Wednesday, May 22, 2013

C.H.U.R.O.S

Assalamualaikum…

Kat mana eh nak mendapatkan churos yang terpaling sedap dalam dunia dekat KL ni? Dulu ada dekat Chinoz KLCC, sekarang dah takder. Bensi! Kalau boleh biarlah churos itu gemok sihat debab. Pendek-pendek pon takpa janji debap. Awwwww. Pendek dan debab. I like. Raaaau. Haha. Bodo ni!

Pastu coklat dip dia pulak tamao yang black choc tapi milk choc. Barula enak lazat.

Kalau ada, sila bagitau dan share sekarang. OK? Ni semua salah Nigella gemok tu la. Memandai pergi masak churos. Dah Kak Ton teringin. Pastu ada jugak orang jauh mengidam nak makan churos ni. :)

Terima kasih.

Yang benar
Kak Ton

Churos

Carik pasal

21 comments:

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

Nigella tu memang suka cari pasal!

Mooniqueen said...

Alamak MQ laki kesian tak pernah makan pun.. tapi suka tgk nigella tu.. dia masak apa pun semua nampak sedap je..

A.L.I.N.A said...

kak ton ni...mmg saja cari psl..nasib bukan ibu mengandung tau

Anonymous said...

salam kak su, saya tgk kat kitchen boss tu kan.ala yang cake boss tu.dia buat churos tu cam senang je.kak su gune je acuan maruku.sama kot.hahaha.bye.

ida.

Anonymous said...

Salam Bu, kat Low Yat - Churos Royale namanya atau kat OU opposite Cold Storage. Ngidam ya.ABTO.

rina_mazlan said...

Kat OU la. Kat LAVA. Depan Daiso.

Arfa said...

Try kat la boca pavilion, debenham cafe starhill gallery or the bee publika!

Anonymous said...

Try kat la boca pavilion, debenham cafe starhill gallery(belakang sephora) and the bee publika.

HawtMommy said...

Try la boca pavilion, debenham cafe starhill gallery (belakang sephora) or the bee publika

princessonbudget said...

Saya nak tanya. Mewah betul makanan2 suraya selalunya. Jarang la di tempat2 biasa. Berapa budget untuk makan2 suraya setiap bulan.

eda said...

hahaha skali kene tanye pasal budget laaaaa .. hamek ko kasu ... sila buat satu entry utk budget makan okay ...

haha ...

eda aritu teringin mkn churos smbil hentak2 kaki sebab tad eorg nak layan n bawak diri carik churos yg agak2 rasa halal ... neh sebab mamatiamia nye post pasal churos la neh .. geram jeee .... yg dia g kat OU , neh directtion dia tulis dlm blog nye ..

One Utama,New Wings kat Lower Ground outside Cold Storage tu ada small shop selling macaroons,cake,churros and few other dessert,dia goreng churros tu behind the glass window so boleh tengok:)

yg eda g kat tropicana city mall ,

Churros Royale Lot LG-19 Lower Ground Floor. Tropicana City Mall, 3, Jalan SS 20/27. Petaling Jaya, 47400 Selangor. Tel: 03-7732 3510

ha ape lagi , blanja la eda pavlova kak huda ... eda leh pickup sendri hahahahaa tetiba

Chooyaya! said...

my yana : ha a. dah la debab. asyik makan jer. malam2 bukak peti ais pastu makan lagi.

Chooyaya! said...

MQ : nigella tu memang!!! geram jer.

Chooyaya! said...

alina : kakton memang la. makan jer kerja...

Chooyaya! said...

ida : ala. masalahnya mcm malas nak buat. nak beli jer. haha

Chooyaya! said...

kak mas : kak mas ni dok yong peng ker atau dok kl? tau jer mana port makan sedap2. haha

Chooyaya! said...

rina mazlan : OU jauh............ haha. ok. mcm ni. ko beli, pastu curier kat umah aku. ok? set!

Chooyaya! said...

arfa : la boca pavilion. ok. noted! tengs dear.

Chooyaya! said...

princessonbudget: haha. tadek budget pon. main makan jer. tak pernah kira. dulu simpan resit makan. pastu sakit jiwa. now. lantakkan ajer. makan jer apa teringin. doa jer la biar tiap2 bulan murah rejki.

Chooyaya! said...

eda : ko jgn nak gelakkan orang eh? hahahaha. eda jom la jumpa kaksu. kiter date makan sedap2.kaksu makan, eda dukung shein. ok?

Unknown said...

aku org kg, xtau apekah menatang nih!! wakakakakaka..so aku xperlu mengidam! =)