Thursday, May 16, 2013

Cukur Jambul Shein - Part II

Assalamualaikum...

Ok. Mak pengantin curik masa sikit bila shaolin botak tengah tido ni. Sebab dah janji nak share kan? So I share pelamin + bunga telur teddy bear, goodies bags + photo booth and candy booth. Cameran and catering Sazli yang uruskan. Dia tak dapat dihubungi sebab ada meeting persatuan kat bawah ni ha, so lain kali la share and kemah pulak I ada contact number jer, nama syarikat dah lupa. Boleh?

Ok. Kiter mulakan dengan pelamin. Kisahnya I dah berkenan dengan pelamin berendoi ni sejak dari Shein Iskandar dalam perut masa mengandung 4 bulan lagi. Haha. Time tu I dah meses-meses Mimie dekat FB macamkan nak buat akikah cukur jambul minggu depannya. Over. Tau. Kata eksaited? Umur pulak dah kategori tua baru nak dapat anak gini la jadiknya perangai.

I pilih tema baby blue + light pink yang akhirnya aku tengok semua menda macam dah berat ke pink jer. Dah macam kecelaruan identiti kata si Nonoi (ke kakak Nonoi, Suria Tumirun. Lupa). Ala... Tapi baby kan? Memang la sinonim dengan kaler pink. Pedulikkan ajer la.

Harga pelamin ni RM300. Kalau nak ada backdrop dekat belakang tu kena tambah RM80. Kira la sendiri. I tengok simple nice and sweet sangat. Mimie bagi 50 kotak door gift percuma. Promotion kata dia. Pastu come dengan dulang set merenjis, bekas bunga rampai, dengan beras kunyit siap sekali gunting. Cantik!



Mimie takder charge transportation dari rumah dia dekat Desa Petaling tak silap I ke rumah I dekat Ampang. Berhalus orangnya buat kerja. Cakap pon lembut jer. Jauh la beza dengan I yang kalau cakap orang sendiri taktau nak beza. Ni orang ke petir sabung menyabung? Ahahahahaha.


I request nak theme baby blue + pink teddy bear bunga telur. Kata Mimie, ada customer dia mintak dia rebus telur siap-siap and pasang pada bunga telur ni. Senang kerja. Harga RM5.00 seekor. Eh. Sebatang.


Close up sikit. Memula Mimie nak buat teddy bear pakai skirt. I tanak. Sebab kata baby boy? Kena la pakai bow. Apa comel sangat la teddy bear bunga telur ni sampai rasa macam nak lempang. Pastu rasa taknak bagi dekat orang pon ada jugak. Haha. Kalau berminat nak tanya lanjut boleh kontek mimi dekat FB dia.


Ni gambar dari instagram I. Follow la surayasulatin (sesempat jer nak promote diri)


Yang ni pulak I punya candy booth. From Tyta Treats. Boleh add dia dekat FB untuk further question. Candy booth sajer tau? Tak termasuk makanan-makanan atas meja tu.  Except for dia bagi jelly beans, marshmallows dengan choc bar je. Yang lain tu macam biasa dari Huda la. Ada pavlova yang tak menyempat nak hias, cupcakes, brownies, apam polkadots, cookies, fancy cookies, vanilla muffins, jelly, coco-pie and blueberries cheese tarts.

Candy booths ni memang paling cepat kena serang. Letak jer semua sweet treats and gone dalam sekelip mata. I dah cakap kat Huda tulis macam ni, 'for display only' tapi Huda tak sampai hati. Kedekut betul tuan rumah eh? Haha. Pastu I siap pesan dekat Ira dengan Intan jadik tukang jaga tempat candy booth ni. Kalau ada bebudak yang ambik kiri kanan tangan penuh, I suruh jeling. Haha. Oh. I tak suka letak choc fondue sebab nanti bersepah meleleh coklat kat meja kang jadik stressed I. Asyik nak berkemas cantik-cantik jer nanti orang meluat pastu terus balik. Haha.

Yang ni pulak goodies bags I. Semua customize. Paper bags, Yassin, Mini Choc Bar and RO water. Sekali beg terbesar and malam sebelum kenduri I pergi Tesco Ampang beli Super Ring dengan Twisties bagi nampak ada banyak sikit barang dalam beg. Seriously murah giler. Add la Event 4U dekat FB and further question boleh tanya terus dekat Lien or Yan. Ni tauke ni senteng nak mampos. Happy jer kerja dengan Lien. Baik sangaaaaat orangnya. 

Photo booth ni pon by Event 4U jugak. Harga I dah bagitau dalam previous entry kan? Dorang buat jugak candy booth. Murah giler. Lien boleh buat base on budget korang. Paling murah RM350 tak silap I and package come with simple sweet treats atas meja ok? Like page dorang dekat FB yang I dah bagi link dekat atas tu ha and boleh tengok design-design yang lain jugak.


Ni contoh candy booth yang dorang buat. Takper. Save the best for last. Nanti birthday Shein kiter buat dengan Lien pulak eh?

Lien pon boleh design kad jemputan jugak. Pastu pelamin bertunang pon ada pastu semua pon murah tapi lawa, pastu tak berkira, pastu baik pastu sila bagitau sekarang ni sebenarnya nak cerita pasal Majlis Cukur Jambul Shein ker atau nak cerita pasal Lien? Hahahaha.

Ha. Ada lagi satu. Mekap. Mekap Mak Pengatin haritu ialah hasil kerja Kak Zila. Pon mengong jugak. Seronok tau bekerja dengan Kak Zila. Dia punya arahan simple. Su, pandang bawah, akak nak pakaikan bulu mata palsu ni. Ala.. Bawah mana? Bawah bawah. Ni ha. Pandang jer tetek Kak Zila. Boleh? Bongok kan?

Nanti next entry I bagi link FB Kak Zila pulak. Bagus Kak Zila ni. I suka dia. 

Ok. Dah la. Ngantok. Bye

-EnD-

9 comments:

Dibsy N0n0i said...

Kak su jangan sengal sangat menulis boleh takk?sakit perut ketawa nak tido tak boleh ni ha!haha.sejak2 dah pandai komen kat blog no over pulak.habislahhh

dilot said...

Su ni mmg bongok semula jadik ek? hahahah... sengal gile kot ayat2.. suka jek..

ijan said...

syok baca part 1 dan part 2!

tergelak2 tau. Sgt meriah dan well organized mama Shein buat majlis kawen.

Tahniah shein aka abang botak kawasan dan Su.

eda said...

tgh byg kenduri kawen shein nt nt nt nt .. hhahahahhaa ... kasu sengettt kott !!

Liyana said...

Hahaha kaksu2...citer pasal majlis cukur jambul pown nak buat lawak gak..gelak x hengat depan PC nih...bahahahaha!

p/s : kalau dah majlis cukur jambul pown meriah camnih...kalo shein kawen rasanya btol ar kot kaksu bakal AL sebulan..tak pown 3 bulan trus!haha!

Chooyaya! said...

nonoi : over kan????? lepas ni mati la tiap kali entry kaksu ada cikgu comel ni komen

Chooyaya! said...

fara dilot : ha a. mmg mcm tu la. kesian kaksu. bongok semulajadi.

Chooyaya! said...

jan@afzan : tenkiuuuuuuuuuuuuuuuuu. yes! pasni boleh jadik perancang majlis yang berjaya

Chooyaya! said...

liyana : hehe. kalau shein kawen, kaksu pengsan kot? gadoh lagi ngan shein. ngan bakal isteri dia. mampos!