut. Masa memula plan taknak potong pendek sangat. Skali tengok Dyba potong rambut pendek macam comel jer, I pon sebok nak potong pendek jugak. Tak sedar pulak yang Dyba tu badan cutting budak sekolah darjah 3, diri sendiri cutting badak kan?

Dah lama ni tak potong sependek alam macam ni. Skali bila potong, terus nampak macam cendawan. Kekadang macam cendawan. Kekadang macam tempurung. Kekadang macam Abu Bakar Ellah. Haha. Bodo nih! Kalau tau gini la end result dia, baik aku letak tempurung kelapa, pastu tekop kat kepala and gunting. Lagi senang. Haha.

I gunting rambut ni sebab banyak sangat gugurnya. Skali sikat, haaaaaaaaaa. Sebeban terlekat dekat sikat. Lantai toksah cakap la. Naseb rambut I jenis tebal so tak la obvious sangat kenipisannya. Kalau tak, asal gi salon cina, mesti dorang cong ceng cong ceng bebel rambut tebal.

Masalah keguguran rambut ni akan berlaku hampir kepada semua Ibu-Ibu yang baru lepas melahirkan. Cuma beza kronik dengan tak jer. Pesan I pada Ibu-Ibu mengandung. Untuk mengelakkan gugurnya rambut dengan teruk serta masalah gigi jadik jarang serta luruh, time sepanjang pregnancy tu jangan skip makan kalsium. Memang dalam pramilet (ubat besar kaler pink) tu dah ada kalsium tapi tak cukup. Pastu mintak jugak dekat doktor mineral pil. Bukan air mineral taw? And kalau nak lagi bagus susu jangan lupa minum (eleh, aku pon tak minum susu padahal).

Kalsium sangat penting. untuk tulang, gigi and jugak rambut. Well. Some people said, ala. Gugur rambut tu normal. So omit kalsium and mineral pon takper. Tapi kalau dah rambut gugur sampai jadik jarang. Gigi pon dah renggang kan dah tak omel tu? Nanti nak main pondok-pondok pon dah takder mood.

Macam I sekarang, sehari I akan ambik jugak sebijik kalsium. And lepas ni I rasa I dah kena start ambik vitamin semua. Lusa appointment dengan Dr. Ravi aku nak amek vitamin/kalsium dalam sebakul. Pastu harap tak jadik tukun la. Biasa kalau semangat tengah berkobar-kobar ni memang la nak makan jer semua ubat. Lepas dah lupa/motivasi dah turun so goodbye all.


Sama kan? Ini cendawan dalam game Mario tu. Yang stage 3, kalau dapat jatuhkan naga dari jambatan berapi boleh selamatkan cendawan tu. Ha... Tau kan?

Photo: Craving for VS steak since forever. Thanx @adibahrodzlan for make my dream come true. *eleh, pasal makan pon nak dream come true ke? Drama sangat. Haha. Cc : @nadirahrahmat
Lepas potong rambut, I dengan Dyba pergi makan dekat Victoria Station. Sirloin steak medium rare tu perrghhhhhhhhhhhhhhhhhhh. Sedap ok? Dyba makan chicken marryland. Budak ni bukan spesis makan daging. Dia spesis makan ayam. Oh tu rambut I dalam gambar ni. Meluat aku tengok. CENDAWAN SANGAT KAN?

Photo: Kalau pergi MAC KLCC go find @juliann_nzr to get a free make up tips. Dia tidak kedekut ilmu (kening cantik pulak tu) Pastu terjebak beli 2 item for eyebrow pastu balik umah kedip2 mata tak reti nak buat apa. Haha. And si cantik ini also a MUA with a golden hand. Muka sebelum selepas kalau tengok memang menitis ailio. Tq sayang for make me pretty today ♥♥

Lepas makan kitorang pergi KLCC. I nak beli liptik. Dah lama habes sampai pakai berkorek. (sian aku). Dah masuk empat tahun I akan pakai kaler yang sama jer kalau nak gi opis. Faux AA2 number code dia. Earth colour. **Macam la ada yang tanya. Peramah jer nak share

Pastu si Julian ni pakaikan I lipstik kaler merah ang-ang. Interesting jugak. Tapi sebab dah banyak sangat spend dekat brush so takper la. Next time pulak la beli. Kang kalau beli jugak nanti again kena pakai sependa lagi pergi kerja. Haha.

Julian ajar I macam mana nak draw kening. Lawa jer dia buat kening I. So I pon beli la make up kening tu. Ada 2 jenis. Balik rumah senyum jer depan cermin sebab dah tak reti nak start macam mana. Hishk! Pagi tadi I lewat pergi kerja pasal nak draw kening ni la. Esok aku bangun pukul 3.00am la bersiap nak pergi kerja.

-EnD-

5 comments:

Anonymous said...

Salam, Bu kalo ada jambul depan lagi nampak omel tau. Dahi tu luas bebenor nampaknya. Tapi kira ok lah tu.ABTO.

Syue Mustafa said...

Ok aper. Nampak lebih muda.

Anonymous said...

hi kak sue cendawan!

comey je kak sue rmbut gitu.. sweet 16th sgt! klu x mau nmpk cam cendawan tu kak sue x yah pkai cekak rmbut tu k.. ksi fringe rmbut dpn tu, mesti lg comey cam dora the explorer. percayalah!!

Lieza Azmi

Nur Zulya said...

Su, 'jalan skip makan kalsium.' camne tu?
btw,ok je pun rambut pendek.nampak macam baru lepas SPM.shomel..

.::cik lin::. said...

cer cuba xyah pakai headband tu akak mesti cun

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...